Selasa, Mei 11, 2010

Akhirnya isterilah yang .....

Salam sejahtera buat rakan dan teman yang menatap blog saya yang serba kekurangan ini. Kali ini saya nak kongsi cerita seorang teman saya yang kaya raya. Beliau mempunyai banyak rumah sewa, kilang simen dan pasaraya. Dalam waktu yang sama, beliau juga orang yang kuat ibadahnya, tidak tinggal solat berjemaah serta sentiasa bersedekah.
Satu hari, datang seorang pelanggan perempuan ke kilang simennya. Perempuan ini membeli banyak simen dari rakan saya ini. Sewaktu perempuan ini keluar dari kilangnya, dia mengajak rakan saya tadi untuk keluar makan. Kawan saya tadi mmenerima pelawaan pelanggannya itu. Perempuan itu mengajak makan di satu restauran yang agak mahal. Sekadar makan sahaja...bukan apa-apa, tiada apa-apa yang berlaku.
Selepas tarikh itu, kata kawan saya, dia mengidap sakit belakang yang amat sangat. Dicarinya tukang urut di merata tempat, namun sakit belakangnya tidak juga sembuh.
Minggu ini masuk minggu ke 2 sakit belakangnya berterusan. Pening kepala cuba difikirkan sebab musabbabnya, hingga akhirnya dia terfikir, agaknya makan dengan perempuan pelanggannya itulah puncanya.....kerana dia rasa dia telah curang kepada isterinya, walaupun dia tidak buat apa-apa dengan pelanggannya, tetapi pelanggannya itu perempuan, tentu tidak manis untuk makan bersama.
Masuk minggu ke tiga, satu malam...teman satu tadi menjelaskan segala-galanya, isterinya faham, malah isterinya kenal suaminya. Teman saya minta supaya isterinya mengurut belakangnya......lalu isteri teman saya pun mengurut dari tengkuknya hingga ke punggungnya...terus saja sakit belakangnya hilang..hilang selamanya, sampailah sekarang setelah berlalu kisah ini 5 tahun.....
Pengajarannya ialah.....jangan cuba lakukan maksiat walaupun seringan manapun, dan ingatlah bahawa jika seseorang itu dikasihi Allah, maka Allah akan lindungi dari dari maksiat dan mungkar.....sekadar kongsi cerita.

Tiada ulasan: