Khamis, Februari 11, 2010

2 SYARAT PEKERJA @ MODAL INSAN

Assalamualaikum
Ketika sedang membaca al-Quran pagi ini, terbaca ayat dari surah al-Qosas. Kisah yang saya baca ialah kisah Nabi Musa as ketika baginda di perkampungan Nabi Syuaib. Baginda telah menolong dua orang perempuan muda memberi minum kambing-kambingnya. Lalu apabila pulang ke rumah, bapa mereka iaitu Nabi Syuaib telah menyuruh salah seorang puterinya menjemput Nabi Musa ke rumahnya. Dari sinilah berlakunya satu perbualan puterinya katanya :
قالت إحداهُما يا أبتِ استَئجِرهُ إن خيرَ منِ استئجرتَ القوي الأمين – القصص26
Maksudnya : Wahai ayahku, ambilah ia sebagai orang yang bekerja dengan kita, sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah yang gagah dan amanah.
Oleh itu, rakan-rakan sekelian, sesiapa yang ingin mengambil seseorang bekerja, terutama yang membaiki sesuatu dalam rumah kita, mestilah dari orang yang kuat, iaitu mampu bekerja dengan baik dan sempurna, serta juga mempunyai sifat amanah, kerana pekerja ini mungkin memasuki rumah orang untuk membaiki sesuatu, jadi sifat amanah adalah amat penting.
Sekadar perkongsian idea.

Tiada ulasan: