Rabu, Disember 02, 2015

💎10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.💎


(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau
bagaimana keadaan sekalipun.
(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa
dalam perkara yang tiada memberi faedah.
(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi
yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.
(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا
الحب والتعارف.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas
gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك
مهمة فأوجز في قضائها
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya

Tiada ulasan: