Jumaat, Julai 02, 2010

Us Hassan Shukri Tokoh Yang Disegani

Assalamualaikum
Saya menerima berita kepergian Ust Hassan Shukri ketika di Mekah. Agak tergamam dan terkejut juga dengan berita ini. Bila mengenangkan tokoh yang banyak jasa ini, saya teringat tentang setiap ucapan yang pernah disampaikannya ketika belajar di Jordan dulu. Banyak kali juga Us Hassan datang ke Jordan, biasanya mengiringi al Marhum Us Fadhil Nor.
Banyak perkara dalam setiap ucapannya kepada pelajar-pelajar, setiap patah kalimah yang keluar dari bibirnya memberikan bimbingan kepada pejuang-pejuang muda yang sedang dilatih dan dikaderkan. Memang menjadi tanggungjawab pemimpin, mengunjungi pejuang-pejuang muda ini, tujuannya agar kepergian pemimpin akan ada pengantinya.
Tidak segan saya nyatakan bahawa ramai tokoh-tokoh ilmuan kita sekarang yang terkenal di Malaysia, mendapat pendidikan dan bimbingan dari beliau.
Saya terbaca satu article yang ditulis oleh rakan saya Ustaz Nik Md Nasri, yang mengimbau ucapan Us Hassan mengenai "3K", Us Hassan sering beri cabaran kepada pejuang-pejuang muda, iaitu halangan perjuangan iaitu 'kerja', 'kahwin' dan 'keluarga'. 3k inilah yang menyebabkan kurangnya tenaga-tenaga dakwah apabila balik ke Malaysia nanti.
Terbukti perkataan beliau ini benar, tidak dinafikan memang pemimpin yang matang dan telah lama dalam jalanan dakwah mengetahui selok belok tribulasi perjuangan, antaranya yang paling berkesan menyerang para pelapis perjuangan ialah 3k ini.
Kerja juga adalah musuh yang paling berkesan menyerang pejuang-pejuang ini, amat ramai yang kecundang, ramai yang gagal menempuh halangan ini.
Us Hassan juga adalah kawan rapat ayah saya, banyak juga kisah-kisah suka duka ayah saya dengan Us Hassan dalam perjuangan mereka sejak puluhan tahun dulu. Kata ayah saya Us Hassan adalah orang paling mahir dalam penghuraian perlembagaan pas. Umur ayah saya dan Us Hassan tak jauh bezanya. Kerana itulah, ada kenyatan yang menyebutkan bahawa Us Hassan adalah kamus Pas. Rasanya tiada orang yang menafikan hal ini, memang beliau tempat rujukan pas. Semoga Allah merahmatinya serta menempatkan beliau di antara golongan syuhada', amin.

Tiada ulasan: