Assalamualaikum
Salam bahagia buat semua. Selepas beberapa ketika berlangsungnya PRU12, banyak sangat berita sensasi yang masih kedengaran. Ini mungkin kerana keputusan PRU12 itu memberi kejutan yang tidak diduga sama sekali oleh semua pihak, walaupun oleh pakatan 'pembangkang' sekalipun.
4 negeri telah bertukar tampuk pemerintahan, 1 termasuk kelantan yang kekal dipertahankan oleh pemerintahan Ulama'. Kali ini suatu kejutan yang bukan calang-calang.
Kejutan juga berlaku kepada cara perlantikkan MB Perak, PAS yang memenangi 6 kerusi ditabalkan sebagam MB Perak kerana perlembagaan. Ramai juga pihak termasuk perti pemerintah yang memberi peringatan kepada LIM Kit Siang agar menghormati institusi raja, kerana LIM agak terlanjur sedikit, kalau tidakpun cuma sekadar menguji sensitiviti orang melayu sahaja. Selepas itu, kemelut itu terlerai dengan terlantiknya MB Perak dari orang melayu.
Selepas itu timbul pula isu perlantikkan MB Terengganu, apabila Pemangku Sultan Terengganu memberi watikahnya kepada YB AHmad Said ADUN Kijal, ramai memberi komentar, ada yang berbentuk persandaran undang-undang, ada juga berbentuk demostrasi. Pelik juga, kerana dulu kerajaan BN tidak membenarkan demostrasi jalanan, tapi kali ini pula dibenarkan dengan slogan "perhimpunan aman". Kalau dulu PAS buat demostrasi tak boleh, tapi bila BN buat boleh. Tak apalah, itu semua memang sudah lumrah, antara parti pemerintah dengan parti 'pembangkang'.
Cuma yang peliknya, beria-ia benar UMNO menyuruh LIM menghormati institusi raja, tetapi apabila tiba giliran UMNO sendiri dalam isu MB Terengganu, mereka tak ingat akan nasihat mereka kepada LIM. Banyak komentar dibuat, antaranya YB Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin jika menerima jawatan MB itu, Peguam Negara Abdul Ghani Patailpun memainkan peranannya.
Rasanya, siapapun yang menjadi MB Terengganu, semuanya dari BN/UMNO juga, apalah yang susah sangat nak terima. Bukan dipilih dari orang PAS, kalau dipilih dari orang PAS memanglah patut dipertikaikan, itupun nak kena jagalah tatasusila dengan istana, tak bolehlah dibuat macam tak ada protokol.
Satu hal lagi, ada juga YB BN yang mengugut untuk letak jawatan jika YB Ahmad Said dilantik MB. Itupun salah satu cara menentang ketentuan istana. Hai kalaulah letak jawatan, apa pula jadi dengan Terengganu....adakah ini bermaksud nak buat pilihanraya balik ????? hai payah nak faham tu. Adakah masa kenyataan emosi itu dibuat, yang pemberi kenyataan berada dalam keadaan sedar dan waras...... dan pernahkah difikirkan tentang mandat rakyat????? Semoga ALLAH menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan umum ini sebaik-baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan