AL QURAN DIANGKAT KE LANGIT
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;
"Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian
(bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah
tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan
dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang
dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu
malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi
daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa
kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan
perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang
kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun
mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah),
"Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha
illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang
dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah
memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi
pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali
pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah
menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api
neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). H.R Ibnu
Majah
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Hudzaifah ra, Rasulullah SAW bersabda,
“ Al Quran diperjalankan pada suatu malam. Pada pagi harinya, dalam ingatan
manusia sama sekali tidak ada lagi satu ayat satu huruf Al Qur’an pun, semuanya
telah terhapus.” (HR Ad dailami)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda ,”Hari kiamat
tidak akan terjadi sebelum Al Qur’an pulang kembali ke asalnya sehingga gema al
Quran berdengung di sekitar ‘Arasy’ seperti dengungan lebah. Kemudian
Allah SWT bertanya, “Ada apa denganmu? Al Quran menjawab,”Dari-Mu aku keluar dan
kepada-Mu aku kembali. Aku dibaca, tetapi tidak diamalkan,’pada ketika itulah
Al Quran diangkat ke haribaan Allah.” (HR ad Dailami)
Sumber : Asyrath As Saah al Alamat al Kubra – Mahir Ash Shufiy
AMANAH AKAN DIANGKAT
Bagi athar yg diriwayatkan oleh Imam al-Thabrani daripada Abdullah bin
Mas'ud:
عَنْ شَدَّادِ بْنِ مَعْقِلٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ
ابْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : " إِنَّ أَوَّلَ مَا تَفْقِدُونَ مِنْ دِينِكُمُ
الأَمَانَةَ ، وَإِنَّ آخِرَ مَا يَبْقَى مِنْ دِينِكُمُ الصَّلاةُ ،
وَلَيُصَلِّيَنَّ الْقَوْمُ الَّذِينَ لا دِينَ لَهُمْ ، وَلَيُنْتَزَعَنَّ
الْقُرْآنُ مِنْ بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ " ، قَالُوا : يَا أَبَا عَبْدِ
الرَّحْمَنِ ، أَلَسْنَا نَقْرَأُ الْقُرْآنَ ، وَقَدْ أَثْبَتْنَاهُ فِي
مَصَاحِفِنَا ؟ قَالَ : " يُسْرَى عَلَيْهِ لَيْلا ، فَيُذْهَبُ بِهِ مِنْ
أَجْوَافِ الرِّجَالِ ، فَلا يَبْقَى مِنْهُ شَيءٌ
Daripada Syaddad bin Ma'qil: Aku telah mendengar Ibn Mas'ud berkata:
"Sesungguhnya awal-awal yang akan lenyap daripada agama kalian ialah amanah dan sesungguhnya perkara terakhir yang tinggal daripada agama kalian ialah solat. Dan (kelak) pastilah akan bersolat suatu kaum yang tiada agama lagi bagi mereka. Dan (kelak) pastilah dicabut al-Qur'an di sisi kalian." Mereka berkata: "Wahai Abu Abd al-Rahman! Bukankah kami membaca al-Qur'an dan kami telah menetapkannya (menuliskannya) dalam mashaf-mashaf kami?" Beliau berkata:"Dibawa pergi atasnya (al-Qur'an) pada satu malam, lalu dihilangkan dengannya daripada dada-dada orang. Maka tidak tertinggal (al-Qur'an) itu walau sedikitpun!"
[ Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (5981) dan melaluinya al-Thabrani
dalam Mu'jam al-Kabir(8700) ]
Terdapat juga beberapa riwayat yang menyebut bahawa Abdullah bin Mas'ud
menyebutkan athar ini dalam mentafsirkan ayat 86 daripada Surah al-Israa':
وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلً
"Dan jika kami kehendaki pastilah kami akan hilangkan apa yang telah kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kemudian tidak kamu dapati bagi kamu dengannya atas kami penolong."
وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلً
"Dan jika kami kehendaki pastilah kami akan hilangkan apa yang telah kami wahyukan kepadamu (Muhammad), kemudian tidak kamu dapati bagi kamu dengannya atas kami penolong."
DIANGKAT DALAM SATU MALAM
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam Khalq Af'aal al-'Ibaad (381) Abdullah
bin Mas'ud telah berkata::
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ الَّذِي بَيْنَ ظَهْرَيْكُمْ
يُوشِكُ أَنْ يُنْزَعَ مِنْكُمْ " ، قُلْتُ : يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ
مَسْعُودٍ كَيْفَ يُنْزَعُ مِنَّا وَقَدْ أَثْبَتَهُ اللَّهُ فِي قُلُوبِنَا ،
وَأَثْبَتْنَاهُ فِي مَصَاحِفِنَا ؟ قَالَ : " يَسْرِي فِي لَيْلَةٍ ،
فَيَنْتَزِعُ مَا فِي الْقُلُوبِ ، وَيَذْهَبُ بِمَا فِي الْمَصَاحِفِ "
ثُمَّ تَلا : وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ سورة
الإسراء آية 86
"Sesungguhnya al-Qur'an ini yang berada di sisi kalian kelak akan
dicabut daripada kalian." Aku (Syaddad) berkata: Wahai Abdullah bin
Mas'ud, bagaimana akan tercabut daripda kami sedangkan ALLAH telah menetapkannya
dalam hati-hati kami dan kami telah menetapkannya dalam mashaf-mashaf
kami." Beliau berkata: "(Al-Qur'an) akan dibawa pergi dalam satu
malam. maka pasti akan dicabut apa-apa (ayat al-Qur'an yang ada) dalam hati dan
dihilangkan apa-apa yang ada dari mashaf." Kemudian beliau membaca [Ayat
86 Surah Israa'].
AL QURAN DALAM HAFALAN MANUSIAPUN DIHILANGKAN
Imam Abu Ja'far al-Thabari juga meriwayatkan athar yang sama dalam Kitab
Jami' al-Bayan ketika mentafsirkan ayat tersebut.
الْمَصَاحِفُ تُرْفَعُ فَكَيْفَ بِمَا فِي صُدُورِ
الرِّجَالِ قَالَ يُسْرَى عَلَيْهِ لَيْلًا فَيُصْبِحُونَ مِنْهُ فُقَرَاءَ
وَيَنْسَوْنَ قَوْلَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَيَقَعُونَ فِي قَوْلِ
الْجَاهِلِيَّةِ وَأَشْعَارِهِمْ وَذَلِكَ حِينَ يَقَعُ عَلَيْهِمْ الْقَوْلُ
Daripada Nahiyah bin Abdullah bin 'Utbah daripada bapanya daripada Abdullah (bin Mas'ud). Beliau telah berkata:
"Perbanyakkanlah membaca al-Qur'an sebelum ia di angkat."
Mereka berkata: "Mashaf-mashaf ini akan diangkat, (tetapi) bagaimana pula
dengan yang ada di dalam dada-dada orang." Beliau berkata: "Dibawa
pergi atasnya (dalam) satu malam lalu pada paginya mereka telah menjadi faqir
(yaitu berasa kekurangan). Dan mereka lupa akan kalimah
لَا إِلَهَ إِلَّا
اللَّهُ
lalu mereka terkesan (terpangaruh) dengan kata-kata Jahiliyyah dan
sya'ir-sya'ir mereka. Dan ketika yang itulah terjadi atas mereka
al-Qaul*."
[Al-Darimi dalam Musnad (3384). Berkata pentahqiq, Syaikh Hussain Salim
Asad: "Isnadnya dha'if lantaran kedha'ifan Musa bin 'Ubaidah"]
*Al-Qaul ialah ayat-ayat yang sering disebut dalan al-Qur'an iaitu Hari
Kiamat atau bala bencana pembalasan daripada
BUNYI SEPERTI LEBAH
Sebenarnya hadith atau lebih tepat lagi athar mengenai "bunyi
lebah" itu telah saya ketahui pada hari pertama soalan ditanyakan. Cuma
saya perlu masa utk mengkaji dan bertanya. Saya agak teragak-agak utk
menyampaikannya di sini kerana setakat ini saya hanya menemukan athar ini dalam
satu sumber sahaja. Yang dimaksudkan "satu sumber" ialah sumber
secara bersanad:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , قَالَ : " لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَرْجِعَ الْقُرْآنُ مِنْ حَيْثُ نَزَلَ ، لَهُ دَوِيُّ كَدَوِيِّ النَّحْلِ ، يَقُولُ : يَا رَبِّ , مِنْكَ خَرَجْتُ وَإِلَيْكَ أَعُودُ ، أُتْلَى وَلا يُعْمَلُ بِي ، أُتْلَى وَلا يُعْمَلُ بِي
Daripada Abdullah bin Amru bin al-'Aas, beliau berkata: "Tidak akan berlaku Kiamat sehingga kembali al-Qur'an daripada tempat ia diturunkan (yaitu daripada al-'Arsy : Arash ikut lidah Melayu). baginya dengungan seperti dengungan lebah. Katanya (Al-Qur'an berkata-kata): Wahai Tuhan! Daripada-Mu aku keluar dan kepada-Mu aku kembali. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan. Aku dibaca tetapi tidak diamalkan."
[Uthman bin Sa'id al-Darimi dalam Radd 'Alaa al-Jahmiyyah (343) dengan
sanad
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ الْمِصْرِيُّ ، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلالٍ ، عَنْ ثَابِتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
Kata pentahqiq Syaikh Badr al-Badr: Isnadnya dha'if lantaran dha'ifnya
Ibn Lahi'ah manakala Thabit bin Abdullah seperti kata-kata Ibn Hajar dalam
al-Lisan (2:77): "Aku tidak tahu siapakah dia ini!"
DIANGKATKAN ILMU
Dalam Ash-Shahiihain, dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu,
ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi waasallam :
من أشراط الساعة أن يُرْفَعَ العلم، ويَثْبُتَ
الجهلُ.
“Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya
kebodohan”.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiiq, ia berkata : “Aku pernah bersama
‘Abdullah dan Abu Musa. Mereka berkata : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam pernah bersabda :
إن بين يدي الساعة لأيَّاماً يُنزَلُ فيها الجهلُ،
ويُرْفَعُ العلم.
“Sesungguhnya menjelang hari kiamat kelak, akan ada hari-hari yang
diturunkanya kebodohan dan diangkatnya ilmu”
Dan dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia
bekata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
يتقارَبُ الزَّمان، ويُقْبَضُ العلم، وتَظْهَرُ
الفِتَنُ، ويُلقى الشُّحُّ، ويَكْثر الهَرْج.
“Telah semakin dekat jaman dimana akan diangkat ilmu, fitnah merajalela,
penyakit kikir akan dijatuhkan (dalam hati manusia), dan banyaknya ‘harj’
(pembunuhan)”
Berkata Ibnu Baththaal rahimahullah :
وجميع ما تضمَّنَهُ هذا الحديث من الأشراط قد
رأيناها، فقد نقص العلم، وظهر الجهل، وأُلْقِي الشحّ في القلوب، وعمّت الفتن،
وكثرَ القتل.
“Seluruh tanda-tanda tentang hari kiamat yang terdapat dalam hadits ini
telah kita lihat. Sungguh, ilmu telah berkurang, kebodohan merajalela, sifat
kikir telah dijatuhkan/dijangkitkan dalam hati (manusia), firnah telah
tersebarnya, dan pembunuhan banyak terjadi”.
Kata Ibnu Hajar :
الذي يظهر أن الذي شاهده كان منه الكثير، مع وجود
مقابله، والمراد من الحديث استحكام ذلك، حتى لا يبقى مما يقابله إلا النادر، وإليه
الإشارة بالتعبير يقبض العلم، فلا يبقى إلا الجهل الصرف، ولا يمنع من ذلك وجودُ
طائفة من أهل العلم، لأنهم يكونون حينئذ مغمورين في أولئك.
“Yang nampak, tanda-tanda hari kiamat yang disaksikannya itu memang sudah
banyak terjadi, bersamaan dengan adanya realita yang sebaliknya. Dan yang
dimaksud oleh hadits adalah dominannya hal-hal tersebut sehingga tidak tersisa
hal yang tidak seperti itu melainkan sedikit. Inilah yang diisyaratkan oleh
hadits dengan ungkapan :‘diangkatnya ilmu’; tidaklah tinggal/tersisa kecuali
hanyalah kebodohan. Namun hal itu tidaklah menghalangi untuk tetap adanya
sekelompok ahli ilmu (ulama) di tengah umat, karena pada waktu itu mereka
tertutup oleh dominasi masyarakat yang bodoh akan ilmu agama”.
Diangkatnya ilmu terjadi dengan diangkatnya (diwafatkannya) para ulama,
sebagaimana ditunjukkan dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radliyallaahu
‘anhuma, ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam bersabda :
إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من
العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس
رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari
manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga
ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia
mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa
tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”.
An-Nawawiy berkata :
هذا الحديث يُبَيِّنُ أن المراد بقبض العلم في
الأحاديث السابقة المطلقة ليس هو محوُه من صدور حفَّاظه، ولكن معناه : أن يموتَ
حملتُه، ويتخذ الناس جُهَّالا يحكمون بجهالاتهم، فيضلُّون ويُضِلُّون.
“Hadits ini memberikan penjelasan akan maksud ‘diangkatnya ilmu’ -
sebagaimana tertera dalam hadits-hadits secara mutlak – bukanlah
menghapuskannya dari dada para penghapalnya. Namun maknanya adalah : wafatnya
para pemilik ilmu tersebut. Manusia kemudian mengambil orang-orang bodoh yang
menghukumi sesuatu dengan kebodohan mereka. Akhirnya mereka pun sesat dan
menyesatkan orang lain”.
Dan yang dimaksud dengan ‘ilmu’ di sini adalah ilmu mengenai Al-Kitab
(Al-Qur’an) dan As-Sunnah, yang itu merupakan ilmu warisan para nabi ‘alaihis-salaam.
Dan ulama adalah pewaris para nabi. Oleh karena itu, kepergian mereka sama
dengan perginya ilmu, matinya sunnah, berkembangnya bid’ah, dan meratanya kebodohan.
Adapun ilmu keduniaan, maka itu merupakan tambahan. Bukanlah ia yang
dimaksud dalam hadits-hadits, dengan alasan sabda Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam : “Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa
ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”. Kesesatan
hanyalah terjadi karena kebodohan dalam agama. Dan ulama yang hakiki adalah
ulama yang mengamalkan ilmu-ilmu mereka, mengarahkan dan menunjukkan umat ke
jalan lurus dan petunjuk. Ilmu tanpa disertai amalan tidaklah banyak bermanfaat.
Bahkan dapat menjadi bencana bagi pemiliknya. Telah diriwayatkan oleh
Al-Bukhari dengan lafadh :
وينقص العمل
“Dan amal pun berkurang”
Berkata Al-Imam Muarrikh (ahli sejarah) Islam Adz-Dzahabi setelah
menyebutkan sekelompok ulama :
وما أوتوا من العلم إلا قليلاً، وأما اليوم؛ فما بقي
من العلوم القليلة إلا القليل، في أناس قليل، ما أقل مَن يعمل منهم بذلك القليل،
فحسبنا الله ونعم الوكيل.
“Tidaklah mereka diberikan ilmu melainkan sedikit. Adapun hari ini,
tidaklah tersisa dari ilmu-ilmu yang sedikit tersebut melainkan lebih sedikit
lagi di tangan orang-orang yang jumlahnya sedikit pula. Dan betapa sedikit lagi
orang-orang yang beramal dengan ilmu mereka yang sedikit itu. Hasbunallaah,
wa ni’mal-wakiil (Semoga Allah mencukupkan kita, dan Dia-lah sebaik-baik
Pengurus)”.
Jika realita itu terjadi di jaman Adz-Dzahabiy, maka bagaimana realita
yang terjadi di jaman kita sekarang ? Ssungguhnya semakin jauh dari jaman
kenabian, semakin sedikit ilmu dan semakin banyak kebodohan. Para shahabat radliyallaahu
‘anhum adalah generasi yang paling mengetahui dari umat ini, kemudian tabi’iin,
dan kemudian tabi’ut-taabi’iin. Mereka generasi terbaik sebagaimana sabda
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:
خير الناس قرني، ثم الذين يلونهم، ثم الذين يلونهم.
“Sebaik-bak manusia adalah generasiku, kemudian setelah mereka (tabi’in),
dan kemudian setelah mereka (tabi’ut-tabi’in)”.
Ilmu tentang agama akan senantiasa berkurang, kebodohan bertambah, hingga
kelak orang-orang tidak tahu apa yang difardlukan/diwajibkan oleh Islam.
Diriwayatkan dari Hudzaifah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah
bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
بحديث حذيفة بن اليمان
رضي الله عنه قال: «قال رسولُ الله صلى اللهُ عليه وآله وسَلَّم: «يَدْرُسُ
الإِسْلاَمُ كَمَا يَدْرُسُ وَشْيُ الثَّوْبِ، حَتَّى لاَ يُدْرَى مَا صِيَامٌ
وَلاَ صَلاَةٌ وَلاَ نُسُكٌ وَلاَ صَدَقَةٌ، وَلَيُسْرَى عَلَى كِتَابِ اللهِ
عَزَّ وَجَلَّ فِي لَيْلَةٍ، فَلاَ يَبْقَى فِي الأَرْضِ مِنْهُ آيَةٌ، وَتَبْقَى
طَوَائِفُ مِنَ النَّاسِ: الشَّيْخُ الكَبِيرُ، وَالعَجُوزُ، يَقُولُونَ:
أَدْرَكْنَا آبَاءَنَا عَلَى هَذِهِ الكَلِمَةِ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ،
فَنَحْنُ نَقُولُهَا».
فقال له صِلَةُ: ما
تغني عنهم «لا إله إلاَّ اللهُ» وهم لا يدرون ما صلاة ولا صيام ولا نسك ولا صدقة؟
فأَعْرَضَ عنه حذيفةُ، ثمَّ رَدَّهَا عليه ثلاثًا، كُلَّ ذلك يُعرِضُ عنه حذيفةُ،
أقبل عليه في الثالثة، فقال: يا صلةُ! تُنجيهم من النار -ثلاثًا-»
Islam akan pudar (hilang) sebagaimana pudarnya warna pakaian yang telah
usang. Hingga tidak diketahui apa itu shalat, puasa, haji, dan shadaqah
(zakat). Dan terbanglah Al-Qur’an pada suatu malam hingga tidak tersisa satu
pun ayat darinya di muka bumi. Tinggallah sekelompok orang-orang yang telah tua
dan lemah berkata : ‘Kami dapati bapak-bapak kami kalimat ini’ – mereka
mengatakan : ‘Laa ilaha illallaah (tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan
benar melainkan Allah)’ – maka kami pun mengatakannya juga.
Shilah[11] bertanya
kepada Hudzaifah : “Apa gunanya Laa ilaha illallaah bagi mereka
sedangkan mereka tidak mengetahui apa itu shalat, puasa, haji, dan shadaqah
(zakat) ?”. Hudzaifah berpaling darinya, hingga Shillah mengulangi
pertanyaannya tersebut tiga kali. Hudzaifah selalu berpaling pada setiap
pertanyaan tersebut, hingga akhirnya ia menghadap kepada Shillah pada kali yang
ketiga dan berkata : “Wahai Shillah ! Kalimat itu menyelamatkan mereka dari
neraka” – ia mengulanginya sampai tiga kali.
‘Abdullah bin Mas’ud radliyallaahu ‘anhu berkata :
لَيُنْزَعَنَّ القُرْآن
من بين أظْهُرِكُم، يُسرى عليه ليلاً، فيذهب من أجواف الرجال، فلا يبقى في الأرض
منه شيءٌ.
“Sungguh Al-Qur’an akan dicabut dari kalian, yaitu ia akan diterbangkan
pada suatu malam, hingga ia lenyap dari hati manusia dan tidak ada lagi yang
tersisa di muka bumi sedikitpun”.
Ibnu Taimiyyah berkata :
يُسرى به في آخر الزمان
من المصاحف والصدور، فلا يبقى في الصدور منه كلمة، ولا في المصاحف منه حرفٌُ.
“Kelak Al-Al-Qur’an akan dihilangkan di akhir jaman dari mushhaf-mushhaf
dan dada-dada manusia. Tidak tertinggal satu kalimat pun dari dada-dada manusia
hafalan, dan satu huruf pun dari mushhaf-mushhaf”.
Ibnu Katsir berkata :
في معنى هذا الحديث
قولان :
أحدهما : أن معناه أن أحداً لا يُنكر منكراً، ولا يزجر أحداً إذا رآه قد تعاطى منكراً، وعبَّر عن ذلك بقوله : ((حتى لا يقال : الله، الله))؛ كما تقدَّمَ في حديث عبد الله بن عمر : ((فيبقى فيها عجاجةٌ، لا يعرفون معروفاً، ولا يُنكرون منكراً)).
والقول الثاني : حتى لا يُذكر الله في الأرض، ولا يُعرف اسمه فيها، وذلك عند فساد الزمان، ودمار نوع الإنسان، وكثرة الكفر والفسوق والعصيان.
أحدهما : أن معناه أن أحداً لا يُنكر منكراً، ولا يزجر أحداً إذا رآه قد تعاطى منكراً، وعبَّر عن ذلك بقوله : ((حتى لا يقال : الله، الله))؛ كما تقدَّمَ في حديث عبد الله بن عمر : ((فيبقى فيها عجاجةٌ، لا يعرفون معروفاً، ولا يُنكرون منكراً)).
والقول الثاني : حتى لا يُذكر الله في الأرض، ولا يُعرف اسمه فيها، وذلك عند فساد الزمان، ودمار نوع الإنسان، وكثرة الكفر والفسوق والعصيان.
“Ada dua pendapat mengenai makna hadits ini :
Pertama : Bahwasannya maknanya adalah seseorang tidak lagi mengingkari
kemungkaran, tidak pula melarang orang lain ketika melakukan kemunkaran.
Pengertian ini diambil dari sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘Hingga
tidak lagi diucapkan : Allah, Allah’ [15];
sebagaimana telah disebutkan dalam hadits ‘Abdullah bin ‘Umar :‘Hingga
tinggallah di dalamnya orang-orang bodoh yang tidak mengetahui/mengajak kepada
yang ma’ruf dan tidak pula mengingkari yang munkar’.
Kedua : Hingga tidak disebutkan lagi lafadh Allah di bumi. Tidak pula
diketahui nama-Nya di dalamnya. Hal itu terjadi pada saat jaman telah rusak,
nilai kemanusiaan telah hancur, serta merajalelanya kekafiran, kefasikan,
dan kemaksiatan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan