Hasan mempunyai jiran yang bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu
hari Simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta
agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan. Simeon
yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan
api dan asap.
"Takutlah kamu kepada Allah," Hasan menasihat. "Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap."
"Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim.
Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi Siang
dan malam mengejar harta kekayaan.
Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk meng hadapinya.
Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun
hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya," jawab
Simeon penyembah api.
"Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh sungguh mengetahui.
Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau
katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api
selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. Jika
kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan
diriku.
Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu. Maha Kuasa," jawab Hasan.
Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu. Maha Kuasa," jawab Hasan.
Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun
sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Simeon merasa
hairan. Suatu ilmu telah diketahuinya.
"Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?" Simeon mengeluh.
"Jadilah seorang muslim," jawab Hasan.
"Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. dengan jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam," kata Simeon.
Hasan segera membuat satu surat jaminan.
Ramai orang-orang yang jujur di kota Basrah memberi kesaksian mereka di
atas surat jaminan tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan
dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan ia berwasiat, "Setelah aku
mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan
selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti
bahawa aku adalah seorang muslim."
Setelah berwasiat demikian, ia mengucap dua kalimah syahadat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Simeon, men solatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merenungi apa yang telah di lakukannya itu. "Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani me mastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?"
Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Ia bermimpi bertemu
dengan Simeon, wajah cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita; di
kepalanya ada sebuah mahkota. Ia memakai sebuah jubah yang indah dan
sedang berjalan-jalan di taman syurga.
"Bagaimana keadaanmu Simeon?" Tanya Hasan kepadanya.
"Mengapakah engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang
Maha besar dengan segala kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku
kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang
dilimpahkan-Nya kepada ku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberi
ku surat jaminan,terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak
memerlukannya lagi," jawab Simeon.
Ketika Hasan terbangun ia mendapati surat itu telah berada di tangannya.
Hasan berseru, "Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu Engkau
lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah
yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang
telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya untuk
menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapakah Engkau akan
menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?"
Semoga kita dapat ambil iktibar daripada apa-apa yang baik dalam artikel
ini, dan jika terdapat mana-mana kesilapan fakta, jutaan maaf di pohon,
dan sama-sama kita perbaiki, inyshaa Allah. Dan segala yang baik itu
datangnya daripada Allah, dan yang tidak baik itu hakikatnya dari Allah
jua tetapi atas kelemahan saya sebagai makhlukNya