Sabtu, April 01, 2017

Abdullah Ibn Zubair Dan Mu’awiyah Bin Abi Sufyan


كان لعبد الله بن الزبير- رضي الله عن
Adalah Abdullah Ibn Zubair mempunyai-

مزرعة في المدينة مجاورة لمزرعة يملكها معاوية بن أبي سفيان- رضي الله عنهما
Sebuah kebun di Madinah bersebelahan dengan kebun yang dimiliki oleh Mu’awiyah bin Abi Sufyan

خليفة المسلمين في دمشق..
Khalifah Muslimin yang berada di Damsyik

وفي ذات يوم دخل عمال مزرعة معاوية إلى مزرعة ابن الزبير، وقد تكرر منهم ذلك في أيام سابقة؛ فغضب ابن الزبير وكتب لمعاوية في دمشق وقد كان بينهما عداوة قائلاً في كتابه
Pada suatu hari, pekerja kebun Mu’awiyah telah menceroboh kebun Abdullah Ibn Zubair, dan telah melakukannya beberapa kali sebelum itu, Perbuatan itu telah membuatkan Abdullah Ibn Zubair marah lalu menulis surat kepada Mu’awiyah yang berada di Damsyik.

من عبدالله ابن الزبير إلى معاوية
Daripada Abdullah Ibn Zubair kepada Mu’awiyah, 

ابن هند آكلة الأكباد أما بعد..
anak kepada Hindun pemakan Hati. Adalah dimaklumkan

فإن عمالك دخلوا إلى مزرعتي،
Bahawa pekerja kamu telah menceroboh kebun kepunyaan ku

فمرهم بالخروج منها،
Arahkan mereka supaya keluar daripadanya,

أو فوالذي لا إله إلا هو
Jika tidak, demi Allah yang tidak ada tuhan selainnya

ليكونن لي معك شأن
Akan berlaku sesuatu yang tidak diingini Antara kita.

فوصلت الرسالة لمعاوية، 
Setelah sampai surat kepada Mu’awiyah

وكان من أحلم الناس، فقرأها
Lalu dia membacanya,  Muawiyah adalah seorang yang berjiwa mulia

ثم قال لابنه يزيد: ما رأيك في ابن الزبير أرسل لي يهددني ؟
Lalu dia berkata kepada anaknya Yazid: apa pendapat kamu tentang Abdullah Ibn Zubair dia mengutus surat mengugut aku? 

فقال له ابنه يزيد: أرسل له جيشاً أوله عنده وآخره عندك يأتيك برأسه
Yazid berkata: hantar kepadanya bala tentera yang barisan pertama dihadapannya dan barisan terakhir dihadapan kamu, mereka penggal kepalanya dan bawanya kepada kamu.  
فقال معاوية:"بل خيرٌ من ذلك زكاةً وأقربَ رُحماً ". 
Mu’awiyah berkata kepada anaknya: “yang lebih baik daripada itu, bersih dan lebih dekat kasih mesranya” (al-Kahfi 81)

فكتب رسالة إلى عبدالله بن الزبير يقول فيها
Lalu Mu’awiyah mengutus surat kembali kepada Abdullah ibn Zubair:

من معاوية بن أبي سفيان إلى عبدالله بن الزبير ( ابن أسماء ذات النطاقين ) أما بعد
Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan kepada Abdullah Ibn Zubair (anak Asma’ yang mempunyai dua simpulan)

فوالله لو كانت الدنيا بيني وبينك لسلّمتها إليك
Demi Allah, jika Dunia itu hanya milik kita berdua, akan ku serahkannya kepadamu.

ولو كانت مزرعتي من المدينة إلى دمشق لدفعتها إليك،
Sekiranya aku memiliki kebun seluas Madinah hingga ke Damsyik akan aku serahkan kepadamu

فإذا وصلك كتابي هذا فخذ مزرعتي إلى مزرعتك وعمّالي إلى عمّالك؛
Jika sampai sahaja suratku ini kepadamu, engkau ambillah kebunku itu dan pekerjaku menjadi pekerjamu. 

فإن جنّة الله عرضها السموات والأرض
Sesungguhnya (kebun) syurga Allah itu seluas langit dan bumi

فلمّا قرأ ابن الزبير الرسالة بكى حتى بلّ لحيته بالدموع، وسافر إلى معاوية في دمشق وقبّل رأسه،
Setelah membaca surat tersebut Ibn Zubair menangis sehingga basah janggutnya dengan linangan air mata, lalu Ibn Zubair pergi ke Damsyik bertemu Mu’awiyah dan mencium dahinya.

وقال له: لا أعدمك الله حُلماً أحلّك في قريش هذا المحل.
Dan berkata kepadanya: Allah tidak hilangkan sifat lemah lembutmu sewaktu bersama quraish hingga ke tempat ini.

دائماً تستطيع إمتلاك القلوب بحسن تعاملك وحبك للغير..
Kamu sentiasa dapat menundukkan hati manusia dengan pergaulanmu yang baik dan kasihnya kamu kepada orang lain.

وتذكر دوما بأن
Ingatlah bahawa:

من ابتغى صديقاً بلا عيب، عاش وحيداً
Siapa mencari teman tanpa cacat cela, dia akan hidup bersendirian.

من ابتغى زوجةً بلا نقص، عاش أعزباً
Siapa mencari isteri tanpa ada kekurangan, dia akan hidup membujang.

من ابتغى قريباً كاملاً، عاش قاطعاً لرحمه
Siapa mencari teman karib yang sempurna, hidupnya akan memutuskan hubungan silaturrahim

فلنتحمل وخزات الآخرين حتى نعيد التوازن إلى حياتنا
Biarlah Kita menanggung keperitan orang lain agar wujudnya keseimbangan dalam hidup 

إذا أردت أن تعيش سعيدا
Jika ingin hidup bahagia:

فلا تفسر كل شيء
Jangan terlalu menafsirkan semua perkara

ولا تدقق بكل شيء
Jangan terlalu menghalusi semua perkara

ولاتحلل كل شيء
Jangan terlalu menganalisa semua perkara 

فإن الذين حللوا الألماس وجدوه فحمــا
Kerana jika dikaji, asalnya berlian dari arang batu

لا تحرص على إكتشاف الآخرين أكثر من اللازم ، الأفضل أن تكتفي بالخير الذي يظهرونه في وجهك دائماً ، و اترك الخفايا لرب العباد
Jangan terlalu suka mencari keperibadian seseorang lebih dari sepatutnya, sebaiknya memadai dengan kebaikan yang kamu Nampak sahaja, tinggalkan apa yang tidak kamu Nampak kepada hitungan Allah.  

(لو اطّلَعَ الناس على ما في قلوب بعضهم البعض لما تصافحوا إلا بالسيوف)
(sekiranya semua manusia mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati masing-masing, mereka tidak akan bersalaman kecuali dengan menggunakan pedang)     


Tiada ulasan: