Isnin, Ogos 24, 2020

Kitab At Tanbih Sebuah Karya Imam Syafie

 AL-TANBIH al-Tanbih merupakan sebuah rujukan fiqh utama dalam Mazhab al-Syafi’i. Ia merupakan sebuah karya al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). 


 Kitab al-Tanbih disusun sebagai ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid al-Isfirayini (344-406H). Di mana kitab al-Ta'liqat pula merupakan huraian bagi kitab al-Mukhtashar karya al-Imam al-Muzani (246H) Di samping kitab al-Tanbih, beliau juga mempunyai sebuah kitab lagi yang masyhur menjadi rujukan utama dalam Mazhab al-Syafi’i, iaitu Kitab al-Muhazzab. 


 Imam al-Nawawi r.h telah mengkategorikan Kitab al-Tanbih dalam lima kitab rujukan utama mazhab al-Syafi’i, iaitu; Mukhtashar al-Muzani, karya Abu Ibrahim al-Muzani, al-Muhazzab, karya Abu Ishaq al-Syairazi al-Tanbih, karya Abu Ishaq al-Syairazi, al-Wasith, karya Abu Hamid al-Ghazali, al-Wajiz, karya Abu Hamid al-Ghazali. Manhaj Penyusunan Kitab al-Tanbih Kitab al-Tanbih disusun dalam bentuk matan yang ringkas, tetapi meliputi berbagai tajuk penting dalam ilmu fiqh. 


Secara umumnya Abu Ishaq al-Syirazi telah membahagikan Matan al-Tanbih kepada beberapa kitab dan bab dalam menghuraikan isi kandungannya. Berikut antara manhaj penyusunan kitab al-Tanbih; Kandungan al-Tanbih dibahagi kepada 14 Kitab: iaitu al-Thaharah, al-Shalah, al-Jana-iz, al-Zakat, al-Shiyam, al-Haj, al-Buyu’, al-Fara-idh, al-Nikah, al-Aiman, al-Nafaqat, al-Jinayat, al-Aqdhiyah, dan al-Syahadat. Setiap kitab pula mengandungi beberapa buah bab. 


Manakala setiap bab pula mengandungi beberapa masalah yang berkaitan dibincangkan. Kandungan al-Tanbih disusun dalam bentuk ringkasan terhadap beberapa masalah utama dalam bab fiqh. Beliau telah menerangkan metod penyusunan al-Tanbih dalam muqaddimahnya: “ Kitab ini merupakan sebuah ringkasan (mukhtashar) dalam usul Mazhab al-Syafi’i r.’a ”. Setiap perbahasan kandungan al-Tanbih tidak disertakan dengan dalil. Ini merupakan kaedah biasa bagi setiap kitab yang disusun dalam bentuk matan ringkas. 


 Tidak disebutkan pengertian setiap bab dengan pengertian dari sudut istilahnya. Dalam beberapa masalah yang dibincangkan, penyusun kadangkala menyebutkan beberapa pendapat ulama, namun beliau tidak menyebutkan nama ulama tersebut. Penyusun ada menshahihkan beberapa pendapat ulama dalam beberapa masalah, namun ia sangat sedikit sahaja. Berminat PM

Tiada ulasan: