Ahad, Disember 23, 2007

Pengembaraan ILMU 1


Assalamualaikum
Untuk makluman rakan-rakan semua, latar belakang pengajian saya di peringkat SPM ialah akademik biasa sahaja dalam aliran perdagangan. Sekolah saya agak terkenal juga di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, panggilan pendek biasa digelar dengan "SS".

Bagaimana saya boleh berpindah ke aliran Arab, itulah yang ingin saya kongsi dengan rakan-rakan semua. Ianya bermula dari satu ceramah seorang penceramah dari Mesir yang bernama Professor Muhammad Al Wakeel. Ucapan beliau yang menggunakan bahasa Arab fushah menyebabkan jiwa saya terpikat dengan Bahasa Arab. Dari sinilah saya mulai mencari-cari cara mempelajari bahasa Al Quran ini.

Pencarian ini akhirnya menyampaikan saya ke bumi Anbiya iaitu Jordan. Saya ke Jordan pada bulan September 1987. Dari sini bermulalah pengajian Bahasa Arab saya, bukannya suatu yang senang bagi orang macam saya untuk belajar Bahasa Arab yang amat asing bagi saya, selama ini hanya boleh baca AL Quran sahaja, tanpa mengetahui maknanya....agaknya bagaimana cara saya belajar ..Insya' ALLAH akan saya sambung dalam keluaran akan datang.

Tiada ulasan: