Saya ingin membawa pelayar internet berfikir akan maksud
ummi yang sebenarnya iaitu gelaran yang diberikan kepada junjungan besar Nabi
kita , Nabi Muhammad SAW. Apa pendapat anda ? Apakah yang dimaksudkan dengan
Ummi itu ? Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah
SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran
ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? Apa
fikiran anda ?
Ayat yang terdapat kalimah “Ummi” ialah seperti dalam
ayat 157 dan 158 surah Al A’raf, dinyatakan di bawah ini ayat 158 :
قُلْ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ
مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ
وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia!
Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah)
yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia; Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada
Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan
kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh
hidayah pertunjuk”.
Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya
telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehinggan orang kafir
mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi.
Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan
membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.
Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan
seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil PHD dan
beliau yelah membuat kajian tentang UMMI iaitu sifat yang ada pada Rasulullah
SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada
Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca.
Beliau telah berjumpa dengan ramai professor dan melawat
banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang
ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak
berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak
sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.
Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah.
Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua
senyum kepadanya. Ustaz ini datang kepada orang tua itu dan berbual-bual.
Akhirnya soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu
ialah ‘apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’.
Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu,
tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….
“Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada
perkataan Bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah
INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA.
Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan
maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada
Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu ~ tempat
letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan
membaca.
Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang
berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini
bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan.
Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan
membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu
pengetahuan.
Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana
Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAW Al-Quran,
kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa
seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya
dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW
yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca
tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA
ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat
Bijaksana ”
Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz
itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini
yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak
tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri
Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan
sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.
Melihatlah dengan pandangan mata hati…Wallahu a’lam |
Selasa, Februari 03, 2015
Maksud Kalimah "UMMI" Yang Sebenarnya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan