Orang-orang yang bertaqwa dan menyembunyikan ketaqwaannya dikalangan ummat ini
jumlahnya tidaklah sedikit, baik dewasa maupun anak-anak, lelaki atau
perempuan. Diantara mereka adalah Asiah Binti Mazahim, isteri Fir'aun.
Dialah yang dimuliakan oleh Alah Ta'ala di dalam Al Qur'an. Allah
berfirman:
66:11
"Dan Allah membuat
isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia
berkata;" Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam
syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan
selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (QS At-Tahriim: 11)
Yahya bin
Salam berkata, "Adapun firman Allah" Allah mengenai isteri dan isteri
Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir (QS AT Tahrim: 10) adalah
perumpamaan yang disebutkan Allah sebagai teguran terhadap Aisyah dan
Hafsah ketika mereka berselisih dengan Rasul SAW, dimana mereka '
berunjuk rasa 'kepada beliau. Lalu Allah membuat perumpamaan juga kepada
mereka berdua tentang Isteri Fir'aun dan Maryam binti Imran, sebagai
motivasi untuk berpegang teguh dalam ketaatan dan konsekuen terhadap
agamanya.
Ada juga yang mengatakan
"Ini adalah dorongan bagi kaum mukminin agar sentiasa bersabar ketika
ditimpa cubaan. Yakni jagalah kesabaranmu ketika mendapatkan cubaan yang
lebih lemah daripada kesabaran isteri Fir'aun ketika dia menghadapi
tekanan dari Fir'aun. Dimana pada waktu itu Asiah beriman apa yang
dibawa Musa.
Abul Aliyah
berkata, "Fir'aun mengetahui keimanan isterinya, lalu dia keluar di
hadapan khalayak ramai seraya berkata, 'Apakah yang kalian ketahui
tentang Asiyah binti Mazahim? Mereka memujinya. Maka Fir'aun berkata
kepada mereka, "sesungguhnya dia menyembah Tuhan selain aku. "Mereka
bertanya kepadanya (Jika demikian) bunuhlah dia." Kemudian dibuatkan
untuknya tiang. Setelah itu tangan dan kakinya diikat.
Diapun berkata, "Ya
tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dalam syurga. "Hal
itu bersamaan dengan kehadiran Fir'aun di tempat penyiksaan itu. Maka
dia (asiyah) tertawa ketika melihat rumahnya di syurga. Fir'aun
mengulas., "Apakah kalian tidak merasa hairan dengan kegilaannya. Kita
menyiksanya, namun dia tertawa. "Setelah itu keluarlah rohnya dari
jasadnya.
Salman Al farisy berkata
sebagaimana diriwayatkan Usman Al Hindy, "Awalnya dia diseksa dengan
panas matahari. Ketika sinar matahari menyengatnya, para malaikat
melindungi dengan sayap-sayapnya. "Dikatakan kedua tangan serta kakinya
ditancapkan di bawah sinar matahari, sedangkan punggungnya menyentuh
rantai yang melingkar. Lalu Allah memperlihatkan kepadanya hingga dia
melihat tempatnya di syurga. "Hasan berkata," bahawasanya tempatnya di
bina dari mutiara,
"tatkala dia berkata," selamatkanlah aku. "Lalu Allah menyelamatkannya
dengan sebaik-baik penyelamatan. Lalu dia mengangkat rohnya ke syurga.
Disana dia makan, minum dan bersenang-lenang.
Inilah ciri-ciri wanita
beriman. Dia hidup di bawah kekuasan Fir'aun dengan berbagai macam
bahaya. Sementara suaminya adalah manusia paling kafir kepada Allah,
Tuhan sekalian alam. Ketika itu Firaun telah mengakui dirinya sebagai
Tuhan serta dzat yang patut disembah sebagai sekutu Allah. Namun Asiyah
tidak tunduk pada keadaan yang demikian, bahkan dia menyerahkan
segalanya kepada Allah baik ketika susah mahu pun senang. Memohon kepada
Allah dengan berdoa untuk diselamatkan dari Firaun dan perbuatannya,
baik kekufuran, kezaliman dan kesombongannya. Sebagaimana dia memohon
keselamatan dari kaum yang zalim, yakni orang-orang qibti penduduk
Mesir. Makbul terhadap permohonannya tidaklah lambat. Allah telah
mengangkatnya ke tempat yang tinggi. Dia telah membina istana untuknya
di syurga.!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan