Isnin, November 24, 2008

Renungan : KELEBIHAN ALIM ULAMA'

Bersabd RasululLAH Sollahu 'alaihi wasallam :

إن الله وملائكته وأهل السماوات وأهلَ الأرض حتى النَّملةَ في جُحْرِها والحِيتان في البحرِ لَيُصَلُّونَ على مُعَلِّمِ الناسِ الخَير - أخرجهُ الترمذي

Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya dan penghuni segala langit dan bumi, sehingga semut yang berada dalam lubangnya dan ikan di lautan, semuanya mendoakan kebaikan bagi mereka yang mengajar manusia akan kebaikan"
Taujihat Hadis :
Apa yang difahami dari hadis ini ialah tentang :
1. Pahala yang besar bagi guru-guru agama terutamanya yang mengajar manusia dari tidak kepada tahu, mengajar manusia cara-cara peribadatan yang betul dan berbagai-bagai lagi. Ramai pelajar yang tidak tahu al-Quran mengenal al-Quran dengan sebab diajar oleh guru-guru ini.
2. Betapa besar dan hebatnya pahala yang diberikan ALLAH kepada guru-guru agama ini yang berkorban semata-mata untuk menjadikan pelajar-pelajarnya berilmu dan beramal dengan ilmunya.
3. Begitu juga dengan guru-guru yang mengajar ilmu dunia, jika niat mereka baik dan bertujuan akhirat maka mereka turut diberikan pahala oleh Allah ta'ala.
4. Apapun jua yang diberikan mestilah diberikan dalam suasana ikhlas dan tidak mengharapkan balasan, inilah setinggi-tinggi sifat dan cara pemberian ilmu yang diberikan pahala yang besar oleh Allah.
Semog kita sama-sama mendapat pengajaran. Wasallam.

Tiada ulasan: