TERDAPAT
banyak versi hadith yang menerangkan tentang kelebihan surah al-Kahfi.
Antaranya sabda Nabi:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ
سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Barangsiapa
yang memelihara (beramal) dengan 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, dia
terlindung dari Dajjal” – hr Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ahmad.
Berikut
secara ringkas mesej yang terkandung dalam 10 ayat awal surah al-Kahfi, yang
perlu difahami seterusnya dijadikan pedoman hidup ketika berada di zaman
fitnah.
⚫ Istiqamah Dengan Nas.
Ayat
pertama, Allah menjelaskan sifat al-Quran yang konsisten, tidak ada
bengkang-bengkok.
“Al-Kahf
Ayat 1
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ
عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ
1.
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab
(Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya
Itulah
jalan istiqamah. Hidup dengan panduan al-Quran. Ajaran al-Quran semestinya
diterjemahkan oleh hadith dan keseluruhan gaya hidup Nabi. Maka kesemua
permasalahan hidup, mestilah diulas dan diselesaikan berdasarkan nas.
⚫ Jelas Membezakan Kebenaran & Kebatilan.
Ayat
kedua, Allah mengingatkan fungsi al-Quran sebagai penyata jurang antara benar
dan batil. Pengancam golongan yang ingkar, pendorong golongan yang beriman agar
giat beramal.
Al-Kahf Ayat 2
قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ
لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ
لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
2.
sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih
dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman,
yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik
⚫ Jangan Jadi Sekular.
Ayat
ketiga, Allah menyedarkan bahawa selepas kematian, ada perhitungan. Jangan
membataskan wawasan hidup hanya di dunia. Bahkan di sana ada akhirat sebagai
alam pembalasan segala kerja buat di dunia. Ia kekal abadi
Al-Kahf
Ayat 3
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
3.
mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya
⚫ Kenali & Berwaspada Dengan Musuh.
Ayat
keempat, Allah mendedahkan musuh Islam yang perlu diawasi. Al-Quran mengancam
golongan yang menuduh kononnya Allah mempunyai anak.
“
Al-Kahf Ayat 4
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ
اللَّهُ وَلَدًا
4.
Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil
seorang anak
Di
kalangan ulama’ tafsir menjelaskan, ayat ini ditujukan kepada golongan Yahudi
& Kristian. Dikuatkan lagi oleh ayat surah al-Baqarah ayat 120 yang turut
mengingatkan ancaman Yahudi dan Kristian.
Al-Baqarah
Ayat 120
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا
النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ
الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ
الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
120.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu
mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan
mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu
Mereka
gigih dan licik memesongkan umat Islam secara berperingkat-peringkat. Di zaman
moden, kita maklum wujudnya kesepakatan antara Zionis Yahudi dan Zionis
Kristian.
Ayat
kelima, sebagai respon dari cabaran Musyrikin Quraisy yang menjadi penyambung
lidah puak Yahudi, bertanyakan soalan yang kononnya boleh memerangkap Nabi.
Mereka dicadangkan oleh Yahudi untuk mencabar Nabi supaya menjawab soalan tentang
kisah Ashabul Kahfi. Secara tidak sedar, Musyrikin Quraisy menjadi proksi
Yahudi untuk menyerang ajaran Islam.
Al-Kahf
Ayat 5
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا
لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ
إِلَّا كَذِبًا
5.
Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula
nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka;
mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta
Nabi
terus membalas bahawa soalan tentang Ashabul Kahfi akan dijawab pada hari esok,
tanpa menyebut insyaAllah. Lantas Allah menangguhkan penurunan wahyu selama 15
hari.
Mengenai
In Shaa Allah
📍Nabi Sulaiman
قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ عَلَيْهِمَا
السَّلَام لَأَطُوفَنَّ اللَّيْلَةَ بِمِائَةِ امْرَأَةٍ تَلِدُ كُلُّ امْرَأَةٍ
غُلَامًا يُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ لَهُ الْمَلَكُ قُلْ إِنْ شَاءَ
اللَّهُ فَلَمْ يَقُلْ وَنَسِيَ فَأَطَافَ بِهِنَّ وَلَمْ تَلِدْ مِنْهُنَّ إِلَّا
امْرَأَةٌ نِصْفَ إِنْسَانٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَوْ قَالَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمْ يَحْنَثْ وَكَانَ أَرْجَى لِحَاجَتِهِ
Sulaiman
bin Dawud alaihimassalaam berkata: Sungguh aku akan berkeliling (menggilir) 100
istriku malam ini, sehingga tiap wanita akan melahirkan anak yang akan berjihad
di jalan Allah. Kemudian satu Malaikat mengucapkan kepada beliau: Ucapkan Insya
Allah. Tapi Nabi Sulaiman tidak mengucapkan dan lupa. Kemudian beliau
berkeliling pada istri-istrinya, hasil selanjutnya tidak ada yang melahirkan
anak kecuali satu orang wanita yang melahirkan setengah manusia. Nabi Muhammad
shollallahu alaihi wasallam bersabda: Kalau Nabi Sulaiman mengucapkan Insya
Allah, niscaya beliau tidak melanggar sumpahnya, dan lebih diharapkan hajatnya
terpenuhi (H.R al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, lafadz hadits sesuai
riwayat al-Bukhari
📍Nabi Ismail
Nabi
Ismail menyatakan:
يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي
إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Wahai
ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, niscaya engkau akan dapati
aku InsyaAllah termasuk orang-orang yang sabar (Q.S as-Shooffaat 102)
📍Janji Nabi Musa
berjanji
dengan mengucapkan InsyaAllah bahwa beliau akan berusaha sabar tidak akan
bertanya-tanya tentang apa yang dilakukan Khidhr, namun qoddarollah hal itu
tidak tercapai.
قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ
صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
Nabi
Musa berkata : Engkau akan mendapati aku insyaAllah sebagai orang yang sabar
dan tidak akan bermaksiat terhadap perintahmu (Q.S al-Kahfi ayat 69)
Namun
di akhir kisah, ternyata Nabi Musa tidak bisa bersabar hingga 3 kali. Kemudian
Khidhr menyatakan:
ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ
صَبْرًا
Demikianlah
penjelasan dari hal-hal yang engkau tidak mampu bersikap sabar (Q.S al-Kahfi
ayat 82)
Rasulullah
saw
Karena
itu Allah berikan bimbingan adab kepada Nabi Muhammad shollallahu alaihi
wasallam agar janganlah beliau mengucapkan: Aku akan melakukan ini besok.
Dengan memastikan. Kecuali jika beliau mengucapkan InsyaAllah.
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ
ذَلِكَ غَدًا (23) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ
وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24)
Dan
janganlah sekali-kali engkau mengucapkan : Sesungguhnya aku akan melakukan hal
itu besok. Kecuali (dengan mengucapkan) InsyaAllah. Dan ingatlah Tuhanmu ketika
engkau lupa. Dan Ucapkanlah: Semoga Tuhanku memberikan petunjuk pada jalan
terdekat menuju hidayah (Q.S al-Kahfi ayat 23-24)
Dalam
tempoh itu, Musyrikin Quraisy galak melancarkan serangan propaganda. Kononnya
Nabi seorang penipu, soalan perangkap mereka sudah mengena dan Allah telah
meninggalkan Nabi keseorangan. Propaganda tersebut tersebar luas.
Mereka
menyerang Islam dengan penuh kejahilan. Maka di ambang kiamat, sememangnya
ramai yang jahil. Bahkan muncul golongan ‘ruwaibidah’ yang diingatkan oleh
Nabi. Iaitu golongan jahil yang sewenang-wenangnya mengeluarkan pandangan.
Sementara golongan berilmu khianat dan menyeleweng.
bahawa
Nabi SAW bersabda :
سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ،
يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها
الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل :
وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ
Maksudnya
: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan
tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan
orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang
yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda
SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab :
Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang
besar”.
⚫ Fitnah Propaganda.
Kesan
dari serangan propaganda, Nabi menanggung tekanan. Seorang al-Amin dituduh
penipu.
Al-Kahf
Ayat 6
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ
آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
6.
Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah
mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran
Ternyata
propaganda boleh menguasai minda dan mencipta persepsi yang songsang. Ia cukup
menguji ketahanan jiwa golongan yang mempertahankan iman. Apatah lagi hari ini,
instrumen media propaganda jauh lebih efektif menyebarkan penipuan berbanding
dahulu.
⚫ Sesatnya Ajaran Materialisme.
Ayat
ketujuh, Allah mengingatkan godaan dunia. Ia sebagai ujian yang mengukur siapa
yang benar-benar cekal beramal untuk akhirat.
Al-Kahf Ayat 7
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً
لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
7.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya,
agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya
Ajaran
materialisme mengukur benar dan salah berdasarkan pulangan kebendaan.
Membataskan wawasan hidup hanya di dunia. Melahirkan manusia yang memperajakan
perut, memufliskan jiwa. Duit dan segala laba dunia dijadikan berhala yang
ditaati penuh setia.
⚫ Fatamorgana.
Ayat
kelapan, Allah menyedarkan kita bahawa apa yang dikejar di dunia, akan lenyap.
Hamba dunia pasti tidak akan puas mengejar angan-angan dunia, ibarat
fatamorgana.
Al-Kahf
Ayat 8
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا
جُرُزًا
8.
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya
menjadi tanah rata lagi tandus
An-Nisa'
Ayat 134
مَنْ كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا
فَعِنْدَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا
بَصِيرًا
134.
Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di
sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat
Dunia
akan datang dengan mudah jika kita utamakan akhirat. Namun jika dikejar, dunia
akan semakin jauh sambil mengejek keringat kita.
⚫ Jangan Mudah Terpengaruh.
Ayat
kesembilan, Allah memulakan penceritaan Ashabul Kahfi.
Al-Kahf
Ayat 9
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ
وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
9.
Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai)
raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan
Ashabul
Kahfi adalah golongan remaja yang tidak sempat mencapai apa-apa kejayaan di
mata manusia. Melainkan mereka berjaya memelihara iman. Itulah kejayaan besar
di sisi Allah.
Kisah
mereka membawa mesej, agar cekal menjaga jatidiri. Jangan mudah terpengaruh
dengan persekitaran yang merosakkan, arus yang menyesatkan dan masyarakat yang
serba jahil.
⚫ Doa Menghadapi Fitnah Islamphobia.
Ayat
kesepuluh, Allah merakamkan doa yang diucap oleh Ashabul Kahfi. Sekaligus
mengajar kita agar berdoa dengan doa yang sama tatkala berdepan dengan zaman
serba keliru dan songsang.
Al-Kahf
Ayat 10
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ
فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا
رَشَدًا
10.
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu
mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari
sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami
(ini)
Bersedia
dengan senario golongan yang jahat mendominasi golongan yang benar. Islam
didefinisikan oleh masyarakat yang rosak. Sementara ajaran Islam yang sebenar
menjadi bahan cemuhan dan pengikutnya dibenci bahkan menjadi buruan. Maka Allah
mengajar kita doa ini, supaya diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan
Islam.
⚫ Wahai Allah, Lindungi Kami Dari Dajjal.
Ayat
al-Quran tidak cukup dijadikan bahan bacaan dan hafalan semata-mata. Bahkan ia
perlu serius dijadikan panduan, sebagai manual kehidupan seharian.
Allah
telah mendedahkan kepada kita ruang-ruang strategik dalam kehidupan seharian
kita, yang diintai oleh Dajjal. Ia dirumuskan secara ringkas dan padat melalui
10 ayat awal surah al-Kahfi.
Jika
kita tidak beringat pesanan Allah itu, maka kita sangat berpotensi menjadi
mangsa tipu daya Dajjal
Article ini di copy paste dari web Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan