Rabu, November 01, 2017

Paderi Iselyus Uda Mimpi Jumpa Rasulullah

Sabda kekasihku Rasulullah....
ورد في [صحيح البخاري] عن أنس رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي"،

Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar akan melihatku secara jaga. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menjelma sepertiku. (Riwayat Al Bukhari)

Mimpi berjumpa dengan Rasulullah menjadi rebutan oleh setiap orang dan mimpi berjumpa dengan Rasulullah bukan dianugerahkan kepada para ulama’ dan Alim sahaja,anugerah ini juga diberikan kepada orang kebiasaan malah diberikan juga kepada orang kafir.

Seorang paderi yang bernama Iselyus Uda menceritakan bahawa pada Oktober 1980, di antara sedar dan tidur, tangannya ditarik oleh seseorang. Lalu dia menoleh kebelakang dan alangkah terpesonanya dia pabila melihat seorang manusia yang tersangat tampan,berjanggut rapi dan berpakaian serba putih. Lalu dibawanya saya merentasi padang pasir,walaupun cuaca panas terik tapi saya seolah-olah dilindungi awan tebal menyebabkan saya lansung tidak terasa panas. Kemudian saya dibawa ke satu tempat dan di dalamnya kelihatan manusia berpusu-pusu mengelilingi satu bangunan berbentuk kubah hitam.

Kemudian saya dibawa ke satu tempat yang lain,tempat yang lebih teduh(berbumbung). Saya bertanya akan apakah nama tempat ini dan beliau menjawab bahawa inilah Masjid Nabawi.Sebagai seorang paderi,saya kenal akan nama-nama tempat ibadah agama lain kerana inilah yang dijadikan modal ketika berceramah di gereja.Di tengah-tengah bangunan itu,ada gumpalan tanah yang tinggi,lalu saya bertanya apakah itu dan beliau menjawab bahawa itulah kubur Nabi Muhammad,kubur Rasul Umat Islam.Selepas terjaga dari tidurnya,paderi itu(Iselyus Uda) menceritakan mimpinya kepada keluarganya dan tidak lama selepas itu,mereka pun memeluk Islam.

Tiada ulasan: