Khamis, Mei 25, 2017

Fakta Tentang Al Quran


Nama-nama surah al-Quran yg dinamakan dgn nama para NNabi ada 6: Yunus (10), Hud (11), Yusuf (12), Ibrahim (14), Muhammad (47), dan Nuh (71).
Ayat al-Quran yang boleh membawa kita ke syurga ialah ayat Kursi, iaitu apabila kita membacanya setiap kali selepas solat fardhu.
Tahukah anda Nabi yg diceritakan kisah hidupnya dlm al-Quran dari kecil hingga dewasa dlm 1 surah? Itulah Nabi Yusuf as. di dlm surah Yusuf.
Melihat mashaf (al-Quran) itu ibadah, melihat kaabah itu ibadah, dan melihat wajah kedua ibubapa itu ibadah. (HR Abu Daud)
Aku tinggalkan kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dgn kedua2nya, iaitu Al-Qur’an dan sunnahku. (HR Malik bin Anas)
Sesiapa yg membaca surah Yasin pada suatu malam kerana menuntut keredhaan Allah Taala, nescaya dosanya diampunkan. (Hadis sahih Ibnu Hibban)
Sesiapa membaca surah ad-Dukhan di waktu malam maka 70 ribu malaikat memohon ampun untuknya. (Hadis Riwayat Imam at-Tirmidzi)
Ciri2 org yg beriman itu apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat al-Quran, maka akan bertambah imannya. (Rujukan Al-Quran Al-Anfal 8:2)
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR Al-Bukhari)
Surah terpanjang dalam Al-Qur’an adalah surah Al-Baqarah – 286 ayat. Surah terpendek dalam Al-Qur’an adalah surah Al-Kauthar – 3 ayat.
Perkataan Bismillah terdapat pada 113 dari 114 surah, dan 1 tertulis di dalam kandungan surah An-Naml. Jadi, jumlah Bismillah adalah 114. Hanya surah At-Taubah tidak dimulakan dgn Bismillah.
Membaca al-Quran tanpa mashaf mendpt 1000 darjat pahala, membaca al-Quran dgn melihat mashaf mendpt pahala sehingga 2000 darjat. HR Baihaqi.
Nilai bacaan surah al-Fatihah menyamai nilai 2/3 bacaan al-Quran. (HR Ibn. Abbas r.a., kitab al-Musnad)
Perkataan ‘al-yusr’ (kemudahan) disebut 36x dan ‘al-usr’ (kesulitan) disebut 12x. Kemudahan adalah 3x ganda lebih banyak dari kesulitan.
Berapakah jumlah perkataan ‘Muhammad’ dalam Al-Quran?
Sebanyak 4 kali, iaitu dalam :
1) Surah Ali-Imran ayat 144
2) Surah Muhammad ayat 2
3) Surah Al-Fath ayat 29
4) Surah Al-Ahzaab ayat 40.
Berapakah jumlah ayat Sejadah (ayat sujud) dalam Al-Quran?
Sebanyak 15 ayat iaitu :
1) Surah Al-A’raf ayat 206
2) Surah Ar-Rakd ayat 15
3) Surah An-Nahl ayat 49
4) Surah Al-Isra’ ayat 107-109
5) Surah Maryam ayat 58
6) Surah Al-Hajj ayat 18
7) Surah Al-Furqan ayat 60
8) Surah An-Naml ayat 25
9) Surah As-Sajadah ayat 15
10) Surah Fussilat ayat 37 dan 38
11) Surah Sood ayat 24
12) Surah An-Najm ayat 62
13) Surah Al-Insyiqoq ayat 20-21
14) Surah Al-Alaq ayat 19
15) Surah Al-Hajj ayat 77
Apakah ayat yang terpanjang dalam Al-Quran?
Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ‘ayat hutang’ iaitu ayat 282 Surah Al-Baqarah.
Berapa kalikah perkataan ‘Al-Quran’ diulang-ulang dalam Al-Quran?
Ia diulang-ulang sebanyak 68 kali
Berapakah jumlah perkataan ‘Injil’ dalam Al-Quran?
Perkataan ‘Injil’ disebut sebanyak 12 kali.
Berapakah jumlah perkataan ‘Taurat’ dalam Al-Quran?
Perkataan ‘Taurat’ disebut sebanyak 18 kali.
Berapakah jumlah perkataan ‘yahudi’ dalam Al-Quran?
Perkataan itu diulangi sebanyak 8 kali dalam Al-Quran
Berapakah jumlah perkataan ‘nasaara’ (nasrani) dalam Al-Quran?
Perkataan tersebut diulangi sebanyak 14 kali dalam Al-Quran.
Berapa kalikah nama Malaikat Jibril disebut dalam Al-Quran?
Sebanyak 3 kali iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 97 dan 98, dan Surah At-Tahrim ayat 4.
Apakah nama bukit yang ada disebut dalam Al-Quran?
Terdapat 5 jenis bukit iaitu :
1) Bukit Sofa
2) Bukit Marwa
3) Bukit Arofah
4) Bukit Sinai
5) Bukit Judiy.
Apakah jenis warna yang ada disebut dalam Al-Quran?
Terdapat 5 jenis warna yang disebut dalam Al-Quran iaitu :
1) Merah (Al-Ahmar)
2) Kuning (Al-Asfar)
3) Putih (Al-Abyad)
4) Hitam (Al-Aswad)
5) Hijau (Al-Akhdar).
Apakah nama bulan-bulan islam yang ada disebut secara jelas dalam Al-Quran?
2 bulan iaitu nama bulan Ramadhan dan bulan Muharram.


Tiada ulasan: