Jumaat, Oktober 26, 2018

Bacaan Ketika Bangkit Dari Ruku'


Bacaan Ketika Bangkit Dari Ruku' Rifa‘ah bin Rafi’ al-Zuraqi radhiallahu ‘anh berkata

كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ". قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ". فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ: "مَنْ الْمُتَكَلِّمُ؟" قَالَ: "أَنَا". قَالَ: "رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ".  رواه البخاري


Kami pada satu hari pernah bersolat di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Tatkala baginda mengangkat kepalanya daripada rukuk, baginda mengucapkan: “SamiAllahu liman hamidah”. Seorang lelaki di belakangnya berkata: “Rabbana lakal hamdu hamdan katsiran thoyyiban mubarokan fihi”. Tatkala selesai solat baginda bertanya: “Siapa yang berbicara (itu)?” Lelaki itu menjawab: “Saya.” Baginda melanjutkan: “Aku melihat lebih tiga puluh malaikat saling berebutan, siapakah di antara mereka yang akan menulisnya terlebih dahulu.

Tiada ulasan: