Abu Bakar As Siddiq ra mengatakan
bahawa kegelapan ada 5 dan lampunyapun ada 5, iaitu :
عن أبي بكر الصديق رضي الله
عنه الظُّلُمُماتُ خمسٌ و السُّرْجُ لها خمسٌ :
حُبُّ الدُّنيا ظُلمَةٌ
والسِّرَاْجُ لَها التقوى والذَّنبُ ظُلمَةٌ
والسِّرَاْجُ له التوبة والقبرُ ظُلمَةٌ والسِّرَاْجُ له لاإله إلا الله
محمدٌ رسول اللهِ والآخرةُ ظُلمَةٌ والسِّرَاْجُ
لها العَمَلُ الصالحُ والصَّراطُ ظُلمَةٌ والسِّراجُ لهُ اليقين
a.
Cinta akan dunia adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah taqwa.
b.
Dosa adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah taubat.
c.
Kubur adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah bacaan kalimah
لا
إله إلا الله
d.
Akhirat adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah amal soleh.
e.
Sirat al Mustaqim adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah
keyakinan
Keterangan
CINTA DUNIA
Tentang
mencintai dunia sesuai dengan sabda Nabi sollahu alaihi wasallam :
حبُّ الدنيا رأسُ كُلِّ
خَطِيْئةٍ – رواه البهيقي
Cinta akan dunia
adalah sumber kesalahanmu
Imam Al Ghazali
mengomentari hadis tersebut dengan mafhum mukhalafahnya sebagai berikut :
وكَما أنَّ حُبها رأسُ كُلِّ
خَطِيْئةٍ فبُغضُها رأسُ كُلِّ حَسَنَةٍ
Sebagaimana dikatakan
bahawa mencintai dunia itu adalah sumber segala kesalahan, maka membenci dunia
adalah sumber segala kebaikan.
DOSA
Dikemukakan oleh Al Hassan Basri bahawa hal itu juga sesuai dengan hadis
berbunyi :
إنَّ العبدَ إذا اخطَأَ
خطيئةً نُكِتَتْ في قلبِهِ نُكتَةٌ سَوداءُ فإذا هو نَزَعَ واسْتَغْفَرَ وتابَ صَقُلَ
قلبُهُ وإنْ عادَ زِيْدَ فيها حتى تَعْلُ على قلبِهِ هو الرانُ الذي ذكَرَهُ اللهُ
تعالى كلا بَلْ رانَ على قلوبِهم ما كانو يكسبون
Apabila seseorang hamba melakukan dosa satu kali, maka hatinya diberi
titik noda (hitam). Apabila dia mencabutnya dan memohon ampun serta bertaubat,
maka bersihlah hatinya. Apabila ia kembali lagi (berbuat dosa), maka bertambah
hitamlah titit noda itu, hingga memenuhi hatinya. Sedang dia (doa itu
menutupinya), sesuai dengan apa yang dikatang Allah dalam ayat
كلا بَلْ رانَ على قلوبِهم ما كانو يكسبون
Sekali-kali tidak, bahkan dosa yang telah mereka kerjakan dapat menutupi
hati mereka (HR. Ahmad, Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’I, Ibnu Hibban dan Hakim.
KUBUR
Di antara sekian banyak fadhilah membaca kalimah tayyibah, iaitu
لا إله إلا الله
Antara lain :
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه
وسلم إنَّ الله حرَّمَ على النارِ مَنْ قال لا إله إلا الله يبتغي بها وجهَ الله
تعالى
Sesungguhya Allah telah mengharamkan untk masuk neraka kepada orang yang
membaca kalimat
لا إله إلا الله
Dengan niat mencari keredhaan Allah (HR Bukhari dan Muslim)
قال النبي صلى الله عليه
وسلم : من قال لا إله إلا الله مُخْلِصا دخلَا الجنة قالوا : يا رسولَ الله فما
اِخلاصُها ؟ قال : أن تَحْجُزَكُم عن كُلِّ ما حَرَمَ اللهُ عليكم – رواه
الخطيب
Barang siapa yang membaca kalimat
لا إله إلا الله
Dengan niat ikhlas, tentu ia masuk syurga, lalu para sahabat bertanya “wahai
Rasullah, apa keikhlasan bacaan tersebut?! Nabi bersabda “bacaan
لا إله إلا الله
Mencegahmu dari sesuatu yang telah diharamkan Allah HK Al Khatib.
Dikatakan ada 7 macam yang dapat menerangi alam kubur :
a.
Ikhlas dalam beribadah
الاخلاص
في العبادة
b.
Berbakti baik kepada ibubapa
برُّ
الوالدين
c.
Silaturrahim
صلة
الرحيم
d.
Tidak mensia-siakan usia dalam kemaksiatan
أن
لا يُضيعَ عُمرُهُ في المعصية
e.
Tidak mengikuti kehendak hawa nafsu
أن
لا يتَّبِعَ هواه
f.
Bersungguh-sungguh dalam taat
أن
يجْتَهِدَ في الطاعة
g.
Memperbanyak zikir kepada Allah
أن
يُكْثِرَ ذكرَ الله
Keterangan
Amal soleh
meliputi
عزِيْمة
dan
رُخْصَة
Azimah suatu keharusan, rukhsah dispensasi.
Contohnya solat zohor wajib 4 rakaat bagi mereka yang bepergian, tapi
bagi mereka yang dalam perjalanan jauh diberi rukhsah untuk mengqasarkan solat
zohor tersebut menjadi 2 rakaat dan yang paling baik dalam salat 4 rakaat bagi
mereka yang berpergian jauh adalah mengambik RUKHSAH iaitu solat 2 rakaat
sebagai dispensasi dari Allah. Hal ini berdasarkan hadis Nabi sollahu alaihi
wasallam :
إنَّ الله يُحِبُّ أن
يُؤخَذَ بِرُخْصِهِ كَما يُحِبُّ أنْ يُؤخَذَ بِعَزَأئِمهِ إنَّ الله بعَثَنِي
بالحنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ دِيْنِ إبراهيم - رواه ابن عساكر
Sesungguhnya Allah mencitai orang yang mengambil / melakukan dispensasi
darinya, sebagaimana Allah mencintai orang yang melaksanakan keharusannya.
Sebab, Allah telah mengutuskan dengan ajaran agama yang mudah (elastis) iaitu
agama Nabi Ibrahim as _ HR Ibnu Asakir
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه
وسلم اَدُّوا العَزَائِمَ واقْبَلوا الرخصةَ ودَعُوا الناسَ فقد كُفِتُمُوهم
Kerjakanlah keharusan-keharusan (azimah) terimalah rukhsah (keringanan)
dari Allah seperti solat qosar / jama’. Tinggalkanlah orang-orang yang tidak
mengerjakan aimah dan tidak menerima rukhsah. Sesungguhnya kamu telah diberi
kecukupan atas mereka - HR Al Khatib.
Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه
وسلم مَنْ لا يَقبَلْ رُخصةَ اللهِ عليه منَ الإثم مِثْلُ جبَلِ عَرَفَةَ – رواه أحمد
Barang siapa tidak menerima rukhsah dari Allah, maka baginya dosa
sebesar gunung Arafah – HR Ahmad.
Yang disebut yakin berhubungan dengan
الصراط
Pada nasihat di atas adalah.
تحقِيقُ التَّصديقِ
بالغَيبِ بإزالةِ كُلِّ رَيْبٍ
Menyatakan apa yang telah dibenarkan oleh hati atas hal yang ghaib
dengan menghilangkan segala keraguan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan