Sabtu, Disember 22, 2007

Salam pertemuan



Assalamualaikum kepada semua yang sudi melayari blogspot saya ini. Tujuan utama melancarkan blogspot ini ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, agar setiap huruf ilmu yang saya pelajar dapat disebarkan, biarpun ia tidak banyak dan banyak kelemahan, namun usaha-usaha meninggikan martabat ilmu masyarakat adalah suatu usaha yang perlu dilakukan tanpa penat lelah, tanpa rasa kecewa.
Nama saya Shukri Harun, orang panggil juga dengan Ustaz Shukri. Sekarang berumur 42 tahun lebih kurang. Beristeri dan mempunyai 5 orang anak permata hati, 4 perempuan 1 lelaki, Harapan agar anak-anak ini mampu menyambung lidah dakwah yang saya terokai sekarang ini secara sepenuh masa. Berasal dari Negeri tepi pantai iaitu Terengganu. Amat sensitif dengan isu-isu pendidikan, ini adalah kerana saya seorang guru. Pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu, juga lama berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, di Jengka Pahang, pernah menjadi Pengetua Kolej Sains & Teknologi AL Quran di Besut, singkatannya KOSTAQ, pernah menjawat jawatan sebagai Guru Besar Kafa Integrasi di Kafa Integrasi Masjid TTDI Jaya, juga pernah menjawat jawatan sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Masjid Darul Ehsan SRIIMDE) dan sekarang memegang jawatan Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI di Ampang.
PENDIDIKAN & KELULUSAN
Berkelulusan dari Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Fekah & Pengajian Islam pada tahun 1995, memperolehi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam bidang Bahasa Arab di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit (MPKTBR) dalam tahun 1996, dan sekarang sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam, di Fakulti Pendidikan.
Banyak kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah saya hadiri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang, bagi mematangkan ilmu serta menambahkan pengalaman ilmu, agar mampu diterima orang dan digunakan orang.

Tiada ulasan: