Sabtu, Januari 02, 2010

Hukum Makan Sarang Burung Layang-layang / Burung Walid

Assalamualaikum
Sekarang ini, agak ramai yang mengusahakan Sarang Burung layang-layang. Katanya, sekilo gram harganya mencecah RM4000.00. Namun ramai yang tidak berapa hiraukan tentang hukum mengenainya.
Ada juga ustaz yang pernah mengharamkan makan sarang burung layang-layang. Sebenarnya telahpun ada fatwa kebangsaan yang mengharuskan makan air liur burung layang-layang ini. Jadi, rasanya tidak perlu risau dengan hukumnya, kerana telahpun diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
PENDAPAT Al-Akham.Net
Dari sudut feqah, tiada apa-apa sebab yang mengharamkan makan sarang burung layang-layang. Kerana, ia diperbuat daripada liurnya, dan liurnya adalah suci. Maka kembali kepada kaedah asas syarak: Asal kepada sesuatu perkara adalah HALAL, kecuali ada nas yang mengharamnya, dan kaedah yang lebih detail ialah: Asal kepada benda2 yang bermanfaat adalah HALAL, dan asal kepada benda yang memudatkan adalah HARAM.
Berdasar kaedah ini juga, sarang burung layang2 dihukum halal, kerana ia adalah makanan yg terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa manfaat kepada tubuh badan.
Firman Allah Taala: "Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan keatas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai, darah yg mengalir, atau daging babi" (Al-An'aam: 145)
FATWA KEBANGSAAN :
memakan sarang burung layang-layang maka Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bil. 8/79/2007 membuat keputusan sebagaimana berikut:
"Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus"
Sekadar berkongsi hukum dan mengharapkan rahmat Allah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru sebentar td pelajar bangsa cina memberitahu, ada pengusaha menggunakan kulit babi sebagai bahan utama makanan yg dilabelkan mknn kesihatan sarang burung. jadi, hati2...

darul_makmur@yahoo.com berkata...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace