Selasa, Disember 25, 2007

Pengembaraan ILMU 2

Salam buat semua .....
Untuk siri kali ini, saya nak kongsi tentang senarai guru-guru saya di Jordan. Untuk makluman semua, sesampai saya di Jordan dalam bulan September 1997, tempat penginapan kami ialah di satu pekan bernama 'SUWEILEH", terletak dalam 2 KM dari Universiti Jordan, jauh dari bandar Amman lebih kurang 8 KM. Sewaktu pertama kali sampai di Suwaileh kami menemui 3 orang malaysia yang telah lama belajar di situ.
Guru berbangsa arab yang pertama kami temui ialah Syeikh Dr Solah Abdul Fatah Al Kholidi, orangnya warak, amat mengambil berat tentang kami. Kitab pertama yang kami belajar dengannya ialah Tafsir Kalbi.
Kumpulan kami seramai 9 orang, semuanya mempunyai latar belakang Bahasa Arab melainkan saya sahaja. Dr. Solah tetap menyuruh kami membaca, bila saya baca ramai yang tersipu-sipu kerana banyak sangat salah, tetapi Dr. Solah tetap menyuruh saya baca, memang dia cukup sabar dalam mengajar kami. Di raut mukanya ternampak akan keikhlasan beliau, payah nak carai guru macam ni. Beliau juga mendapatkan seorang guru untuk mengajar bacaan Al Quran.
Syeikh Solah ini amat meminati As Syahid Syed Qutb. Thesis PHD beliau berasaskan kitab Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb ketika dalam penjara. Banyak juga buku-buku yang beliau karang, antaranya "Kisah-kisah umat terdahulu dalam 3 jilid", buku ini amat saya minati dan sering menjadi rujukan ketika membentangkan kisah-kisah nabi-nabi di kuliah-kuliah saya di Selangor dan Kuala Lumpur, juga buku beliau berjudul "taswibat fi ilmi quran", juga memberikan suatu suntikan hebat kepada ilmu al quran.
Pernah satut ketika, bila kami menyewa rumah di Suwaileh, agak hampir dengan Masjid Abdur Rahman bin Auf, tempat beliau bertugas sebagai imam. Penyewa rumah itu menipu kami, deposit dia ambil tetapi akhir menghalau kami tanpa mengembalikan wang deposit, Syeikh Solah menemui tuan rumah itu sendiri, akhir tuan rumah itu mengembalikan wang deposit. Syeikh Solah cukup mengambil berat pada kami. Bilangan kami ketika itu 9 orang.
Kita sambung dalam pengembaran ilmu yang lain pula.

Tiada ulasan: