Ahad, April 17, 2011

FITNAH DALAM AL QURAN

Assalamualaikum....
Semasa berkuliah di Masjid Kota Damansara, ada satu soalan yang dikemukakan melalui sma, menanyakan tentang bahagian-bahagian fitnah. Dalam al Quran, kalimah 'FITNAH' memberikan beberapa maksud, sebagaimana berikut :
1) Ayat 15 surah At Thaghabun, Firman Allah Subhanu wata'ala :
إنما أموالُكُم وأولادُكم فتنةٌ واللهُ عندهُ أجرٌ عظيمٌ
(Maksudnya : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi 'Ujian', dan di sisi Allah jualah pahala yang besar)
Fitnah yang diamksudkan dalam ayat ini ialah, ujian terhadap seseorang itu datang melalui keturunannya dan harta bendanya. Kedua-dua ujian ini boleh menyebabkan si muslim kurang komitmentnya dengan agamanya.
2) Ayat 63 Surah as Sofaat, Firman Allah Subhanu wata'ala :
إنا جعلنا فتنةَ للظالمين
(Maksudnya : Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat)
Fitnah dalam ayat ini membawa maksud balasan azab kepada orang yang menjadi ahli neraka, buah zaqqum adalah satu balasan yang paling layak untuk mereka yang dahulu di dunia mendustai ayat-ayat Allah, serta melakukan kejahatan dan kebejatan.
3) Ayat 20 Surah al Furqan, Firman Allah Subhanu wata'ala :
وما أرسلنا قبلِكَ منَ المُرسلين إلا إنهم ليأكلون الطعامَ ويمشُون في الأسواق وجعلنا بعضَكُم لبعضٍ فتنة أتصبِرون وكان ربُّكَ بصيرا
(Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapt bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makluknya).
Fitnah dalam ayat ini adalah suatu perkara yang memperlihatkan dua puan, satu puak menekan puak yang lain dan satu lain bertahan dengan bersabar dan menanganinya dengan baik dan tenang...dan akhirnya dengan fitnah ini lahir golongan yang kental kesabarannya.
4) Ayat 85 Surah Yunus, Firman Allah Subhanu wata'ala :
فقالو على اللهِ توَكَّلنا ربَّنا لا تجعلنا فتنةً للقوم الظالمين
(Maksudnya : Lalu mereka berkata, kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaran bagi kaum yang zalim ganas)
Fitnah dalam ayat ini dalam keadaan adanya sesuatu kaum atau individu yang menggunakan orang lain untuk kepentingan dirinya atau kumpulan mereka sendiri.
Saudara.....
Setakat ini dulu 4 ayat yang mencakupi 4 suasana dan keadaan, untuk menjadi pengiktibaran bagi orang-orang yang mahu berfikir. Firman Allah Subhanahu wata'ala :
كذلك يُبَيِنُ اللهُ لكمُ الآياتِ لعلكم تتفكرون
(Maksudnya : Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
2)

Tiada ulasan: