Selasa, November 18, 2025
MENGISI PERJUANGAN
Rabu, Februari 05, 2025
PILIHAN BUKANNYA BERDASARKAN KEINGINAN TETAPI HARUSLAH BERDASARKAN KEPERLUAN
Kerapkali bila kita memilih, akan tetapi kita kurang ambil perhatian bagaimanakah kita memilih, sehinggakan kita terjebak di antara keinginan diri daripada keperluan diri. Berkemungkinan kemahiran memilih itu suatu yang tidak kita gunakan dengan betul, bukannya tidak pandai memilih, tetapi kita kurang ambil perhatian.
![]() |
Memilih sesuatu yang tepat mestilah berdasarkan ciri-cirinya, seperti di antara brake dengan signal, mana yang lebih membahayakan nyawa pemandu jika tidak diselenggara terlebih dahulu, jawapannya sudah tentu brake.
Dalam mendapatkan pedoman memilih sesuatu yang tepat dan betul, maka pedoman dari Allah sangat-sangat kita perlukan, di bawah ini ada hadis yang mempunyai kaitan dengan apa yang dibicarakan, sabda Rasulullah SAW :
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الدُّعَاءَ لِمُهِمِّاتِ أُمُورِنَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ، قَالَ: إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيدَةِ، ثُمَّ لِيَقُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي استخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَاسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي."
Sekadar perkongsian buat kita sama-sama berfikir lebih rasional serta logik dalam menentukan sesuatu yang kurang risikonya dan kurang masalah.
INTIPATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Semasa mendengar satu pengisian kuliah subuh, saya sempat terfokas dengan satu susunan bahasa ustz penceramah tentang antara tujuan besar dilakukan Israk & Mikraj, iaitu...
ALLAH RINDU DENGAN HAMBANYA YANG MULIA IAITU RASULULLAH SAW.. lalu dijemputnya baginda ke pangkuanNya.
Saya berpendapat, pandangan ustz penceramah ini sangat menyentuh jiwa dan merupakan suatu pandangan yang boleh dijadikan sebagai khulasah peristiwa Israk & Mikraj.
Sabtu, Februari 01, 2025
Jubb Al Hazn Lembah Paling Rendah Di Neraka
Rasulullah SAW bersabda:
وعن أبي هريرة - رضي الله عنه - . قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : " تعوذوا بالله من جب الحزن " . قالوا : يا رسول الله ! وما جب الحزن ؟ قال : " واد في جهنم تتعوذ منه جهنم كل يوم أربعمائة مرة " . قيل يا رسول الله ! ومن يدخلها ؟ قال : " القراء المراءون بأعمالهم " .
رواه الترمذي ، وكذا ابن ماجه ، وزاد فيه : " وإن من أبغض القراء إلى الله تعالى الذين يزورون الأمراء " قال المحاربي : يعني الجورة .
“Sesungguhnya di Neraka Jahanam ada sebuah lembah, di mana Jahanam itu sendiri setiap hari memohon perlindungan darinya (kepada Allah SWT) sebanyak 400 kali. Lembah tersebut dihuni oleh para qurra’ yang gemar mengunjungi para penguasa.”
Seandainya diumpamakan neraka jahanam ini sebuah samudera yang luas, maka Jubb Al Hazn ini adalah palung atau lembahnya. Jadi Jubb Al Hazn ini merupakan bagian yang paling rendah atau dalam dari neraka jahanam.
MIMPI RASULLLAH MELIHAT RUMAISAD, BUNYI LANGKAH BILAL & ISTANA UMAR AL KHATTAB
Begitu juga riwayat daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
رَأَيْتُنِي دَخَلْتُ الجَنَّةَ، فَإِذَا أَنَا بِالرُّمَيْصَاءِ، امْرَأَةِ أَبِي طَلْحَةَ، وَسَمِعْتُ خَشَفَةً، فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: هَذَا بِلاَلٌ، وَرَأَيْتُ قَصْرًا بِفِنَائِهِ جَارِيَةٌ، فَقُلْتُ: لِمَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: لِعُمَرَ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَهُ فَأَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَذَكَرْتُ غَيْرَتَكَ فَقَالَ عُمَرُ: بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعَلَيْكَ أَغَارُ.
Maksudnya:
“Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga. Aku terlihat al-Rumaisa’, isteri Abu Talhah (di dalam syurga). Aku mendengar bunyi tapak kaki maka aku bertanya: ‘Siapakah dia?’ Seseorang menjawab: ‘Dia Bilal.’ Kemudian aku melihat sebuah istana yang di halamannya terdapat seorang wanita. Aku bertanya: ‘(Istana) ini kepunyaan siapa?’ Seseorang menjawab: ‘Ia milik Umar.’ Aku ingin masuk untuk melihatnya, tetapi aku teringat akan kecemburuanmu wahai Umar (maka aku tidak masuk). Umar berkata: ‘Kutebus ayah dan ibuku demimu wahai Rasulullah SAW, adakah wajar aku mencemburuimu?’”Riwayat al-Bukhari (3679)
1. Ar Rumaisad
Rumaisad juga dikenali dengan Ummu Sulaim yang berkahwin dengan Abu Talhah dengan maskahwinnya ialah mengucap dua kalimah syahadah, semasa perkahwinannya, Abu Talhah telah memeluk Islam sebagai Masahwinya. Rumaisad mempunyai anak yang sangat patuh dan berkhidmat kepada Rasulullah iaitu Anas bin Malik. Anas berkhidmat dengan Rasulullah berbelas tahun.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "خَدَمْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ، فَمَا قَالَ لِي أُفٍّ قَطُّ، وَمَا سَأَلَنِي لِشَيْءٍ فَقُلتُ: لَا، وَمَا رَآَنِي إِلَّا ضَحِكَ."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini menggambarkan betapa Anas bin Malik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun. Tidak pernah ada kata kasar atau sikap buruk yang keluar dari Rasulullah terhadapnya, bahkan beliau selalu tersenyum dan memberikan perhatian yang baik. Perkhidmatan Anas menunjukkan dedikasi yang luar biasa dalam melayani Rasulullah dengan penuh kasih sayang.
2. Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah semua dikenali oleh sahabat-sahabat nabi pada zamannya, malah juga dikenali oleh orang zaman moden ini.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "رَأَيْتُ بِلَالًا فِي الجَنَّةِ، فَقُلتُ: يَا بِلَالُ! مَا أَذْهَبَ بِكَ؟ فَقَالَ: "رَأَيْتُ فِي مَنْامِي أَنِّي أَتَيْتُ بِهِ فَقَالَ: إِنَّ لِي فِي الجَنَّةِ حَتَّى رَأَيْتُهُ فِي الجَنَّةِ"
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengisahkan tentang pertemuan Umar bin Khattab dengan Bilal bin Rabah di surga dalam mimpi. Sebuah tanda penghargaan Allah terhadap pengorbanan dan ketulusan Bilal selama hidupnya di dunia, terutama dalam peranannya sebagai muazin pertama dalam Islam.
3. Saidina Umar Al Khattab
Manusia muliah serta sangat dikenali oleh semua umat Islam dari dulu hingga sekarang.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِ عُمَرَ وَقَلْبِهِ».
(Diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Hadis ini menunjukkan bahwa Umar bin Khattab adalah seorang sahabat yang sangat dihormati dan dipercayai oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda bahwa Allah menjadikan kebenaran selalu terungkap melalui ucapan dan hati Umar. Umar dikenal dengan ketegasan dan kebijaksanaannya dalam menjaga prinsip Islam.
