Rabu, Mei 29, 2019

Makalah ke 27 Kemulian Umat Muhammad - Ms 128


Makalah ke 27

عن سَعدِ بنِ هلالٍ رحمه الله إنَّ العبدَ إذا اذنَبَ مِنَ اللهِ تعالى مَنَّ الله عليه بأربعِ خصالٍ : لا يَجُبُ عنهُ الرِّزقَ ولا يَجُبُ عنهُ الصحةَ ولا يُظْهِرُ عليه الذنبَ ولا يُعاقِبُهُ عاجِلاً
Saad bin Hilal ra mengatakan bahawa apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya :

  • a.    Dia tidak dihalangi untuk mendapat rezeki.
  • b.    Dia tidak terhalang untuk sihat.
  • c.    Allah tidak memperlihatkan dosanya.
  • d.    Allah tidak menyiksanya di dunia


Hikayat

Keluhan Nabi Adam alaihissalam Dengan Membandingkan Dirinya Dengan Umat Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam...

Diceritakan bahawa Nabi Adam alaihissalam berate, “sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemulian kepada umat Muhammad yang tidak Allah berikan kepadaku, iaitu :

a.    Penerimaan taubatku ketika aku di Mekah, sedangkan umat Muhammad bias taubat di sembarangan tempat.

b.    Aku berpakaian ketika aku berdosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, meskipun ia derhaka kepada Allah dalam keadaan telanjang.

c.    Ketika aku berbuatdosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isterinya.

d.    Aku berbuat dosa di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuatdosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Tiada ulasan: