Shukri Harun
BERSYUKURLAH DI ATAS ISLAM YANG MENJADI ANUTAN KITA
Selasa, November 18, 2025
MENGISI PERJUANGAN
Rabu, Februari 05, 2025
PILIHAN BUKANNYA BERDASARKAN KEINGINAN TETAPI HARUSLAH BERDASARKAN KEPERLUAN
Kerapkali bila kita memilih, akan tetapi kita kurang ambil perhatian bagaimanakah kita memilih, sehinggakan kita terjebak di antara keinginan diri daripada keperluan diri. Berkemungkinan kemahiran memilih itu suatu yang tidak kita gunakan dengan betul, bukannya tidak pandai memilih, tetapi kita kurang ambil perhatian.
![]() |
Memilih sesuatu yang tepat mestilah berdasarkan ciri-cirinya, seperti di antara brake dengan signal, mana yang lebih membahayakan nyawa pemandu jika tidak diselenggara terlebih dahulu, jawapannya sudah tentu brake.
Dalam mendapatkan pedoman memilih sesuatu yang tepat dan betul, maka pedoman dari Allah sangat-sangat kita perlukan, di bawah ini ada hadis yang mempunyai kaitan dengan apa yang dibicarakan, sabda Rasulullah SAW :
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الدُّعَاءَ لِمُهِمِّاتِ أُمُورِنَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ، قَالَ: إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيدَةِ، ثُمَّ لِيَقُلْ: اللَّهُمَّ إِنِّي استخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَاسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي."
Sekadar perkongsian buat kita sama-sama berfikir lebih rasional serta logik dalam menentukan sesuatu yang kurang risikonya dan kurang masalah.
INTIPATI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Semasa mendengar satu pengisian kuliah subuh, saya sempat terfokas dengan satu susunan bahasa ustz penceramah tentang antara tujuan besar dilakukan Israk & Mikraj, iaitu...
ALLAH RINDU DENGAN HAMBANYA YANG MULIA IAITU RASULULLAH SAW.. lalu dijemputnya baginda ke pangkuanNya.
Saya berpendapat, pandangan ustz penceramah ini sangat menyentuh jiwa dan merupakan suatu pandangan yang boleh dijadikan sebagai khulasah peristiwa Israk & Mikraj.
Sabtu, Februari 01, 2025
Jubb Al Hazn Lembah Paling Rendah Di Neraka
Rasulullah SAW bersabda:
وعن أبي هريرة - رضي الله عنه - . قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : " تعوذوا بالله من جب الحزن " . قالوا : يا رسول الله ! وما جب الحزن ؟ قال : " واد في جهنم تتعوذ منه جهنم كل يوم أربعمائة مرة " . قيل يا رسول الله ! ومن يدخلها ؟ قال : " القراء المراءون بأعمالهم " .
رواه الترمذي ، وكذا ابن ماجه ، وزاد فيه : " وإن من أبغض القراء إلى الله تعالى الذين يزورون الأمراء " قال المحاربي : يعني الجورة .
“Sesungguhnya di Neraka Jahanam ada sebuah lembah, di mana Jahanam itu sendiri setiap hari memohon perlindungan darinya (kepada Allah SWT) sebanyak 400 kali. Lembah tersebut dihuni oleh para qurra’ yang gemar mengunjungi para penguasa.”
Seandainya diumpamakan neraka jahanam ini sebuah samudera yang luas, maka Jubb Al Hazn ini adalah palung atau lembahnya. Jadi Jubb Al Hazn ini merupakan bagian yang paling rendah atau dalam dari neraka jahanam.
MIMPI RASULLLAH MELIHAT RUMAISAD, BUNYI LANGKAH BILAL & ISTANA UMAR AL KHATTAB
Begitu juga riwayat daripada Jabir bin Abdullah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
رَأَيْتُنِي دَخَلْتُ الجَنَّةَ، فَإِذَا أَنَا بِالرُّمَيْصَاءِ، امْرَأَةِ أَبِي طَلْحَةَ، وَسَمِعْتُ خَشَفَةً، فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: هَذَا بِلاَلٌ، وَرَأَيْتُ قَصْرًا بِفِنَائِهِ جَارِيَةٌ، فَقُلْتُ: لِمَنْ هَذَا؟ فَقَالَ: لِعُمَرَ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَهُ فَأَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَذَكَرْتُ غَيْرَتَكَ فَقَالَ عُمَرُ: بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعَلَيْكَ أَغَارُ.
Maksudnya:
“Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga. Aku terlihat al-Rumaisa’, isteri Abu Talhah (di dalam syurga). Aku mendengar bunyi tapak kaki maka aku bertanya: ‘Siapakah dia?’ Seseorang menjawab: ‘Dia Bilal.’ Kemudian aku melihat sebuah istana yang di halamannya terdapat seorang wanita. Aku bertanya: ‘(Istana) ini kepunyaan siapa?’ Seseorang menjawab: ‘Ia milik Umar.’ Aku ingin masuk untuk melihatnya, tetapi aku teringat akan kecemburuanmu wahai Umar (maka aku tidak masuk). Umar berkata: ‘Kutebus ayah dan ibuku demimu wahai Rasulullah SAW, adakah wajar aku mencemburuimu?’”Riwayat al-Bukhari (3679)
1. Ar Rumaisad
Rumaisad juga dikenali dengan Ummu Sulaim yang berkahwin dengan Abu Talhah dengan maskahwinnya ialah mengucap dua kalimah syahadah, semasa perkahwinannya, Abu Talhah telah memeluk Islam sebagai Masahwinya. Rumaisad mempunyai anak yang sangat patuh dan berkhidmat kepada Rasulullah iaitu Anas bin Malik. Anas berkhidmat dengan Rasulullah berbelas tahun.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "خَدَمْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ، فَمَا قَالَ لِي أُفٍّ قَطُّ، وَمَا سَأَلَنِي لِشَيْءٍ فَقُلتُ: لَا، وَمَا رَآَنِي إِلَّا ضَحِكَ."
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini menggambarkan betapa Anas bin Malik dengan penuh kesabaran dan keikhlasan melayani Rasulullah SAW selama sepuluh tahun. Tidak pernah ada kata kasar atau sikap buruk yang keluar dari Rasulullah terhadapnya, bahkan beliau selalu tersenyum dan memberikan perhatian yang baik. Perkhidmatan Anas menunjukkan dedikasi yang luar biasa dalam melayani Rasulullah dengan penuh kasih sayang.
2. Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah semua dikenali oleh sahabat-sahabat nabi pada zamannya, malah juga dikenali oleh orang zaman moden ini.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: "رَأَيْتُ بِلَالًا فِي الجَنَّةِ، فَقُلتُ: يَا بِلَالُ! مَا أَذْهَبَ بِكَ؟ فَقَالَ: "رَأَيْتُ فِي مَنْامِي أَنِّي أَتَيْتُ بِهِ فَقَالَ: إِنَّ لِي فِي الجَنَّةِ حَتَّى رَأَيْتُهُ فِي الجَنَّةِ"
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengisahkan tentang pertemuan Umar bin Khattab dengan Bilal bin Rabah di surga dalam mimpi. Sebuah tanda penghargaan Allah terhadap pengorbanan dan ketulusan Bilal selama hidupnya di dunia, terutama dalam peranannya sebagai muazin pertama dalam Islam.
3. Saidina Umar Al Khattab
Manusia muliah serta sangat dikenali oleh semua umat Islam dari dulu hingga sekarang.
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى جَعَلَ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِ عُمَرَ وَقَلْبِهِ».
(Diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Hadis ini menunjukkan bahwa Umar bin Khattab adalah seorang sahabat yang sangat dihormati dan dipercayai oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda bahwa Allah menjadikan kebenaran selalu terungkap melalui ucapan dan hati Umar. Umar dikenal dengan ketegasan dan kebijaksanaannya dalam menjaga prinsip Islam.
Jumaat, Disember 29, 2023
TANAMAN SYURGA
An-Nur Ayat 36
فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
36. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,
Allah SWT berfirman dalam ayat tersebut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا، وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”[5]
An-Nur Ayat 41
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan
Surat An-Nur Ayat 37
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
37. laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang
Ketika Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam Mi’raj, Nabi Ibrahim berkata:
يا محمد، مر أمتك يكثرؤا من غراس الجنة، فإن تريتها طيبة، وأرضها واسعة. قال محمد صلى الله عليه وسلم. وما غراس الجنة؟ قال: لاحول ولا قوة إلا بالله.
Maksudnya: “Wahai Muhammad! Suruhlah umatmu memperbanyakkan tanaman syurga. Kerana tanahnya baik dan buminya luas”. Nabi s.a.w bertanya: “Apa itu tanaman syurga?”. Jawab Nabi Ibrahim: “(Ucapan)
لا حول ولا قوة إلا بالله “.
(Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Hibbaan, at-Thabaraani dan Baihaqi di dalam “Syu’abul Iman)”.
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diangkat ke langit, Ibrahim berkata kepadaku, ya Muhammad sampaikanlah Salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka sesungguhnya Syurga itu tanahnya bagus, buminya subur, airnya jernih dan sesungguhnya ia adalah tanah datar yang luas dan tanamannya ialah Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar".
Riwayat Tirmidzi, status hadis - Hasan (baik)
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya menriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi:-
“Aku mendengar bahawa syurga dibangunkan dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya.
Apabila mereka ditanyakan:-
‘Mengapa kamu berhenti bekerja?’
Mereka menjawab:-
‘Kami sedang menunggu bahan-bahannya.’”
Pada saat ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.
Ibn Rajab al-Hambali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya.
Malaikat itu berkata:-
“Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. Rumah itu diberi nama ‘Villa Kebahagiaan’ (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah tujuh hari nanti rumah itu akan sempurna dibina.”
Tujuh hari kemudian, orang yang soleh itu meninggal dunia.
Zikir Dan Pohon Syurga
Hadith ini dan beberapa hadith yang lain mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia.
At-Tirmidzi dan an-Nasa'i meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang membaca ‘سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ’, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.”
Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Sesiapa yang membaca
‘سُبْحَانَ اللّهِ
، والْحَمْدُللّهِ ، وَ لا اِلهَ اِلَّا اللّهُ ، وَ اللّهُ اَكْبَرُ’
akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.”
Menurut ramai ulama', makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadah yang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu.
Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabi'in di Makkah:-
“Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.”
Tokoh tabi'in yang lain, bernama 'Ata' bin Abi Rabahberkata:-
“Majlis zikir ialah majlis halal dan haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.”
Wangian Daripada Pelbagai Minyak Wangi
Abu Hazim Salah bin Dinar berkata:-
“Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.”
Benar ucapan beliau.
Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Ia tidak memerlukan pembiayaan yang banyak. Dengan hanya mengucap tasbih dan tahlil. Kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abadi.
Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah-indahnya.
Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap masa.
Salah seorang tokoh tabi'in yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah SWT dalam setiap keadaan.
Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya.
Said bin Zaid berkata:-
Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.”
Malik bin Dinar berkata:-
“Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakka
nnya di dalam kantung. Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari
Sabtu, Mei 13, 2023
3 Kejayaan Dalam Quran
Terdapat perbezaan ketara di antara 3 KEMENANGAN yang terdapat Dalam Al Quran
ما الفرق بين أنواع الفوز يوم القيامة ؟
١- الفوز المبين .
٢- الفوز الكبير .
٣- الفوز العظيم .
١- *الفوز المبين* : هو مجرد النجاة من النار .
قال تعالى :
(*قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ .مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ*)
Apakah perbezaan antara jenis kemenangan pada hari kiamat?
1- Kemenangan yang jelas.
2- Kemenangan besar.
3- Kemenangan yang hebat.
1- * Kemenangan YG JELAS *: Ia hanyalah keselamatan dari api Neraka.
Allah berfirman:
إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
(*Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhanku, akan ditimpa azab hari yang besar. yen*)
يونس ١٥
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
2. KEMENANGAN BESAR
٢- *الفوز الكبير* : هو مجرد دخولك الجنة .
قال تعالى :
(*إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ*) البروج ١١
Kemenangan besar*: baru masuk syurga.
Allah berfirman:
(*Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Itulah kemenangan yang besar*)
٣- *الفوز العظيم* : هو الفوز برضوان الله سبحانه وتعالى .
قال تعالى :
*(وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي* *مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ* *طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ*)
التوبة ٧٢
🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
3- * Kemenangan HEBAT *: Ia adalah memenangi keredhaan Tuhan Yang Maha Esa.
Allah berfirman:
*(Allah telah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan dengan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan tempat kediaman yang baik di dalam syurga itu keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang besar*)
أسأل الله الفوز العظيم لي ولكم ولوالدينا وذرياتنا وجميع المسلمين و المسلمات الأحياء منهم والأموات .
اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
Saya memohon kepada Tuhan kemenangan yang besar untuk anda, saya, ibu bapa kami, keturunan kami, dan semua orang Islam, lelaki dan wanita, hidup dan mati.
Ya Allah Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan maka ampunilah kami🌹🌹🌹🌹🌹
Sabtu, Disember 11, 2021
Kisah Pelakon Filem Ar Risalah - Bilal
علي أحمد سالم
Jika anda pernah menonton filem Ar-Risalah tahun 1976 tentu anda kenal watak ini. Beliau yang membawa watak Saidina Bilal.
Pakcik Ali berasal dari Libya, beliau seorang yang cukup merendah diri dan sentiasa berbahasa Arab fushah.
Selepas melakonkan watak Bilal, beliau mendapat pelawaan untuk membawa watak lakonan hebat lain. Tapi semuanya di tolak kerana beliau mengatakan tidak ada watak yang boleh menandingi watak sahabat besar Nabi
صلى الله عليه وسلم
iaitu Saidina Bilal.
Malah seorang pengarah filem dari Perancis pernah cuba memberikan watak sebuah filem kepada beliau, tawaran itu tetap di tolak.
Filem Ar-Risalah di taja oleh beberapa negara, antaranya Libya dan Kuwait.
Pada peringkat awal, nama filem itu di beri judul Muhammad Rasulullah. Namun di tentang hebat oleh warga Amerika hingga beberapa pawagam di bakar dan premis filem turut di serang. Akhirnya ia di tukar kepada Ar-Risalah dan ia mula di tayang di negara Uncle Sam itu.
Filem itu juga mendapat tentangan hebat dari beberapa negara dan ulamak Islam kerana mereka menentang watak sahabat Nabi
صلى الله عليه وسلم
di filemkan walau pun telah mendapat persetujuan daripada Al-Azhar.
Hari ini negara Islam yang menentang filem tersebut telah pun memmbenarkan penayangannya kepada umum.
Mengikut cerita pakcik Ali, pemegang watak Saidina Wahsy yang membunuh Saidina Hamzah beliau bukanlah seorang pelakon. Tapi hanya pekerja syarikat tenaga eletrik Libya.
Pengarah Ar-Risalah, Mustafa el-Aqqad berkeras mahu mengambil pemegang watak Saidina Wahsy itu berlakon kerana mahu pemegang watak itu kekal sebagai seorang yang seolahnya tidak ada apa-apa perasaan waktu melontarkan tombak ke arah Saidina Hamzah.
Pakcik Ali bercerita lagi, ibu kepada pemegang watak Saidina Wahsy pernah menghalau anaknya keluar dari rumah kerana marah anaknya memegang watak itu hingga ketua-ketua kabilah terpaksa datang memujuk dan menerangkan bahawa itu hanya lakonan filem. Dan anaknya tidaklah sejahat seperti "pelakon itu".
Pakcik Ali mengakhiri ucapan jika ada lagi pelawaan lakonan filem dengan berkata
رُبّ خيرٍ لم تنلْهُ كان شراً لو أتاكَ
bahawa beliau tidak sekali-kali akan berlakon lagi selepas watak Saidina Bilal
Khamis, Oktober 21, 2021
KISAH DI SEBALIK KALUNG BERWARNA MERAH
Ia berkata: ‘ambillah dinar-dinar ini’. Namun aku menolaknya.
Kemudian aku berangkat menuju Syâm. Aku singgah di al-Quds (Palestina) untuk menuju Baghdâd. (Dalam perjalanan), aku bernaung di sebuah masjid di kota Halab (Aleppo, Syria) dalam keadaan dingin dan lapar. Para jama’ah masjid tersebut menghampiriku, maka aku pun mengimami shalat mereka. Makanan, lantas mereka suguhkan untukku.
Saat itu, Ramadhân baru menghampiri. Mereka berkata padaku:
‘Imam kami telah wafat, mohon kiranya engkau bisa mengimami shalat bersama kami bulan ini’. Aku mengiyakan permintaan mereka.
Kembali mereka berkata padaku: ‘Imam kami punya seorang putri’. Aku pun dinikahkan dengannya. Setahun lamanya aku tinggal bersamanya, dan aku memberinya seorang putra. Saat menjalani masa nifas, ia ditimpa oleh sakit.
Suatu hari aku melihat istriku. Di lehernya ada seuntai kalung—yang dulu pernah aku temukan dan aku kembalikan pada pemiliknya, seorang Syaikh yang tua lagi buta—masih dengan benangnya yang berwarna merah.
Aku lantas bertutur pada istriku: ‘Pada kalung ini, ada sebuah kisah’. Kemudian aku menceritakan padanya kejadianku bersama Syaikh kala itu.
Iapun menangis, seraya berkata: ‘Engkau…, engkaulah orangnya, demi Allâh. Dulu ayahku pernah menangis, dalam munajatnya ia berkata: ‘Yâ Allâh…!! Karuniakanlah putriku seorang suami semisal laki-laki yang telah mengembalikan kalung ini padaku’. Sungguh Allâh telah mengabulkan do’anya”. Istriku lantas wafat menyambut ajalnya.
Kisah ini yang indah lagi ajaib ini termaktub dalam Mirâtu az-Zamân hal. 8/52-53. Saya menukilnya dari Siyar A’lâmin Nubalâ’: 14/332-333 (cet. Dârulhadïts-Kairo, 1427-H), karya Imam adz-Dzahabi rahimahullâh (wafat: 748-H)
