Harini. Mereka yg gemar
mengumpul kesenangan dunia dan sekalian isi semahunya. Ia tetap tak mampu beli
sesalan di akhirat.
* *وَلَوْ أَنَّ لِكُلِّ نَفْسٍ ظَلَمَتْ مَا فِي الْأَرْضِ
لَافْتَدَتْ بِهِ ۗ وَأَسَرُّوا النَّدَامَةَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ ۖ وَقُضِيَ
بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ ۚ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ*
Dan pada masa itu
sekiranya tiap-tiap seorang yang berlaku zalim (kepada dirinya sendiri atau
kepada orang lain) itu mempunyai segala yang ada di bumi, tentulah ia rela
(màu) menebus dirinya dengan semuanya itu (dari azab yang akan menimpanya); dan
mereka tetap akan merasa sesal serta kecewa manakala melihat azab itu; dan
Allah putuskan hukum di antara mereka dengan adil serta mereka tidak akan
dianiaya dengan keputusan itu. *Surah Yunus, Ayat 54*
Oleh itu janganlah kita tergolong dari orang-orang yang seperti dalam ayat di atas, jika ingin menyesal, menyesallah ketika di dunia, kerana masih ada peluang untuk ubah serba sedikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan