Alhamdulillah......setelah berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, dari 9 Jun hingga 16 Jun 2010, 18 Jun 2010 jam 2.00 pagi saya selamat sampai di Ampang. Terurailah rindu pada anak-anak dan isteri tercinta.
Kali ini saya juga ke Mekah melalui Istanbul. Agak bertuah juga tahun ini, kerana sempat melihat Turki dalam suasana marah pada Israel dengan kematian beberapa warganya dalam konvoi kebajikan / kemanusia. Kelihatan kemarahan mereka membuak-buak, terasa betapa hebatnya kalau Kerajaan Othmaniah kembali berinteraksi dengan dunia, kembali menunjukkan kekuatannya yang selama ini telah dipendamkan oleh Kamal Atartuk sejak 1924 lagi.
Bila sampai di Mekah, kelihatan pembangunan kota mekah yang amat hebat, antaranya Zam Zam Tower.
Semasa bercakap dengan seorang yang agak banyak maklumat tentang pembangunan kota Mekah, ada sedikit maklumat mengenai Menara Zam zam ini. Katanya, harga jam yang terbesar di dunia ini ialah 400 juta euro (dalam 1.2 billion Ringgit Malaysia). Boleh dilihat dari jarak 7 KM lagi. Orang Malaysia yang sedang berkeja memasang jam ini.....
Bila mendengar bilangan duit yang begitu banyak, terasa juga bahawa tanda kiamat yang pernah disabdakan baginda sollahu alaihi wasallam.
(أن تلد الأمة ربتها، وأنت ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان)
(Maksud : dan Apabila ibu-ibu melahirkan tuan-tuannya, dan kamu melihat orang yang telanjang / fakir miskin membina bangunan-bangunana tinggi...)
Gambar si sebelah adalah lukisan penulis yang memberi gambaran jam tersebut, sehingga saya meninggalkan Mekah, boleh dikatakan 2 keping dari jam tersebut telah dipasang, apabila saya berada agak jauh dari Mekah, kelihatan menara itu masih lagi jelas.
Pembangunan ini membuktikan betapa benarnya perkatan baginda sollahu alaihi wasallam. Amat ramai orang kaya di Mekah, harta mereka terhasil dari perniagaan yang timbul dari para Ummar dan Hujjaj yang datang ke Mekah dan madinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan