أبواب الشمول في أربعين خصائص الرسول لسلمان الجاوي
Pintu2 syumul (merangkumi) pada 40 perkara yg eksklusif bagi Nabi saw oleh pu salman Sempena kedatangan Rabiul Anwar dan sempena 40 tahun hijrah umur yg Allahberikan pada al-faqir. Lahir pada pkl 2.30pm 4 rabiul awwal tahun 1402 hijrah. malam ni 4 rabiul awwal 1442h.
1. wajib korban.
2. wajib witir .
3. wajib 2 rakaat duha.
Utk 3 perkara diatas hadis : ثلاث هن علي فرائض ولكم تطوع النحر والوتر وركعتا الضحى “
tiga perkara wajib bagi ku dan sunat utk kamu semua: korban, solat witir dan 2 rakaat duha. “ Hr Ahmad 4. wajib tahajjud.
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا (79) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.al-Israa
5. wajib siwak. ثلاث هن علي فرائض وهن لكم سنة (منها) السواك “
tiga perkara wajib bagi ku dan sunat utk kamu semua (antaranya) siwak.” Hr al-Baihaqi 6. haram zakat. إن الصدقة لا تحل لنا
Sesungguhnya zakat tidak halal bg kami. Hr ahmad.
7. haram makan bawang. Ini pendapat Mawardi berdasarkan hadis Nabi saw enggan memakannya.
8. haram duduk bersandar. Ini pendapat ibnul Qas berdasarkan Hadis:
“Aku tidak makan bersandar.” Hr Baihaqi
9. haram tanggal pakaian perang bila dah pakai hingga berperang. Nabi saw bersabda: “ tidak patut bagi Nabi bila sudah pakai pakaian perang dan diizinkan perang utk balik sehinggalah selesai perang.” Hr Baihaqi
10. haram meneruskan perkahwinan dgn wanita yg tidak suka baginda. Bila Nabi saw menikahi anak wanita Jun , wanita itu berkata “ Aku berlindung kpd tuhan dari mu.” Nabi saw bersabda : الحقي بأهلك
“Pergi ke rumah orang tua mu (cerai).” Hr Bukhari
11. harus puasa wisal (puasa siang sambung ke malam). Haram bagi Umatnya. Sahabat berkata “kenapa engkau boleh puasa wisal” Nabi saw menjawab: إني لست مثلكم Sesungguhnya aku tidak seperti kamu . Hr Bukhari Muslim
12. harus pilih dari harta ghanimah. Ia dipanggil safaya , antaranya ialah safiah bin huyayy yg dipilih oleh Nabi saw.
13. harus masuk Mekkah tanpa ihram. Nabi saw masuk ke Makkah tanpa ihram dgn serban hitam.(hr Muslim)
14. harus bunuh di tanah haram. Seperti Nabi saw membunuh ibnu Khatal yg telah menghina Nabi saw. 15. hartanya tidak diwarisi. Nabi saw bersabda : لا نورث ما تركناه صدقة “
Kami tidak mewarisi harta, apa yg tinggal adalah sedekah.” Hr Bukhari
16. harus menghukum dlm perbicaraan dgn ilmunya (tanpa saksi dan pengakuan) seperti Nabi saw memberi izin hindun mengambil harta suaminya abu sufian tanpa memanggilnya.
17. harus ambik makanan dan minuman yg diperlukan tanpa izin tuannya. Firman Allah swt: النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ Nabi itu lebih utama dari orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; 6 : al-Ahzab.
18.wajib ummatnya mengasihiNya dgn kasih yg tinggi. Nabi saw bersabda: “ Tidak beriman seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari keluarganya hartanya ayahnya anaknya dan seluruh manusia.” Bukhari Muslim
19. boleh solat selepas bangun tidur (khilaf). kerana Hadis Nabi “Mataku tidur tetapi tidak hatiku.” Hr Bukhari
20. menyentuh bukan mahram tidak batal wuduk , kerana Nabi saw menyentuh aisyah Ketika solat malam. Ini pendapat Imam Nawawi dlm kitab Majmuk.
21. boleh masuk masjid dlm keadaan berjunub. Ini pendapat ibnu Qass dlm kitab talkhis berdasarkan hadis Ali yg diperdebatkan sanadnya.
22. kahwin lebih dari 4. Nabi saw wafat meninggalkan 9 isteri.
23. kahwin dgn lafaz hibah. Ini pendapat Imam Ghazali berdasarkan ayat 50 : al-Ahzab
24. boleh nikah waktu ihram (khilaf). Berdasarkan Hadis Nabi saw bernikah dgn Maimunah Ketika sedang berihram (hr Bukhari).
25. boleh berkahwin dgn dikahwinkan oleh Allah. Berdasarkan ayat 37 : al-Ahzab : …Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya…
26. boleh melihat belakang seperti melihat depan. فإني أراكم من أمامي ومن خلفي
Sesungguhnya aku melihat kamu dari depan dan dari belakang. Hr Muslim
27. balu2nya tidak boleh dinikahi. Firman Allah : وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
Dan isteri2 Rasul adalah ibu2 mereka. (6 : al-Ahzab)
28. penyudah segala Nabi. Firman Allah : …tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi… (40 : al-Ahzab)
29. ummatnya sebaik2 ummat. نحن آخرها وخيرها Kami umat akhir zaman tetapi yg terbaik. Hr Tirmizi
30. wajib menyahut panggilan Nabi saw walaupun dalam solat berdasarkan Nabi saw menegur Abi Said bin Mua’lla yg tidak menyahut seruan Nabi Ketika beliau solat.
31. haram menggunakan gelaran kunyahnya iaitu Abu Qasim (Hr Bukhari Muslim) . Imam Nawawi mentarjikh ianya khas masa hayat Nabi saw sahaja
. 32. musuhnya takut padanya sebelum sampai sebulan.
33. risalahnya utk semua (semua manusia dan jin).
34. bumi ini semuanya tempat solat.
35. tanah ini bahan bersuci (tayammum).
36. halal harta rampasan perang utknya. Kelima perkara diatas terkandung dlm hadis Nabi saw: أعطيت خمسا ، لم يعطهن أحد من الأنبياء قبلي : نصرت بالرعب مسيرة شهر ، وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا ، فأيما رجل من أمتي أدركته الصلاة فليصل ، وأحلت لي المغانم ، ولم تحل لأحد قبلي ، وأعطيت الشفاعة وكان النبي يبعث إلى قومه خاصة ، وبعثت إلى الناس خاصة “Aku diberi lima (keistimewaan) yang tidak diberikan kepada seorang nabi pun sebelum:
1. Aku ditolong dengan rasa takut (yang diharamkan Allah di hati para musuh) sejauh perjalanan sebulan,
2. Bumi dijadikan masjid dan suci untukku, maka dimana pun seseorang di antara umatku yang menjumpai (waktu) shalat, maka shalatlah,
3. Harta rampasan perang dihalalkan untukku dan tidak dihalalkan untuk seorang pun sebelumnya,
4. aku diberi syafaat,
5. Dan Setiap nabi diutus khusus kepada kaumnya, sedangkan aku diutus untu seluruh manusia.” Hr Bukhari Muslim
37. sof ummatnya seperti sof para malaikat. Hadis : Kami diberi kelebihan 3 perkara (antaranya) Dijadikan saf2 solat kami seperti sof2 para malaikat. Hr Muslim
38. empunya syafaat uzma pada hari kiamat. Syafaat mempercepatkan hisab pada hari kiamat di saat Nabi2 lain tidak sanggup meminta pada tuhan utk mempercepatkan hisab. (Hr Bukhari Muslim)
39. penghulu anak adam. Nabi saw bersabda : “ Akulah penghulu anak adam pada hari kiamat.” Hr Muslim
40. Paling ramai Ummat. Hadis :
أنا أكثر تبعا يوم القيامة “
Aku orang yg paling banyak pengikut hari kiamat.” HR Muslim. 41. Manusia pertama masuk syuga. Hadis :
أنا أول من يقرع باب الجنة
Akulah orang yg pertama mengetuk pintu syurga . Hr Muslim PERHATIAN: 1. INSYAALLAH AKAN DIDISKUSIKAN RISALAH INI PADA HARI KELAHIRAN NABI SAW JAM 10 PAGI KHAMIS 29 OKTOBER VIA ZOOM. HUBUNGI 2. RISALAH INI AKAN DIHURAIKAN LEBIH PANJANG DAN DIBUKUKAN INSYAALLAH. INI HANYALAH RANGKA BAGI BUKU ITU. Assalamualaikum KELAS ONLINE (zoom) BERKITAB Kelas adalah seperti berikut: 1. Umdatus Salik (fekah mazhab Syafie) dan matan waraqat (usul fekah) 9.15pm SELASA 2. Riyadus solihin (hadis bersanad) Dan matan Baiquniah (ulum hadis) 9.15pm RABU 3. Jauharah tauhid (ilmu tauhid) dan tafsir ayat hukum 9.15pm KHAMIS 4. Matan Ajurrumiah (nahu bersanad ) Matan Izzi (sorof) 9.15pm AHAD . peserta yg berdaftar dikalangan public figure seperti Pelakon ashraf muslim, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah IMAM MUDA Asyraf dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour agamawan seperti pu hafiz , dai fuad , us halim din , dai wan , pu yop , ahli akademi seperti dato Awang Sariyan Kembara Bahasa, Dr Azli Masrop, Dr Syarbaini Ahmad dll dan juga pelbagai profesyen sperti engineer , pharmachist dan lain2. Kelas dirakam utk kemudahan yg terlepas. Ada juga nota dan ulangkaji. Sila wasap wa.me/60133533248
Tiada ulasan:
Catat Ulasan