Rabu, November 05, 2008

ZAM-ZAM & AIR GAU TERMERLOH

Assalamualaikum
Baru-baru ini ada rakan yang datang ke rumah beli "Air Gau" yang dah beberapa tahun saya jadi pembekalnya di sekitar Ampang. Beliau memaklumkan bahawa "Air Gau" jika diletakkan dalam peti sejuk bahagian atas, yang biasa kita buat ketulan ais tidak beku sepenuhnya, malah yang beku sedikit itupun bukan kerasa, tetapi lembut. Menurut rakan saya lagi, air zam-zam juga tidak beku.
Berkemungkinan sebab tidak beku, justeru mineralnya yang banyak. Air zam-zam, air terbaik seluruh dunia telah ditemui sejak zaman Nabi Ismail lagi, tenggelam dan lenyap dari pandangan mata sehinggalah ia ditemui kembali zaman datuk Rasulullah iaitu ABdul Muttalib. Air ini diambil oleh jemaah haji tidak henti-henti sejak ribuan tahun, dan tiada tanda-tanda air zam-zam akan kering. inilah khasiat air zam-zam.
Kalau di Malaysia, air gau adalah air yang semacam air zam-zam, khasiatnya adalah separuh zam-zam. Inilah ciptaan ALLAH yang sukar di temua dimana-mana. Air Gau sebenarnya ditemui hasil dari mimpi oleh Tuan Guru Haji Ahmad Baqi dari Kg Chenor, Pahang.
Pelajar-pelajar Sekolah Sa'adatuddarain menggunakan air gau sepenuhnya dalam urusan harian mereka.
Sekarang ini air gau telah diproduk dan dijual ke seluruh Malaysia dengan jenama "Gau", ataupun satu lagi jenama yang menggunakan sumber air yang sama iaitu "Tasnim".
Sesaiapa yang terputus bekalan zam-zam, dan hendak mencuba air gau, sila hubungi saya melalui laman wab ini.
Sekian terima kasih.

Tiada ulasan: