Peristiwa Bersejarah Pada Bulan Ramadhan Al-Mubaraq
1. Perang Badar
Perang
Badar ialah perang pertama di dalam Islam. Perang ini ialah perang yang
berjaya memisahkan antara yang benar dan yang bathil. Berlaku pada hari
Jumaat, bersamaan 17 Ramadhan, tahun kedua hijrah. Hal ini telah oleh
Dr Said Ramadhan al Boutie dalam kitabnya Feqh al Sirah al Nabawiyyah
pada halaman 158. Al Mubarakfourie juga ada menyatakannya di dalam al
Rahiq al Makhtum pada halaman 249. Dr Wahbah al Zuhailie menyokong
pendapat ini dan menyatakannya di dalam al Feqhul Islam wa adillatuh
pada halaman 575.
Allah telah berfirman : (( Allah telah membantu
kamu dalam perang badar sedang ketika itu kamu berasa hina. Takutlah
Allah, moga-moga kamu bersyukur .))
Dr Wahbah al Zuhailie dalam
kitabnya al Feqhul Islam, menyatakan satu riwayat daripada Ibnu Abbas ,
iaitu peristiwa itu berlaku pada 17 Ramadhan dan terbunuhnya firaun
ummah iaitu Abu Jahal, musuh utama Islam.
2. Fathu Makkah ( Pembukaan Kota Mekah )
Pembukaan
kota Mekah ialah salah satu peristiwa yang terbesar dalam sejarah
Islam. Peristiwa ini yang menyebabkan kekuatan islam dan penyebarannya
mula melebar ke serata alam. Peristiwa ini dianggap satu kejayaan kepada
Islam. Malah peristiwa ini merupakan tarikh keramat kepada kesempurnaan
Islam. Peristiwa ini telah digambarkan dengan sempurna di dalam surah
al Fath ayat 1 : (( Sesungguhnya kami telah membuka kepada kamu
pembukaan yang benar )).
Berlaku pada hari selasa, bersamaan 17
Ramadhan tahun 8 Hijrah. Rasulullah dan umat Islam berpuasa ketika
bertolak dari Madinah dan sampai di Kadid, di antara I'sfan dan Amaj,
baginda berbuka puasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Abdul Salam Harun
di dalam kitab Tahzib Sirah Ibn Hisyam, pada halaman 198.
3. Perang Tabuk.
Berlaku
beberapa peperangan Tabuk pada bulan ramadhan tahun 9 hijrah. Baginda
keluar ke Tabuk pada bulan Rejab dan kembali ketika bulan Ramadhan.
Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Secara tepatnya, peperangan
di Tabuk memakan masa selama 20 hari sahaja. Manakala bakinya berlaku
sepanjang perjalanan pergi dan balik. Peperangan Tabuk ialah peperangan
yang terakhir yang diikuti oleh baginda s.a.w. Peristiwa ini telah
diberitahu kepada kita melalui kitab al rahiq al Makhtum, karangan al
Mubarakfourie, pada halaman 517.
4. Nuzul al Quran.
Wahyu
pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah di Gua Hira'.
Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin, bersamaan 21 Ramadhan atau 10
Ogos, tahun 610 Masihi. Peristiwa itu berlaku pada waktu malam. Baginda
ketika itu berusia tepat 40 tahun 6 bulan 12 hari.
Berlaku
perselisihan dalam kalangan ulamak, peristiwa kenabian itu berlaku di
bulan Ramadhan. Ada juga berpendapat ianya berlaku pada bulan rabi'ul
awwal. Ada juga yang mengatakan dalam bulan Rejab. Tetapi kami
merajihkan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan.Seperti mana firman Allah :
(( Bulan Ramadhan diturunkan padanya al Qur'an..)) –Surah al Baqarah
ayat 185.
Bukan setakat itu sahaja, malah firman Allah : ((
Sesungguhnya kami turunkannya pada malam Lailatul Qadar )) – Surah al
Qadr ayat 1. Seperti mana yang kita ketahui malam lailatul qadar itu
jatuhnya dalam bulan Ramadhan.
Ia dikuatkan lagi dengan firman
Allah di dalam surah al Dukhan ayat yang ke 3 : (( Sesungguhnya kami
turunkan al Quran, pada malam yang diberkati, sesungguhnya kami telah
memberi peringatan)). Rasulullah s.a.w berada di gua Hira pada bulan
Ramadhan, jesteru peristiwa penurunan al Quran itu berlaku pada bulan
Ramadhan juga seperti yang kita ketahui.
Tetapi, telah berlaku
polemik, iaitu perselisihan ulamak pada menyatakan tarikh penurunan
wahyu secara tepat. Antara pendapat tersebut ialah :
Pendapat 1 : Hari ke 7
Pendapat 2 : Hari ke 17
Pendapat 3 : Hari ke 18
Pendapat 4 : Hari ke 21
Dalam
kitab Muhadarat Tarikh al Umam al Islamiah, karangan al Khadrie, jilid
1 halaman 69, menyatakan yang beliau berpendapat permulaan penurunan
wahyu itu berlaku pada 17 Ramadhan. Tetapi al Mubarakfourie berpendapat
tarikh yang sebenarnya ialah pada 21 Ramadhan.
Hujah al
Mubarakfourie tentang tarikh 21 Ramadhan ialah kesemua ulamak sirah
bersepakat peristiwa bi'sah nabi berlaku pada hari Isnin. Ini turut
dikuatkan dengan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para imam-imam hadis
seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sesungguhnya Rasul
telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda bersabda : pada
hari itu, aku dilahirkan, dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.
Dalam riwayat lain, terdapat lafaz : Hari yang aku dilahirkan padanya,
dan hari yang aku dibi'sahkan atau hari yang diturunkan wahyu ke atasku.
Hadis ini dikeluarkan dalam sahih Muslim ( Jilid 1 / halaman 368 ),
Imam Ahmad ( Jilid 5 / halaman 397 dan 399 ), Imam al Baihaqie ( Jilid 4
/ halaman 286 dan 300 ), al Hakim ( Jilid 3 / halaman 206 ).
Menurut
al Mubarakfourie lagi, dalam tahun itu dan dalam bulan Ramadhan, hari
Isnin tidak berlaku melainkan pada 7, 14, 21 dan 28 Ramadhan. Dan
lailatul Qadar pula dalam riwayat hadis yang kuat menyatakan ianya
berlaku dalam 10 hari terakhir Ramadhan dalam hari-hari yang ganjil.
Jesteru jika dihitung mengikut firman Allah yang mengungkapkan penurunan
al Quran pada malam lailatul Qadar, dari hadis bi'sah nabi yang berlaku
pada hari Isnin dan perhitungan kalender secara ilmiahnya, menguatkan
bahawa tarikh 21 Ramadhan berlakunya awal penurunan al Quran dan
bukannya pada 17 Ramadhan. Inilah pendapat yang diterjih oleh al
mubarakfourie.
Namun, pendapat 17 Ramadhan adalah tarikh awal penurunan wahyu adalah pendapat jumhur ulamak.
5. Penghantaran batalion perang selepas Fathu Mekah.
Selepas
pembukaan kota Mekah. Rasulullah telah menghantar beberapa batalion
perang, yang bertujuan memusnahkan musuh. Kesemuanya itu berlaku dalam
bulan Ramadhan. Penghantaran tersebut adalah seperti berikut :
i.
Rasulullah s.a.w mengutuskan Khalid bin al Walid ke a'za. Penghantaran
tersebut berlaku 5 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan dalam tahun 8
Hijrah.
ii. Di utus Amru bin al A's ke Suwa'. Lebikh kurang 3 km dari Mekah.
iii. Di utus Saad bin Zaid al ashhilie ke minat bersama 20 tentera berkuda.
6. Pengislaman rombongan tsaqif pada tahun 9 Hijrah.
Selepas
kepulangan Rasulullah s.a.w ke Madinah dari Tabuk dalam bulan Ramadhan,
pada tahun 9 Hijrah. Baginda telah didatangi rombongan Tsaqif daripada
Thoif yang ingin menganut Islam. Hal ini telah dinyatakan dalam Sirah
Ibn Hisyam pada jilid 4, halaman 141-144.
7. Peperangan al Zilaqah pada tahun 479 Hijrah.
Pada
subuh hari Jumaat, 25 Ramadhan pada tahun 479 Hijrah telah berlaku
peperangan al Zilaqah ( laut yang terletak berdekatan dengan Portugal
sekarang ini ). Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Portugis
yang memiliki kekutan sebanyak 1000 tentera di bawah pimpinan Alfonso ke
6, raja Qisyhtallah. Peristiwa ini disebut di dalam al Feqhul Islam wa
adillatuh, karangan Dr Wahbah al Zuhailie, jilid 2 halaman 572.
Di
dalam kitab Tarikh al Islam, karangan asan Ibrahim Hasan, jilid 4
halaman 118 menyatakan, seandainya Yusuf bin Tashfin yang menerima
seruan jihad tersebut dan mengetuai tentera muslimin dalam peperangan al
zilaqah dan menang dalam peperangan tersebut, nescaya eropah kini sudah
menganut Islam. Lihat sahaja kesan tersebut, beberapa universiti di
Moscow, Berlin, London dan Paris telah menyediakan ruang untuk
menyelidik al Quran.
8. Peperangan Ain Jalut pada Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Peperangan
ini berlaku pada 3 April tahun 1260 Masihi bersamaan hari Jumaat, 15
Ramadhan tahun 658 Hijrah di Ain Jalut ( perkampungan diantara bisan dan
Nablus di Palestin). Dalam peperangan tersebut, tentera Monggol telah
kalah dengan tentera kerajaan Mamalik. Kekalahan tersebut adalah titik
penting berhentinya penguasaan tentera Monggol terhadap asia barat.
Malah peristiwa tersebut telah membawa kepada kemerdekaan Mesir dan
penggabungan antara Mesir dan Syam. Peristiwa ini telah digarap dengan
teliti di dalam kitab al Alam al Islami fil asr al Mughulie, pada
halaman 48.
9. Pembukaan Andalus pada Ramadhan tahun 92 Hijrah.
Pembukaan
Andalus berlaku pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah atau bersamaan 19
Julai tahun 711 Masihi. Pembukaan Andalus diketuai oleh Thoriq bin Ziyad
selepas kekalahan tentera pimpinan Roderick dalam peperangan yang cukup
getir iaitu peperangan al Buhairah. Peperangan tersebut berlaku selepas
tentera muslimin menawan Jabal thoriq atau Jabraltar. Kemudian,
berlakulah penawanan Cordova ( Qurtubah ),Granada ( gharnatah ) dan
Thulaitolah di Andalus. Sejarah ini boleh dirujuk melalui kitab al
Tarikh al Siyasie Liddaulah al Arabiah, karangan Dr Abdul Mun'im Majid,
jilid 2 halaman 204.
Hazim A'juz telah menulis satu artikel yang
bertajuk Bulan Ramadhan al Mubarak menolak keperwiraan dan membersihkan
ibadah dan taat dalam majalah al Iqtisad al Islami, bilangan 142.
Keluaran March 1993 Masihi bersamaan Ramadhan 1413 Hijrah, halaman 20,
telah mengambil kata-kata Syeikhul Azhar, Syaikh Jadul Haq Ali Jadul Haq
iaitu :
" Sesiapa yang memberhentikan amalan mereka atau
mengurangi amalan mereka dengan dakwaan dia berpuasa, maka jelaslah dia
seorang yang jahil terhadap hukum agama, lalai terhadap implikasi
berpuasa. Berpuasa tidak menghapuskan amalan atau mengabaikannya.
Sementara
kaum muslimin sejak difardhukan puasa ke atas mereka, mereka beramal
dan mereka juga berpuasa. Bahkan mereka berperang dan mereka juga
berpuasa.".....
" Janganlah kamu menyangka bahawa, semua guru tidak akan bertindak atas kelakuan kamu jika sekarang ini adalah bulan Ramadhan."
" Malah saya akan bertindak juga jika kamu melampaui batas undang-undang"
"
Saya tetap akan sebat kamu jika saya tahu saya benar. Saya tetap akan
mendapat pahala, walaupun sekarang ialah bulan Ramadhan. Malah pahalanya
akan berlipat kali ganda pula.
Muat Turun Dari : https://www.facebook.com/note.php?note_id=124469060934534
:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan