Isnin, Mei 27, 2019

Makalah 16 : 4 Tanda Kemuliaan Iman


Makalah ke 16 Muka surat 111 - 115

عن بعضِ الحُكَمَاءِ أنَّ شَعَاْئِرِ الإِيْمَانِ اربعةٌ : التقوى والْحَيَاْءُ والشُّكرُ والصَّبرُ
Sebahagian ahli hikmah mengatakan bahawa tanda-tanda iman (kepada Allah) itu ada 4, iaitu : Taqwa, Haya’, Syukur ni’mat dan Sabar
Definasi takwa di antaranya adalah :
وقيلَ : مُحَافَظَةُ ءادابِ الشَّريْعَةِ
Memelihara aturan-aturan syariat/agama
الاقتِداءُ بالنبي صلى الله عليه وسلم قولا وفعلا
Mengikuti jejak langkah Nabi sollahu alaihi wasallam dalam ucapan dan perbuatan.
Tambahan

TAQWA

Taqwa ialah :
حُسنُ الشُّكرِ فيما نَالَ به و حُسنُ التَّوَكَّلِ فيما لم يَنَلْ بِهِ وحُسنُ الصبرِ فيما فات به
Bersyukur kepada Allah atas apa yng telah ia terima dan bertawakal atas apa yang belum ia peroleh, serta bersabar atas kegagalan yang ia alami.
حبًّ الخَلِيلِ وبُغْضُ القَلِيْلِ واتباعُ التَّنْزِيْلِ
Cinta kepada Allah benci akan dunia, serta mengikuti petunjuk Al Quran
وقال بعبضُ الحُكماء
Sebahagian ahli hikmah mengatakan
Kata-kata تقوى   terdiri dari 4 huruf
Mengandungi makna
ت - تَضَرُّع
Mengandungi makna … Yakni merendahkan diri di hadapan Tuhan dan sopan santun terhadap sesame manusia.
ق - قناعة
Mengandungi makna …. yakni sederhana / apa adanya
و - وَرَعٌ
Mengandungi makna …. Yakni hati-hati memelihara diri dari hal-ha yang makruh
ي – يقِيْنٌ
Mengandungi makna … yakin menyakini kebenaran Islam
Jadi, orang yang taqwa itu hidupnya merendahkan diri di hadapan Allah sopan santun terhadap sesame makhluk hidup, hidup qana’ah, dan yakin terhadap qadha’ dan qadhar Allah.
Adapun definisi takwa yang telah memasyarakat adalah :
امتِثالُ اوامِرِ الله واجْتِنَابُ نَوَاْهِيهِ
Melaksanakan pereintah Allah dan menjauhi laranganNya.

HAYA’

PENGERTIAN Haya adalah sebagai berikut. Haya terbahagi kepada dua :
حياءٌ نَفْسَانِيٌّ وهو الذي خَلَقَهُ اللهُ تعالى النُّفُوس كُلِّها كالحياءِ مِنْ كَشْفِ العَورةِ والجِماعِ بين الناس
Haya’ Nafsani – iaitu rasa malu yang dijadikan Allah kepada setiap manusia, seperti rasa malu kelihatan aurat, atau bersenggama di hadapan orang lain.
حياءٌ اِيمانيٌ وهو أنْ بمنَعَ المُؤمنُ من فعلِ المعَاصي خوفا منَ اللهِ
Haya Imani – iaitu mencegah diri dari perbuatan maksiat kerana takut oleh Allah.

SYUKUR

Pengertian Syukur adalah sebagai berikut :
الثّناءُ على المُحْسِنِ بذِكرِ احْسانِهِ
Memuji Allah yang selalu memberi kebaikan dengan menyebut-nyebut kebaikannya.

SABAR

Sedang definisi sabra antara lain :
تَرْكُ الشّكْوَى مِنْ اَلَمٍ البَلْوى لِغَيْرِ الله تعالى
Meninggal syikayah kepada selain Allah.
Catatan
Syikayah ialah, mengeluh atau mengadu/bersedih hati.
Untuk itu hendaklah kita berdoa dengan doa yang biasa dibaca oleh Tamim Ad Dari bin Habib. Doa ini diajarkan kepadanya oleh Nabi Khidir, inilah doanya :

اللهم فَنِّعْنَا بِما رَزَقْتَنَا وَاعْصِمْنَا مِنْ حَيثُ نَهَيْنَا نُخَوِّجْنَا إلى مَنْ اَغْنَيْتَهُ عَنَّا واحْشُرْنا في زُمْرَةِ أُمَّةِ سَيِّدِنا محمدٍ صلى الله عليه وسلم وبِكَأْسِهِ فاسْقِنا ومِنْ مَعَاصِيْكَ جَنِّبْنَا وعلى التقوى اَمِتْنَا ولِلذِّكْرِ اَلْهِمْنَا ومِن وَرَثَةِ جنةِ النَّعِيم فاجْعَلنا و اَسْعَدْنَا و لا تُشْقِنا يا ذا الجلالِ والاكرام
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang qana’ah (sederhana / hidup apa adanya) dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepada kaim, dan peliharalah kami dari apa yang telah Engkau larang, janganlah Engkau jadikan kami orang yang membutuhkan pertolongan orang yang telah Engkau jadikan dia kaya, dan himpunlah kami ke dalam golongan umat Nabi Mhammad saw, dan dengan gelasnya semoga Engkau memberi minuman, semoga Engkau menjauhkan kami dari perbuatan maksiat, dan semoga Engkau mematikan kami dalam ketakwaan, serta berilah kami ilham. Jadikanlah kami sebagai ahliwaris syurga Naim, bahagiakanlah kami dan semoga Engkau tidak menjadikan kami celaka, wahai Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia
.
ورُوِيَ أنَّهُ صلى الله عليه وسلم قال : ذِرْوَةُ الإيمانِ اربعُ خلالٍ : الصبرُ للحُكمِ والرضى بالقدر والإخلاصُ للتَّوَكُّلِ والإسْتِسلامُ للرَّب – رواه ابو نعيم)
Diriwayatkan bahawa Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda, puncaknya keimanan ada 4, iaitu sabar terhadap hukum, senang terhadap qadar, ikhlas kerana tawakkal dan menyerah kepada Tuhan.

Tiada ulasan: