Khamis, Mei 25, 2017

Kisah Firaun

FIR'AUN

Ustaz : "Kalau kita hidup zaman Firaun agak-agak kita jadi pengikut Firaun ke, atau pengikut Nabi Musa?"

Jemaah : "Tentulah Nabi Musa."

Ustaz : "Yakin?"

Jemaah : "Yakinnnnn"

Ustaz : "Tapi yang membangunkan Mesir, Firaun. Yang bina piramid, Firaun. Yang terKAYA, Firaun. Yang ada kuasa tentera, bala tentera dan pengikut yang ramai, Firaun. Yang boleh beri PERLINDUNGAN Firaun. Yang MAHA Berkuasa Firaun

Yang boleh sediakan MAKANAN MINUMAN, Firaun. Yang boleh sediakan HIBURAN, Firaun. Yang buat shopping complex, Firaun. Musa cuma pengembala kambing je. Cakap pun tak fasih. Senjata dia pun cuma sebatang tongkat. Masih yakin?"

Jemaah : »»dah mula diam««

Ustaz : "Dah la kerja cuma jaga kambing, tau-tau ajak kita redah laut tak guna sampan atau kapal. Yakin ke kita nak ikut Musa ni?"

Dasyat Ustaz ni perli......

Betapa manusia zaman Firaun dan zaman kita TIDAK BANYAK BEZA.

Kita di zaman ini masih lagi lebih percayakan pada harta, kedudukan, duit, pangkat, jawatan dan pengaruh.

Kebenaran kita akan tolak bila terkena orang yang berpengaruh, orang berkuasa dan orang yang kita idolakan.

Sungguh...Fir'aun itu tetap wujud hingga ke akhir zaman...cuma berlainan wajah dan bentuk

Tiada ulasan: