Salam buat semua rakan dan teman...,
Agak menarik juga berita yang ditulis dalam Malaysia kini, Dr Asri akan masuk UMNO bersama dengan 100 orang ulama lain. Jika benar berita ini, rasanya nak juga saya bertanya apakah yang mendorong sahabat lama saya ini berbuat demikian?
Dalam pada itu rakan saya seorang lagi ada juga buat banyak kenyataaan, yang terbaru melabelkan Dr Asri termasuk juga Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa orang ulama lagi sebagai terrorist / pengganas.
Kedua-dua berita dan kenyataan ini memang amat menarik, kerana ia mendapat publisiti yang agak meluas di blog-blog dan media massa.
Berkenaan tindakan masuk UMNO, jika ia benar....rasanyaa elok dibuat kaji selidik terlebih dahulu. Dulu sebelum 1978, Pas dah pun masuk BN...tetapi tiada apa yang BN beri pada semua tuntutan Pas termasuk undang-undang Islam, juga di kalangan alim ulama yang masuk UMNO seperti Us Nakhaie Hj Ahmad pun gagal juga mengubah UMNO dari dalam.....adakah Dr Asri, kalau benar berita tersebut, mampukah sahabat lama saya ini mengubah UMNO dari dalam ? soalan itu agak subjektif...
Rakan saya yang sorang lagi ni, entah apa yang mendorong dia membuat tuduhan begitu pedih didengari oleh mereka yang kasihkan tuan guru, rasanya tak pernah pulak saya dengar TGHH bercakap sesuatu tentang dia, atau jauh sekali TGHH menuduh beliau.....kita tahu TGHH seorang yang sibuk dengan jawatannya sebagai seorang Presiden yang berusaha untuk menegakkan negara Islam di Malaysia ini, sepatutnya kita bantu TGHH, bukannya menambahkan masalah.
Semoga rakan-rakan kita ini memandang ke belakang seketika, lihat apa yang telah ditinggalkan oleh orang yang telah mendahului kita....kerana pada sejarah itu ada contoh dan teladan yang boleh kita ambil dan contohi, dan kadang-kadang juga sebagai penentu benar atau tidak setiap tindakan kita.
Masa di Universiti dulu samada di Yarmouk atau di Urduniah, kita ada belajar tentang "Asalib Da'wah".....adakah apa yang dilakukan ini benar-benar berdasarkan perhitungan ilmu dan tawadhu' setiap da'i, ataupun sekurang-kurangnya dilihat kesan-kesannya kepada masyarakat, serta kesan kepada perjalanan da'wah itu sendiri....apakah untungnya da'wah dengan tindakan oleh teman-teman kita ini? Mudah-mudahan Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya supaya kita semua teruskan perjuangan dengan mengurangkan masalah di jalanan da'wah...amin.
1 ulasan:
Assalamualaikum
Pada pendapat saya Dr Asri tidak boleh masuk politik.Jika dia masuk politik umpama dia membunuh diri sendiri.Saya tidak setuju jika Dr Asri masuk UMNO atau PAS.
Biarlah dia kekal sebagai seorang ilmuan Islam yang tidak terikat dengan parti politik.Dia kan terus dihormati tanpa perlu masuk politik.
Catat Ulasan