Ahad, Mei 10, 2020

Ustaz Dituduh Mencuri Duit 1000


 Seorang ustaz diundang makan malam oleh sepasang suami isteri di rumah mereka . Setelah Ustaz itu pergi, si isteri berkata kepada suaminya, “Wang kita hilang, saya fikir ustaz yang ambil wang RM1,000 di meja itu.” . "Padahal wang itu kita akan berikan kepadanya." . Dengan marahnya si suami berkata, "Jika begitu dia pencuri. Jadi kita tidak perlu datang ke pengajiannya lagi!” .

Dua bulan kemudian si isteri terserempak dengan ustaz itu. Dengan terpaksa, si isteri menyapa sang ustaz. . "Assalamualaikum ustaz. Mesti ustaz perasan yang kami sudah lama tidak hadir ke pengajian.

Sebenarnya ustaz, kami suami isteri marah pada ustaz.” . “Ketika ustaz makan malam di rumah kami, wang RM1,000 yang kami letak di meja, hilang setelah ustaz pulang. Dan ustazlah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami hari itu." .

Ustaz tersenyum menjawab, “Ya benar. Sayalah yang mengambil wang itu dan meletakkannya dalam al-Quran di rak buku rumah puan, agar tidak terkena tumpahan gulai." . “Maafkan saya kerana tidak memberitahu puan atau suami puan.

Saya fikir kalian pasti membuka al-Quran setiap hari,” jelas sang ustaz. . Wanita itu berasa amat malu dan meminta maaf kepada ustaz. .

Sekembali ke rumah, dia mengambil al-Quran dan menemukan RM1,000 terselit di celah lembarannya.

Sudah dua bulan si isteri dan suami tidak membuka dan membaca al-Quran. . Selama dua bulan mereka menuduh ustaz itu mencuri wang mereka.

Sahabat... semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri itu. Jarang membaca al-Quran, berprasangka buruk dan menghakimi orang lain yang belum tentu bersalah. Selamat memperingati Malam Nuzul Quran Tiada hari tanpa membaca al-Quran . #nuzulQuran #ustirwanzahuri

Tiada ulasan: