Salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang sentiasa mencari sesuatu yang bermanafaat dari nukilan-nukilan dalam internet.
Hari ini ini kita mengenangi lagi Hijrah baginda Sollahu 'alaihi wasallam. Entah ke berapapun tak tahulah......tapi kita seringkali lupa jasa baginda yang amat besar itu. Juga jasa sahabat-sahabat baginda yang begitu cemerlang. Antaranya Saidinia Ali yang sanggup berkorban nyawa bagi menggantikan rasulullah di tempat tidurnya.
Saya teringat bagaimana keadaan Saidina Bilal bin Rabah, beliau demam-demam beberpa hari bila sampai di Madinah al Munawwarah kerana rindukan tanah Mekah, perkara ini telah saya dapatkan dari satu nukilan Ulama dalam kitab Kisah Para Sahabat.
Pagi tadi saya sempat memenuhi satu undangan Kuliah Subuh di Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya. Agak ramai juga jemaah yang datang, termasuk muslimat. Pengisian yang saya buat lebih kurang satu jam 10 minit, alhamdulillah bagi saya, cukup berpuas hati kerana dapat menjelaskan perihal hijrah yang terlalu besar dan penting untuk diingati setiap mukminin dan mukminat.
Hijrah juga mengajar kita supaya sentiasa ikhlas dalam segala perbuatan dan amalan kita, ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah yang bermaksud "segala perbuatan dengan niat.....". Dalam kisah yang begitu hebat itu, sempat juga niat menjadi suatu topik sampingan yang dititipkan kepada umatnya.
Juga dalam kisah hijrah nabi ini, mengingatkan kita bahawa jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan dunia yang antaranya ialah fitnah wanita, kerana ada seorang sahabat yang berhijrah kerana mengikuti tunangnya yang turut berhijrah. Kita di ajar jangan alihkan niat kita yang sepatutnya hanya kepada ALLAH kepada sesuatu lebih rendah nilainya seperti harta benda dunia dan wanita.
Hijrah juga memperlihatkan suatu perkara yang paling penting, iaitu dengan Hijrah Islam kekal di atas muka bumi, dan dengan hijrah kita semua ditakdirkan menganut Islam, umat melayu menganut Islam hasil dari seruan pedagang-pedagang gujerat yang bermula dari yaman, dan yaman adalah tempat yang menjadi tempat da'wah Rasulullah selepas bertapaknya Islam di Madinah Al Munawwarah.
Semoga kita sama-sama mendapat peringatan. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan