Selasa, Ogos 03, 2010

Mimpi Solat Jenazah Belakang Rasulullah

Assalamualaikum
Semasa saya ambil subjek "Hadyu nabawi" dengan Al marhum Dr Walid al Aani, beliau memberi satu nasihat yang amat berguna. nasihat itu amat berkesan pada jiwa saya. Kata al Marhum, kalau kamu ke mana-mana dengan kawan-kawan, bila masuk restauran, maka pastikan kamulah orang yang membayarnya, jika kamu mampu!". Ini nasihat orang yang telah kembali ke rahmatullah.
Menurut seorang sahabat pelajar Malaysia di Jordan...Syeikh Nuh Qudhah, salah seorang guru kami di Universiti Yarmouk, Irbid Jordan, bermimpi pada satu malam, bahawa beliau solat jenazah belakang baginda sollahu alaihi wasallam. Tetapi Syeikh Nuh tidak pasti jenazah siapakah yang disembahyangkan.
Mimpinya terhenti pada pukul lebih kurang 4.30 pagi kerana bunyi deringan telefon di rumahnya. Panggilan itu dari seorang wakil universiti memberitahu bahawa Dr Walid telah meninggal dunia.
Inilah penjelasan kepada mimpinya, maknanya jenazah yang disembahyangkan itu ialah jenazah Dr Walid. Ini mimpi yang amat baik....amat bertuah Dr Walid. Dr Walid pergi dengan disembahyangkan oleh ramai doktor doktor syariah, para jemaah melimpah dari masjid Universiti yarmouk.
Semoga Allah menggolongkan beliau dalam senarai orang-orang yang muttaqin, begitu juga kita Insya Allah.

Tiada ulasan: