وعن جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنه عن النبي صلى الله
عليه وسلم أنه قال :
ما زال يوصيني
جبرائيل بالجار حتى ظننت أنه يجعلُهُ وارثا, وما زال
يوصيني بالنساء حتى ظننت أنه سيحرم طلاقهن, وما زال يوصينى
بالمملوكين حتى ظننت أنه يجعل لهم وقتا يعتقون فيه, وما زال يوصيني
بالسواك حتى ظننتُ أنه فريضة, وما زال يوصيني
بالصلاةِ في الجماعة حتى ظننت أنه لا
يقبلُ الله تعالى صلاة إلا في الجماعة, وما زال يوصيني
بقيام الليل حتى ظننتُ أنه لا نوم بالليل, وما زال يوصيني
بذكر الله حتى ظننت أنه لا ينفع قول إلا به
Dari Jabir bin Abdullah Al Ansari ra, daripada baginda
Sollahu alahi wasallam, sabda baginda :
Malaikat Jibril selalu berpesan keapdaku mengenai jiran
tertangga, sehingga saya mengira bahawa Jibril menjadikannya sebagai orang yang
dapat mewarisi harta pesakanya.
Tidak henti-henti Jibril berwasiat kepadaku tentang
wanita atau isteri, sehingga saya mengira bahawa dia akan mengharamkan untuk
menceraikannya.
Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang hamba sahaya,
hingga saya mengira dia akan memberikan batas waktu untuk memerdekakan mereka.
Selalu saja Jibril berpesan kepadaku untuk bersiwak,
hingga saya mengira bahawa bersiwak itu fardhu.
Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang solat berjemaah,
hingga aku mengira bahawa Allah Ta’ala tidak akan menerima solat kecuali solat
yang ditunaikan dengan berjemaah.
Selalu saja Jibril berpesan kepadaku tentang qiyamullail,
hingga saya mengira tidak ada kesempatan tidur di malam hari.
Jihril selalu berpesan kepadaku agar berzikir, hingga
saya mengira tidak ada perkataan yang bernafaat selain zikir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan