Selasa, Ogos 21, 2018

Rakyat Ikut Anutan Pemerintahnya

Saya tertarik dgn pandangan Ibn Kathir ini..

 قال ابن كثير – رحمه الله – في ترجمة الوليد بن عبد الملك:
( قالوا كانت همة الوليد في البناء، وكان الناس كذلك، يلقى الرجل الرجل، فيقول: ماذا بنيت ؟ ماذا عمرت ؟.

Khalifah Al Walid seorang yang cenderung kepada pembangunan. Rakyatnya jugak demikian. Apabila seorang lelaki berjumpa lelaki yang lain, dia akan bertanya: Apakah yang kamu telah bina?

وكانت همة أخيه سليمان في النساء، وكان الناس كذلك، يلقى الرجل الرجل، فيقول: كم تزوجت ؟ ماذا عندك من السراري ؟.

Manakala saudaranya, Khalifah Sulaiman cenderung kepada perempuan. Begitulah juga rakyatnya. Apabila seorang lelaki bertemu dengan lelaki lain, dia akan bertanya, berapa orang perempuan telah kamu kahwini? Berapa orang hamba perempuan yang kamu miliki?

وكانت همة عمر بن عبد العزيز في قراءة القرآن، وفي الصلاة والعبادة، وكان الناس كذلك، يلقى الرجل الرجل، فيقول:كم وردك ؟ كم تقرأ كل يوم ؟ ماذا صليت البارحة ؟

Adapun Khalifah Umar bin Abdul Aziz cenderung dalam membaca Al Quran, bersolat dan beribadah. Demikian juga rakyatnya. Apabila seorang lelaki berjumpa dengan lelaki yang lain, dia akan bertanya, berapa banyak kamu berwirid? berapa banyak kamu baca Al Quran setiap hari? kamu solat apa semalam?

والناس يقولون: الناس على دين مليكهم...

Orang-orang berkata:
Rakyat akan hidup mengikut cara hidup pemimpin mereka.

Mafhum dari petikan arab
Ustaz Abdul Fatah Zakaria

Tiada ulasan: