Khamis, Mac 03, 2011

Kisah Tukang Sihir Firaun - Surah al A'raf

Assalamualaikum....salam sejahtera buat rakan-rakan di luar sana. Pagi ini saya sempat membaca ayat 127 surah al A'raf. Bila sampai saja di sisi ayat ini, terasa betapa hebatnya iman para ahli sihir firaun yang beriman dengan Nabi Musa as secara total. Iman mereka yang seketika itu terus diuji dengan ujian getir, ujian itu ujian pengorbanan jiwa raga untuk iman mereka. Firman Allah swt :
قال فرعون ءامنتم قبل ءاذن لكم
(Berkata firaun "kamu beriman sebelum kamu minta izin dariku?"
Soalan ini terkeluar dari mulut firaun, menyaksikan betapa hina dan bongkaknya, dia perasan yang dialah yang menentukan nasib seseorang, sehingga mahu beriman kepada Allahpun perlu lesen dan permit darinya. Inilah kesombongan manusia yang mencapai tahap yang tinggi. Firaun sepantasnya dibinasakan kerana kesombongannya telah terlalu melampau batas....
Bagi saya....bila mengenang akan iman ahli sihir ini, dengan sekadar melihat tali Nabi Musa berubah rupa menjadi ular besar, mereka terus serahkan diri bertaubat kepada Allah dan beriman dengan Nabi Musa as. Ini disebabkan mereka kenal mana satu sihir dan mana satu mukjizat...apa yang dibawa oleh Nabi Musa bukan sihir, kerana sihir tidak mampu mengubah tongkat menjadi ular sebenarnya, sihir hanya sekadar mengabui mata orang semata-mata. Dengan pengetahuan ini, menyebabkan mereka sedar bahawa Nabi Musa adalah orang yang benar-benar datang dari Allah, kerana kalau tukang sihir sudah tentu tidak dapat melakukan sebagaimana yang dilakukan Nabi Musa as.
Apabila melihat orang-orang kuat dan kepercayaannya sudah tidak taat kepadanya, maka Firaunpun mengancam dengan ancaman yang amat kejam, kata Firaun :
لأقطعن أيديكم وأرجلكم من خلافٍ ثم لأصلبنكم أجمعين
(Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semua - al A'raf 124)
Bukan sekadar ini kekejamannya, malah dia lebih kejam lagi dengan mengancam akan membunuh bayi-bayi lelaki sebagai salah satu tindakan membinasakan baka yang beriman dengan nabi Musa as. Firman Allah swt :
وقال الملأُ من قوم فرعونَ أتذرُ موسى وقومَهُ ليُفسدوا في الأرضِ ويذركَ وءالهتَكَ قال سنُقتل أبناءهم ونستحي نسآءهم وإنا فوقهم قاهرون - الأعراف 127
(Dan berkatalah pula ketua-ketua dari pengikutnya yang setia "Adakah engkau (Wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firmaun menjawab "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka.
Agak pelik tindakan Firaun, yang beriman ialah ahli Sihir, tetapi mengapa yang dibunuhnya ialah bayi lelaki????? Ini adalah kerana, bagi Firaun orang-orang beriman ini akan melahirkan generasi beriman pula, dan Firaun sedar bahawa ini mengancam empayar kerajaannya....jadi untuk melindungi kerajaannya dari jatuh, dia perlu bertindak untuk mengelakkan keruntuhan kerajaannya.
Sesiapa sahaja yang bertaraf kerajaan akan bertindak ganas, semata-mata untuk menjaga kedudukan mereka...bukan sekadar menipu, malah membunuhpun mereka sanggup.
Marilah teman-teman sekelian, kita berusaha mencapai iman ahli sihir ini. Begitu juga setiap kerajaan yang terasa bahawa kedudukan mereka kukuh, mereka perlu merasa bimbang....jika mereka tersasar dari jalan Allah, bila-bila masa kerajaan itu akan jatuh....Sekadar renungan dan perkongsian ilmu.

Tiada ulasan: