Assalamualaikum.....semoga teman-teman dalam kondisi yang baik serta sihat. Bila baca article Us Idris Ahmad mengenap kesan 'pemulangan' pelajar-pelajar Malaysia ke tanah air.
Saya amat risau dengan kesan-kesan kehadapan yang akan berlaku, masa depan medan ilmu iaitu Mesir, yang telah diterokai oleh orang-orang tua kita sejak tahun 20an lagi.
Mungkinkah akan berlaku fenomena ini, jika benar maka ianya adalah suatu musibah yang besar kepada masa depan ilmu di Malaysia. Selama ini Mesir telah membekalkan ilmuan agama dalam jumlah yang besar setiap tahun.
Bayangkan, sehingga kini secara data bertulisnya, hampir 11,000 lebih pelajar kita sedang belajar di sana telah pulang ke Malaysia. Untuk kembali ke bumi Mesir, masih dalam dilema, adakah kerajaaan Malaysia akan menghantar mereka tanpa dikenakan bayaran ? Jika tiada tanggungan kerajaan, maka berapa ramaikah yang akan kembali menyambung pengajian mereka semula di Mesir?????
Saya berharap dan merayu kepada semua sahabat2 kita yang bertitle penuntut di Mesir, agar berusaha sedaya upaya untuk kembali belajar di Kaherah, setelah suasana aman di sana. Jangan sekali-kali patah semangat kerana kekurangan wang untuk belanja tambang pulang ke Mesir.....mudah-mudahan Allah memberi kelapangan kepada kalian semua...amin ya Rabbalalamin.
1 ulasan:
Bismillah..
Assalamualikum,
Kronologi Pelajar Al-Azhar
pertamanya apa yang ingin ana ceritakan di sini adalah perkongsian apa yang ana tahu dan dengar,tentang perancangan untuk mengecilkan kelompok agamawan di negara kita malaysia.Dengan menyekat pelajar ke al-azhar.
Kita dapat melihat perkara ini pada kronologi berikut:
- sekatan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat (SAR )
- menggalakkan para guru di SAR ke sekolah kerajaan
- JQAF di wujudkan dengan kursus yang terlalu kerap
- Lebih 20 sijil tinggi agama yang melayakkan pemiliknya ke Al-Azhar di tarik tarafnya ( dengan tidak diiktiraf oleh al-azhar )
- di satukan semua sijil itu di bawah STAM
- Kerjasama antara pengajian al-azhar dan kolej-kolej agama dikenakan syarat STAM untuk ke al-azhar ( sedangkan mereka adalah pemegang diploma yang lebih tinggi dari STAM )
- dikenakan imtihan Qabul ( peperiksaan kelayakan ) untuk mereka yang melalui sistem kerjasama antara intitiusi ini
- pelajar lepasan STAM dikenakan imtihan Qabul ( sedangkan yang sepatutnya perubahan kepada sistem pengajian agama di malaysia yang perlu diperkukuhkan )
- kesan dari imtihan Qabul ini,ramai yang mengubah haluan ke indonesia dan intituisi dalam malaysia
- diramaikan pelajar perubatan ke mesir dengan tajaan JPA dan MARA
- di hantar pelajar melalui AGENSI-AGENSI yang tidak diiktiraf oleh KPT pada asalnya,kemudian diiktiraf kerana permainan politik
- dihantar para pegawai JPMK ( nama lama ) yang memusuhi pelajar agama atas sentimen politik
- diwujudkan pelbagai persatuan pelajar untuk memecah belahkan para pelajar yang asalnya bersatu di bawah PMRAM dengan diwujudkan ISMA,Kelab UMNO,persatuan anak negeri yang baru seperti BAS,dan pelbagai persatuan atas pelbagai nama
- berlaku kebangkitan rakyat di mesir,oleh kerana ramainya pelajar perubatan,maka bersungguhlah kerajaan untuk membawa pulang pelajar ( kerana pelajar lama al-azhar telah menunjukkan keberanian dengan membantu rakyat - umat islam - mesir berperang dan hasilnya telah di hadiahkan oleh kerajaan mesir sebidang tanah di Abbasiah )
# sedangkan apa yang berlaku di yaman sekarang adalah lebih teruk dari apa yang berlaku di mesir,kenapa tidak dihantar kapal tentera?adakah kerana kurangnya pelajar perubatan di sana?
- adanya pelbagai tawaran untuk pelajar agama di Al-Azhar untuk menyambung pelajaran di malaysia
kesannya,akan ramai ibu bapa yang akan menyuruh anak mereka menyambung pengajian di malaysia,kerana tawaran,keselamatan dan faktor kewangan.
Ana adalah antara para pelajar al-Azhar menyeru kepada para ibu dan bapa agar berusaha menghantar juga anak-anak ke mesir seperti dahulu.
Ingatlah,pelajar agama selalu di anaktirikan kerana mereka akan cuba menegakkan undang-undang Allah berdasarkan ilmu mereka.Al-Azhar berbeza dengan tempat-tempat lain kerna kebanyakkan pelajar agama di sini dari mereka yang susah dan latar belakang keluarga beragama.disamping kurang mendapat bantuan kewangan dari mana-mana pihak yang menyebabkan mereka tidak terikat dengan mana-mana pihak dan payah dikawal. Mereka selalu dituduh sebagai pembangkang,sedangkan merekalah yang cuba menegakkan undang-undang Allah.
Akhirnya,semoga tulisan ini akan membuka kembali apa yang telah dilakukan sekian lama untuk menyekat perkembangan agama di malaysia.
Catat Ulasan