Isnin, Oktober 24, 2011

Fiqh al Harakah - PERSEDIAAN-PERSEDIAAN UNTUK JIHAD

1. KEKUATAN AQIDAH

Kemantapan aqidah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugas jihad. Sehubungan dengan ini, Allah swt amat mengetahui sejauh mana keyakinan dan keiman hamba-Nya. Allah Yang Maha Penyayang itu tidaklah meletakkan sesuatu bencana atau ujian terhadap hamba-Nya yang beriman di luar dari batas kemampuan hasil dari ilmu dan amal dalam menyatakan Islam, beramal dengan perintah Allah dan meninggalkan laraangan-Nya serta berjihad di jalan-Nya.

Ketahanan para sahabat menghadapi ujian di peringkat Makkiayyah telah melahirkan satu generasi yang bersedia menerima apa sahaja perintah untuk dilaksanakan, sedia berkorban di jalan Allah samaada menang atau syahid dan bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut dengan perintah Allah swt. Segalanya dilakukan demi kerana cintakanya mati mulia untuk menemui Allah swt dan mengatakan apa yang telah dikata, bukan sekadar cakap yang kosong sahaja.

Di samping keimanan yang teguh yang berakar umbi di hati mereka, ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw juga banyak menceritakan tentang kelebihan jihad dan mati syahid sehingga mereka begitu gembira apabila diajak dan ditawarkan untuk berjihad. Mereka yang tidak sepatutnya menjalankan tugas yang berat ini seperti kanak-kanak, orang yang uzur, sakit, dan tua, serta kaum wanita juga menyatakan keinginan untuk menyertai pasukan jihad. Mereka begitu gembira kalau dapat menyertai pasukan jihad dan mati syahid adalah sesuatu yang diidami. Seandainya ada di kalangan ahli keluarga yang mati syahid, mereka begitu gembira kerana dapat memberi syafaat pada hari kiamat kelak.

Rasulullah saw memerintahkan supaya mereka yang berjihad mempunyai niat yang ikhlas menetap aqidahnya. Niat jihad mereka mestilah kerana Allah berjihad bagi menegakkan kalimah Allah bukan kerana dunia seperti menunjuk-nunjuk,tamakkan harta rampasan perang, sikap asabiyyah dan sebagainya.

Kesimpulannya, para sahabat telah membuktikan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah saw serta mempamirkan kekentalan iman mereka menerusi jihad di medan Badar.

2. PERSEDIAN MADINAH

Walaupun Alah swt telah menjanjikan kemenangan kepada golongan Islam, tetapi janji yang mahal itu mestilah ada pengorbanan dan ikhtiar dari manusia sebagai menandakan sifat perhambaan kepada Allah swt. Kemenangan Islam mestilah melalui proses waqi' dalam fitrah manusia di samping meletakkan keyakinan yang sepenuhnya terhadap pertolongan Allah swt. Umat Islam mestilah membuktikan perhambaannya kepada Allah swt dengan menegakkan kalimah Allah serta mempunyai aqidah yang kukuh.

Umat Islam mestilah bersedia ntuk menyumbangkan harta benda, peralatan, bekalan dan perbelanjaan bagi tujuan jihad dan subangan itu hendaklah ikhlas kerana Allah dan telah dijanjikan Allah ganjaran yang besar. Para mujahid mestilah mempunyai badan yang sihat serta tahu mengendalikan senjata. Semua ini ditaklifkan menurut kadar kemampuan yang ada dan tidak semestinya sama dengan apa yang ada di tangan musuh. Firman Allah swt :

{60} وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya :
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu dapat mengentarkan musuh ALlah dan musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah akan dibalas dengan cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi - al An'am 60

Sehubungan dengan ini, Rasulullah saw telah memerintahkan para sahabat rodhiyallah anhum supaya memberi sumbangan harta benda, perbekalan dan menyediakan senjata untuk peperangan yang diwajibkan Allah bagi menegakkan agamanya, menentang orang yang mengganggu dari mengancam dari luar dan dalam. Para sahabat radhiyallahu 'anhum telah melengkapkan diri masing-masing dengan latihan senjata dan sukan yang memberi manafaat untuk melaksanakan tugas jihad. Rasulullah saw telah membahagikan para sahabat kepada beberapa pasukan yang diberi tugas menurut keadaan semasa.

3. TANZIM DAN KHITTAH YANG BAIK

Dalam melaksanakan perkara ini, Rasulullah saw mengambil langkah mengadakan tahalluf dan mua'aadah iaitu tidak serang menyerang dengan beberapa qabilah yang menjadi laluan kepada gerakan menentang perjalanan Quraisy keluar masuk dari Mekan. Seterusnya baginda membentuk beberapa pasukan yang terdiri dari para sahabat yang dipilih utuk menjalankan gerakan mengintip, meninjau dan bertindakn ke atas kaum kafir Quraisy. Langkah yang diambil oleh Rasulullah saw tersebut boleh melemahkan kaum musyrikin Quraisy dari segi politik, ekonomidan ketenteraan. Di samping itu gerakan ketenteraan juga diambil ke atas qabilah-qabilah yang di anggp merbahaya.

Di antara geakan ketenteraan yang awal diambil ialah :-

a) SAIFUL AL BADR

Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun pertama Hijrah. Rasulullah saw telah menugaskan satu pasukan yang berjumlah 30 orang di kalangan Muhajirian untuk bertindak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/02/isu-besar-tempat-saie.html