Sabtu, Disember 11, 2021

Kisah Pelakon Filem Ar Risalah - Bilal

 علي أحمد سالم

Jika anda pernah menonton filem Ar-Risalah tahun 1976 tentu anda kenal watak ini. Beliau yang membawa watak Saidina Bilal.

Pakcik Ali berasal dari Libya, beliau seorang yang cukup merendah diri dan sentiasa berbahasa Arab fushah. 

Selepas melakonkan watak Bilal, beliau mendapat pelawaan untuk membawa watak lakonan hebat lain. Tapi semuanya di tolak kerana beliau mengatakan tidak ada watak yang boleh menandingi watak sahabat besar Nabi

صلى الله عليه وسلم

iaitu Saidina Bilal.

Malah seorang pengarah filem dari Perancis pernah cuba memberikan watak sebuah filem kepada beliau, tawaran itu tetap di tolak.

Filem Ar-Risalah di taja oleh beberapa negara, antaranya Libya dan Kuwait.

Pada peringkat awal, nama filem itu di beri judul Muhammad Rasulullah. Namun di tentang hebat oleh warga Amerika hingga beberapa pawagam di bakar dan premis filem turut di serang. Akhirnya ia di tukar kepada Ar-Risalah dan ia mula di tayang di negara Uncle Sam itu.

Filem itu juga mendapat tentangan hebat dari beberapa negara dan ulamak Islam kerana mereka menentang watak sahabat Nabi

صلى الله عليه وسلم

di filemkan walau pun telah mendapat persetujuan daripada Al-Azhar.

Hari ini negara Islam yang menentang filem tersebut telah pun memmbenarkan penayangannya kepada umum.

Mengikut cerita pakcik Ali, pemegang watak Saidina Wahsy yang membunuh Saidina Hamzah beliau bukanlah seorang pelakon. Tapi hanya pekerja syarikat tenaga eletrik Libya.

Pengarah Ar-Risalah, Mustafa el-Aqqad berkeras mahu mengambil pemegang watak Saidina Wahsy itu berlakon kerana mahu pemegang watak itu kekal sebagai seorang yang seolahnya tidak ada apa-apa perasaan waktu melontarkan tombak ke arah Saidina Hamzah.


Pakcik Ali bercerita lagi, ibu kepada pemegang watak Saidina Wahsy pernah menghalau anaknya keluar dari rumah kerana marah anaknya memegang watak itu hingga ketua-ketua kabilah terpaksa datang memujuk dan menerangkan bahawa itu hanya lakonan filem. Dan anaknya tidaklah sejahat seperti "pelakon itu".


Pakcik Ali mengakhiri ucapan jika ada lagi pelawaan lakonan filem dengan berkata

رُبّ خيرٍ لم تنلْهُ كان شراً لو أتاكَ

bahawa beliau tidak sekali-kali akan berlakon lagi selepas watak Saidina Bilal

Tiada ulasan: