TAKUT KEPADA ALLAH,
JAGA LIDAH DAN MAKANAN
Diriwayatkan, bahawa terdapat seorang dari Bani Israel ingin bermusafir tujuan
menuntut ilmu. Berita itu telah sampai kepada Nabi mereka, lalu dia dipanggil
mengadap nabinya dan di depan orang itu Nabi bersabda :
يا فتى إنى أعظك بثلاث خصال فيها علم الأولين والأخرين : خَفِّ الله
فى السر والعلانية واِمسك لسانَك عن الخَلْقِ لا تِذْكُرْهُم إلا بخير وانظر خُبْزَك
الذى تأكلُه حتى يكون من الحلال
Wahai pemuda! Sesungguhnya
aku akan menasihati kamu dengan 3 perkara yang di dalamnya terdapat ilmu
orang-orang terdahulu dan orang-orang zaman akhir, iaitu :
Takulah kepada Allah ketika sepi atau ramai.
Jagalah lisanmu, janganlah bicarakan sesuatu
tentang orang lain melainkan yang baik sahaja.
Lihat akan roti yang kamu makan, halal atau
sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan