Khamis, Februari 25, 2010

Siri Jumpa Rasulullah Dalam Mimpi : Selawat Penyelamat Dari Dosa


Assalamualaikum
Ibnu al-Mulqan menceritakan dalam kitabnya berjudul "Al-Hadaiq", bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang tawaf di Baitillah, beliau hanya membanyakkan selawat tanpa doa dan bacaan yang lain. Apabila ditanya mengapakah beliau hanya berselawat, pemuda itu bercerita :
Sebenarnya, satu ketika waktu haji aku bersama bapaku, bapaku sakit lalu meninggal, malang menimpa bapaku, sebaik saja mati mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.
Aku sedih dengan apa yang menimpa bapaku, aku mengeluh "sesungguh semua manusia milik Allah maka kepada-Nyalah kita akan dikembalikan, ayahku meninggal dalam keadaan yang amat pelik.
Sebaik sahaja sampai waktu malam, aku terasa amat mengantuk, terus menyebabkan aku terlena. Dalam tidurkan aku dikunjungi oleh Rasulullah sollahu alaihi wasallam, baginda berpakaian putih dan wangian amat harum. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya, langsung lepas itu wajah bapaku berubah menjadi amat putih seumpama susu, selepas itu baginda menyapu pula perut bapaku, lalu kembali semula seperti asalnya tidak lagi membuncit.
Apabila baginda mula beredar, baginda bersabda "Sesungguhnya ayahmu adalah orang yang banyak melakukan maksiat dan dosa, tetapi dia juga banyak berselawat kepadaku, dia juga meminta bantuanku, dengan sebab itu aku datang membantunya, kerana aku adalah pembantu bagi orang-orang yang banyak berselawat ketika di atas muka bumi".
Inilah kisah mimpi bertemu Rasulullah sebagai peringatan untuk kita. Elakkan dari melakukan dosa, jangan pula menjadikan Rasulullah sebagai bomoh atau doktor untuk mengubati penyakit semata, malah baginda adalah ikutan dan contoh kita. Allahuma solli ala Muhammad.

Tiada ulasan: