Sabtu, Februari 20, 2010

2 bulan selepas peninggalan bonda.....

Selepas dua bulan kepergian bonda, kita adik beradik tak sempat berjumpa untuk berbual panjang, tak sempat nak bertanye khabar cerita. Namun bila bertemu, kisah-kisah dengan bonda masih lagi segar dalam setiap pengkisahan. Setiap kenangan dengan arwah bonda memang sukar dilupakan, satu demi satu pitanya dimainkan beratus-ratus kali.
Bile jumpa adik2 perempuan, air matalah yang banyak dari cakapnya. Ingatkan arwah bonda, ingatkan cakap-cakap bonda, ingatkan masakan bonda, ingatkan layanan bonda, tetapi apalah yang kita boleh lakukan selain dari mengingati kenangan itu, kenangan itulah yang menyuburkan ingatan kita pada arwah bonda.
Semoga kita mampu meneruskan kehidupan tanpa bonda disisi, biarpun agak pedih sedikit, tetapi kehidupan mesti diteruskan.
Selepas dua bulan.....Bila ayah cari ganti bonda, usahlah kita gusarkan sangat tentang sesuaikah bonda baru dengan adik beradik kita, kita tahu arwah bonda tak mungkin ada orang yang boleh menggantikannya, tetapi bila ada bonda baru....kita bersabarlah dengan keadaannya, mungkin bonda baru perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dengan keluarga besar kita....48 cucu, anak-anak 11 orang campur menantu lagi, dah jadi 22 orang semuanya. Bukan senang nak sesuaikan diri dengan keluarga sebesar keluarga kita. Berilah bonda baru peluang menyesuaikan diri dengan keadaan kita.....
Tetapi kita kena ingat bukan senang, bonda baru nak sesuaikan diri dengan keluarga besar kita. Kita berharap benar agar bonda baru mampu memahami keadaan kita bila berkumpul, kita berharap benar bonda baru tahu tentang keinginan ayah kita, ayah kita suka sangat berkumpul ramai-ramai, sambil makan-makan, kalau anak cucu tak balik sugul ayah kita, susah hati ayah.
Kita harap bonda baru faham keadaan ini.....semoga bonda baru boleh sesuaikan diri dengan kita semua....Semoga Allah bahagian ayah kita dengan bonda baru. Serta Allah berikan kebahagian kepada kita semua Insya Allah....
Biarpun begitu, kita berharap agar bonda merestui perkahwinan ayah kita.....dan kita juga berdoa agar bonda sentiasa tenang di sana, serta mendapat ni'mat dari Allah....., siapa di antara kita yang mengikuti jejak bonda....soalan yang sukar di jawab???!
Sekadar keluhan jiwa.....Abu Nu'man Adib - Kuala Ibai.

1 ulasan:

LadyBird berkata...

semoga keluarga ustaz dapat menerima bonda baru :D.. dan bonda baru dapat menyesuaikan diri dengan keluarga ustaz.. :D