Isnin, Oktober 19, 2015

KISAH HAMBA YANG CERDIK DIMERDEKAKAN HARUN AR RASYID DENGAN BACAAN AYAT 134 SURAH ALI IMRAN

Rasulullah sollahu alaihi wasallam sentiasa menyuruh umatnya memerhatikan nasihat-nasihat yang baik biarpun nasihat itu datang dari siapapun meskipun dari seorang hamba abdi. Orang besar lebih-lebih lagi, perlu menoleh ke bawah, mendengar nasihat orang bawahannya. Kerana nasihat-nasihat itu memberikan banyak kebaikan.

Khalifah Harun Ar Rasyid adalah contoh manusia berjawatan besar, sebagai ketua negara. Beliau sangat berkesan dengan nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja terutama para alim ulama’.

Diceritakan pada suatu hari baginda memanggil jariyahnya agar menyediakan air untuk baginda berwudhu’, lalu jariyahpun datang dengan membawa sinki dan kendi yang berisi air. Apabila Khalifah sudah bersedia, jariah menuangkan air dan khalifah berwudhu’.

Malangnya kendi itu terjatuh dari genggaman jariah, airnya terpercik ke wajah khalifah dan basah jubahnya. Kejadian ini sangat membimbangkan jariah, rasa ketakutan menerpa dirinya, jariah cuba bertenang dan mengawal perasaan takutnya.

Lalu jariah berkata wahai tuanku Allah berfirman dalam al Quran yang berbunyi :
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
Maksudnya : dan orang yang menahan kemarahannya

Ketika mendengarkan bacaan jariahnya, Khalifah Harun memandang kearah jariah dan berkata “aku telah menahan kemarahanku”.

Mendengar perkataan khalifah legalah hati jariah, dia terus menyambung firman Allah itu, dengan membaca :
وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ
Maksudnya : dan orang yang memaafkan kesalahan orang wahai tuanku!

Khalifha terus berkata : Aku telah memaafkan kesalahanmu.

Si jariah tersenyum sambil menyambung firman Allah Ta’ala :

وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : dan Allah menyukai orang yang berbuat baik wahai tuanku.

Sekali lagi khalifah terkilan pada kepandaian jariahnya. Mungkin baginda dapat mengagak apa keinginan jariah itu. Oleh kerana itu bagindapun berkata “Aku telah berbuat baik kepadamu, maka mulai saat ini engkau kumerdekakan semata-mata kerana Allah!”.


Si jariah bersyukur kepada Allah dan berterima kasih keapda Khalifah. Dia tidak menyangka bahawa sepotong ayat yang dibacanya telah membawa dirinya bebas dan menjadi wanita merdeka.

Tiada ulasan: