Ahad, Mac 31, 2019

Makalah Ke 3 - 10 Tiada Sempurna Melainkan Dengan 10 Yang Lain


قال عمرُ رضي الله عنه عَشَرَةٌ لا تَصلُحُ بغَيرِ عَشَرَةٍ لا يصلُحُ العقلُ بغير ورعٍ ولا العملُ بغير علمٍ ولا الفوزُ بغير خَشيَةٍ ولا السُّلطانُ بغير عدْلٍ ولا الحَسَبُ بلا أدَبٍ ولا السُّرُورُ بغيرِ أَمْنٍ ولا الغِنَى بغير جُوْدٍ ولا الفقرُ بغير قناعةٍ ولا الرِّفْعَةُ بغير تَواضعٍ ولا الجهاد بغير توفيق

Umar ra mengatakan, bahawa ada 10 perkara yang tidak akan beres, kecuali dengan adanya 10 perkara yang lain, iaitu :

a.    Akal tidak akan beres tanpa wara’
b.    Amal tidak akan beres tanpa ilmu.
c.     Kebahagian tidak akan beres tanpa takut kepada Allah
d.    Raja tidak akan beres tanpa keadilan
e.    Keturunan tidak akan beres tanpa kesopanan
f.      Kegembiraan tidak akan beres tanpa ketenangan hati
g.    Kekayaan tidak akan beres tanpa sifat murah hati/dermawan h.    Kefakiran tidak akan beres tanpa hidup qana’ah
i.      Kemuliaan turunan tidak akan beres tanpa adanya kerendahan hati 
j.      Jihad tidak akan beres tanpa adanya pertolongan Allah

PENJELASAN

a.       Akal tidak akan beres tanpa wara’
Pentingnya Aqal Menurut Para Ulama’
Menurut ulama ahli balaghah :
خيرُ المَوَاْهِبِ العقلُ وشَرُّ الْمَواْهِبِ الجَهلُ
Sebaik-baik karunia adalah akal, seburuk-buruk musibah adalah bodoh
قال بعضُ الأُدَبَاءِ : صديقُ كُلِّ اْمرِئٍ عَقْلُهُ وعَدُوُّهُ جَهلُهُ وقد جعَلَ العقلُ اصلا للدين وعماداً لَهُ
Sebahagian ulama ahli sastera mengatakan, bahawa sahabat setiap orang adalah akalnya. Adapun musuhnya adalah kebodohannya. Sesungguhnya Allah telah menjadikan akal sebagai salah satu sumber hukum agama dan menjadi tiang agama.
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda tentang aqal sebagai berikut :
العقلُ نورٌ في القلب يُفَرِّق بين الحقِ والباطلِ
Akal ialah cahaya di dalam hati yang dapat memisahkan antara yang hak dengan yang batil.

b.       Amal tidak akan beres tanpa ilmu.
Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
افضلُ الأعمالِ العِلمُ بالله إنَّ العِلمَ ينفَعُكَ معَهُ قليلُ العَمَلِ وكثيرُهُ وإن الجَهلَ لا ينْفَعُكَ معهُ قليلُ العملِ ولا كثيرة – رواه الحاكم
Amal yang paling utama adalah pengetahuan tentang Allah. Sesungguhnya ilmu itu bermanafaat bila disertai amal sedikit maupun amal yang banyak dan mengetahi bahawa bodoh itu tidak akan bermanafaat baik amal yang sedikit maupun amal yang banyak - Hakim

c.       Kebahagian tidak akan beres tanpa takut kepada Allah
Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
لا يدخلُ الجنةَ من بكَى مِنْ خشيةِ اللهِ حتى يلِجَ اللبنُ في الضَّرْعِ
Tidak akan masuk syurga orang yang menangis, kerana rasa takut kepada Allah, sehingga air susu masuk ke lubang tetek/susu.

d.       Raja tidak akan beres tanpa keadilan
احبَّ الناسِ إلى الله تعالى يومَ القِيامةِ وادْناهم منهُ مَجْلِساً إمامٌ عادلٌ وابغَضُ الناس إلى الله يوم القيامةِ واَبْعَدُهم منه مجلساً إمامٌ جائِرٌ – رواه الإمام احمد والترمذي
Manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat adalah orang yang paling rendah tempat duduknya, iaitu pemimpin yang adil, dan manusia yang paling dibenci Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling jauh tempat duduknya iaitu pemimpin yang zalim – Ahmad & Turmizi

e.    Keturunan tidak akan beres tanpa kesopanan
f.      Kegembiraan tidak akan beres tanpa ketenangan hati
g.    Kekayaan tidak akan beres tanpa sifat murah hati/dermawan
h.    Kefakiran tidak akan beres tanpa hidup qana’ah

كُنْ وَرَعا تكنْ اعْبَدَ الناسِ وكُنْ قانِعاً تَكُنْ اَشكَرَ الناسِ واَحَبَّ للناس ما تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تكُنْ مُوْمنا واحسِنْ مُجاوَرَةَ مَنْ جاوَرَكَ تَكُنْ مُسلماً واقِلَّ الضَّحِكَ فإنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ القلبَ

Jadilah orang yang wara’ tentu engkau menjadi hamba yang paling baik di antara manusia dan jadilah engka orang yang qana’ah, tentu engkau menjadi orang yang paling bersyukur di antara manusia. Berbuat baiklah engkau di dalam bertetangga dengan orang yang menjadi tetanggamu, tentu engkau menjadi orang Islam yang sempurna. Dan sedikitkanlah tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikah hati.

i.    Kemuliaan turunan tidak akan beres tanpa adanya kerendahan hati
j.      Jihad tidak akan beres tanpa adanya pertolongan Allah

Tiada ulasan: