Selasa, November 18, 2025

MENGISI PERJUANGAN

Setelah kemenangan dikecapi, maka kerja paling sukar, lebih sukar dari menang itu lagi ialah mengisi kemenangan. Segala usaha kemenangan selama ini yang memenatkan, akan beralih kepada mengisi kemenangan pula. Tenaga yang masih penat itu akan diperas pula dengan usaha-usaha yang bersifat berpanjangan serta bersifat mencabar. Segala tumpuan akan dihalakan kepada usaha-usaha mengisi kemenagan. Di antara hal baru yang bakal dihadapi ialah golongan yang mempertontonkan muka di saat kemenangan diperolehi, yang mana ketika perjuangan sedang berlangsung muka-muka ini tidak kelihatan. Keadaan ini memang berlaku secara tidak dirancang, malah kadang-kadang menjadi suatu keuntungan untuk golongan yang menang. Meskipun begitu, ada juga unsur-unsur kerugiannya. Golongan yang menang sebenarnya yang mengheret masuk golongan ini, kerana pada perkiraannya golongan ini mampu untuk menyempurnakan pengisian kemenangan. Bagi tenaga-tenaga yang berusaha berjuang hingga mencapai kemenangan seringkali memandang serong terhadap golongan yang tidak pernah berjuang yang memperlihatkan muka ketika menang adalah parasit yang bakal merosakkan kemenangan yang mereka perolehi. Padahal, kalau dilihat secara lalupun dapat diketahui bahawa golongan yang berjuang tidak mampu untuk mengisi kemenangan hanya dengan tenaga mereka semata-mata, tetapi oleh kerana rasa sayangkan kemenangan yang sukar diperolehi itu menyebabkan mereka kelihatan sedikit berprasangka buruk kepada golongan yang menampakkan muka ketika menang ini.

Tiada ulasan: