Kerajaan
Bani Abbasiyyah ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar
kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan
ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera
Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun
tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan
tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada
tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol
menghancurkan Baghdad.
Sewaktu
menjelang hari perlantikan Harun Al Rashid menjadi khalifah, dia telah
mengarahkan seorang Menterinya untuk mengutus surat jemputan kepada rakan-rakan
rapatnya ke majlis meraikan perlantikannya. Dalam majlis tersebut,
rakan-rakannya akan diraikan oleh Harun Al Rashid dengan jamuan yang
lazat-lazat. Harun Al Rashid juga menghadiahkan kepada mereka dengan hadiah yang
cantik dan mahal di penghujung majlis. Antara yang dijemput ialah Hasan Al
Basri.
Setelah
tarikh majlis keraian tersebut menjelang, kesemua jemputan pun hadir. Seperti
dirancang, mereka diraikan dengan jamuan yang enak dan lazat, serta dihadiahkan
dengan barangan yang cantik dan mahal di penghujung majlis. Setelah hadirin
bersurai, Harun Al Rashid mendapati ada satu hadiah yang masih tinggal dan
tidak diberikan kepada jemputan. Maka bertanyalah Harun Al Rashid kepada
Menterinya.
Harun
Al Rashid : Milik siapakah hadiah ini ? Apakah masih ada jemputan yang belum
menerimanya ? Atau jemputan tersebut tidak sudi menerima hadiah ku ini ? Atau
apakah ada jemputan yang tidak hadir ?
Menteri
: Wahai khalifah, sebenarnya ada seorang jemputan yang tidak hadir. Maka dengan
itulah terdapat satu lagi hadiah yang tinggal.
Harun
Al Rashid : Siapakah jemputan yang tidak hadir tersebut ?
Menteri
: Hassan Al Basri, wahai khalifah.
Harun
Al Rashid terdiam sejenak setelah nama Hassan Al Basri disebut. Setelah berfikir
sejenak, maka dia pun berkata kepada Menterinya.
Harun
Al Rashid : Akan aku tulis surat peribadi ku khas untuk Hassan Al Basri.
Mungkin kerana dia seorang berilmu tinggi, maka dia inginkan jemputan khusus
dan majlis untuknya yang khusus, baru dia senang menerima hadiah anugerah ku.
Setelah ku tulis surat itu, kau pergilah ke madrasahnya dan serahkan sendiri
surat itu ke tangannya.
Harun
Al Rashid pun menulis surat tersebut dan mengarahkan Menterinya untuk
menyerahkan sendiri ke tangan Hassan Al Basri. Sang Menteri pun segera bertolak
ke Madrasah Hassan Al Basri membawa surat tulisan tangan Harun Al Rashid,
sambil diringi beberapa orang pegawai istana.
Sewaktu
Menteri tersebut sampai ke Madrasah, Hassan Al Basri sedang memberikan kuliah
pengajian kepada murid-muridnya. Menteri tersebut terus berjalan menuju ke
pintu madrasah.Hassan Al Basri, sewaktu terpandang Menteri dari istana datang
menuju ke tempatnya berubah riak muka Hasan Al Basri. Dia terus memalingkan
mukanya dari Sang Menteri dengan riak muka yang marah dan benci.
Menteri
: Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri
Tiada
jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja memberikan
kuliah kepada murid-muridnya sambil memalingkan mukanya dari Sang Menteri.
Seolah-olah Sang Menteri tidak wujud di situ.
Menteri
: Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri
Sang
Menteri memberi salam buat kali ke-2.
Masih
tiada jawapan dari Hassan Al Basri. Malah Hassan Al Basri meneruskan saja
memberikan kuliah kepada murid-muridnya. Murid-muridnya juga berasa kehairanan.
Menteri
: Assalamu a'laikum wahai Hassan Al Basri. Kedatangan ku membawa surat peribadi
milik Khalifah Harun Al Rashid.
Sang
Menteri memberikan salam buat kali ke-3.
Maka
berkatalah salah seorang murid tua kepada Hassan Al Basri.
Murid
: Wahai tuan guru, ada Menteri diutuskan khalifah kepada Tuan, membawa surat
dari khalifah.
Setelah
mendengar kata-kata muridnya, barulah Hassan Al Basri menjawab salam Menteri
tersebut.
Hassan
Al Basri : Salam (Jawab Hassan Al Basri ringkas dengan nada yang marah). Untuk
apa kau ke mari?
Menteri
: Kedatangan ku membawa surat peribadi tulisan tangan khalifah buat mu. Aku
harap kau terimalah surat ini.
Jawab
Menteri, sambil menghulurkan surat tersebut kepada Hassan Al Basri. Hassan Al
Basri apabila dihulurkan surat tersebut, dengan segera mengelak dan menepis,
agar surat tersebut tidak menyentuh dirinya.Hal ini juga mengejutkan
murid-muridnya.
Murid
: Wahai Tuan guru, apakah surat ini bernajis sehingga kau enggan menerimanya ?
Kasihanilah Menteri ini kerana dia hanya menunaikan arahan Tuannya. Nanti dia
pasti akan dihukum kerana kegagalannya menyampaikan surat Tuannya.
Hassan
Al Basri : Kalau begitu kau saja yang baca surat ini. Biar ku dengar.
Maka
muridnya pun mengutip surat tersebut yang jatuh ke lantai Madrasah. Lalu dibuka
surat tersebut dan dibaca. Salam sejahtera buat sahabat ku, Sheikh Hassan Al
Basri.
Tujuan ku tulis surat ini, adalah untuk menjemput mu ke
majlis meraikan perlantikan ku sebagai khalifah. Mungkin engkau sibuk sewaktu
hari pertama perlantikan ku, maka engkau tidak sempat hadir ke majlis tersebut.
Maka atas dasar persahabatan kita, maka akan ku adakan sekali lagi majlis
keraian tersebut hanya buat mu. Akan ku jamu engkau dengan hidangan yang enak
dan lazat. Dan akan ku anugerahkan kepada mu hadiah yang cantik dan mahal. Aku
harap engkau akan hadir ke istana ku esok hari untuk majlis ini.
Sekian.
Daripada
Khalifah Umat Islam, Khalifah Harun Al Rashid Dengan riak muka yang marah, dan
nada yang tegas Hassan Al Basri mengarahkan muridnya.
Hassan
Al Basri : Kau tulis jawapan ku kepada Harun Al Rashid dibelakang suratnya.
Salam,
Harun,
Apakah kau sangka dengan menjamu aku dengan hidangan enak
dan lazat, serta anugerah hadiah yang mahal, mampu menjadikan aku menyokong
perbuatan mungkar mu ?
Tahukah kamu, perbelanjaan majlis meraikan perlantikan mu
sebagai khalifah, datangnya dari pembiayaan Baitul Mal ? Engkau tergamak
menggunakan harta Baitul Mal yang hakikatnya milik rakyat bagi membiayai majlis
peribadi mu. Kau nafikan hak rakyat yang fakir dan miskin, anak-anak yang yatim
dan piatu serta janda-janda yang tiada tempat bergantung. Kau biarkan mereka
tidur dalam kelaparan bersama fikiran yang rungsing memikirkan, "Dimanakah
akan ku cari rezeki keesokan hari ?"
Ads by Media PlayerAd
Options
Di waktu yang sama, kau menjamu sahabat-sahabat mu dengan
hidangan yang enak dan lazat walaupun mereka mampu mengenyangkan diri mereka
sendiri dengan kekayaan mereka. Di waktu yang sama, kau anugerahkan mereka
dengan hadiah yang mahal-mahal, sedangkan rakyat mu ada yang daif dalam
kemiskinan. Kehidupan mereka tenggelam dalam lautan air mata penderitaan dan
kesedihan akibat kemiskinan.
Belum pun genap sehari engkau menjadi khalifah, sudah
banyak dosa yang telah engkau lakukan. Amanah rakyat telah engkau khianati.
Apatah lagi jika semakin banyak dan lama hari engkau memerintah, maka akan semakin
banyaklah dosa dan kemungkaran yang bakal engkau lakukan. Apakah untuk ini
engkau dijadikan Allah ? Mulai saat ini, jangan sesekali engkau melafazkan
bahwa Hassan Al Basri adalah sahabat mu. Mulai hari ini dan saat ini, ku
putuskan persahabatan ku dengan mu !!!
Sekian. Hassan Al Basri
Tersentuh
hati Menteri mendengar ketegasan jawapan yang dilafazkan oleh Hassan Al Basri.
Setelah murid Hassan Al Basri selesai menulis jawapan gurunya, surat tersebut
pun diserahkan kepada Menteri untuk dikembalikan kepada Harun Al Rashid.
Hassan
Al Basri : Ambillah surat ini dan kembalikannya kepada Tuan mu.
Menteri
itu pun mengambil surat tersebut dan berlalu. Kata-kata Hassan Al Basri terus
bermain di dalam hati dan fikirannya. Kini hatinya menjadi rungsing. Dalam
perjalanan pulang ke istana, dia melalui pasar jualan. Di hentikan kudanya, dan
turun sambil diiringi pegawai-pegawai yang mengikutinya. Lalu bekatalah Menteri
tersebut kepada para pedagang di pasar itu.
Menteri
: Wahai para saudagar, mahukah kamu membeli jubah yang kupakai ini ? Jubah yang
bermutu tinggi, lagi ranggi dan cantik ini merupakan anugerah Khalifah kepada
ku sebagai salah seorang Menteri di istana. Akan ku jualkan kepada mu dengan
harga yang murah.
Para
pedagang di pasar tersebut berasa hairan dengan kata-kata menteri tersebut.
Berkatalah salah seorang daripada mereka.
Pedagang
: Mengapa engkau ingin menjual jubah kebesaran mu itu ? Berapakah harganya ?
Menteri
: Mengapa ingin ku jualkannya, adalah urusan ku dengan Tuhan ku. Harganya amat
murah. Aku hanya memerlukan pakaian yang diperbuat dari kain yang kasar seperti
yang dipakai oleh ahli sufi.
Maka
urusniaga itu pun berjalan lancar antara Menteri dan saudagar di situ. Setelah
Menteri mengenakan jubah dari kain yang kasar, dia pun kembali ke istana untuk
mengembalikan surat dari Hassan Al Basri. Setibanya Menteri di istana, dia
terus pergi menemui khalifah dengan pakaiannya yang kasar dan murah. Harun Al
Rashid tersentak kehairanan, melihat Menterinya berpakaian demikian. Lalu dia
bertanya kepada Menteri.
Harun
Al Rashid : Mengapa engkau berpakaian demikian ? Ke manakah perginya jubah
kebesaran mu sebagai seorang menteri di istana ku ?
Menteri
: Wahai khalifah. Sekembalinya aku dari Madrasah Hassan Al Basri, aku telah
membuat keputusan untuk meletakkan jawatan ku sebagai Menteri. Maka ku tukarkan
jubah kebesaran seorang menteri anugerah mu kepada pakaian yang kasar dan murah
ini. Anggaplah aku membawa surat jawapan Hassan Al Basri merupakan tugas dan
khidmat ku yang terakhir buat mu. Kerana selepas ini, aku akan mengikuti tuan
ku yang baru, iaitu Tuan Hassan Al Basri. Agar aku dapat dididik untuk mentaati
Allah dan Rasul Nya.
Menteri
itu pun menyerahkan surat jawapan Hassan Al Basri kepada Harun Al Rashid dan
terus berlalu dari situ. Menteri itu telah pergi ke Madrasah Hassan Al Basri
dan menjadi salah seorang muridnya.Harun Al Rashid, setelah menerima surat jawapan
dari Hassan Al Basri, terus membuka dan membacanya. Tersentaklah Harun Al
Rashid buat kali kedua di hari itu. Tidak disangka oleh Harun Al Rashid,
jawapan yang diberikan oleh Hassan Al Basri amat tegas. Jawapan Hassan Al BAsri
telah menyebabkan Harun Al Rashid menangis dan terus menangis. Tangisan
keinsafan.
Di
beritakan, Sesudah peristiwa itu, Harun Al Rashid akan meletakkan surat Hassan
Al Basri di sebelahnya sewaktu solat. Sesudah selesai solat, Harun Al Rashid
akan membaca surat jawapan Hassan Al Basri dan terus menangis. Dia melakukan
ini sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia menjadikan
surat tersebut sebagai peringatan buat dirinya yang sering lupa agar dia tidak
tergelincir dalam pentadbirannya. Maka tidak hairanlah, Harun Al Rashid
merupakan salah seorang khalifah Abbasiah yang yang dikenali kewarakannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan