Beratus-ratus laman web dari seluruh dunia
menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap
pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:
Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia
terutama umat Islam telah berlangsung sejak tahun 1800 lagi, Cuma ramai yang
tidak sedar.
Keupayaan proksi-proksi Dajjal menguasai ekonomi
dunia, mereka mengumpul kekayaan yang sangat banyak untuk menjadi pihak yang
berpengaruh. Juga menjadikan kebendaaan seperti wang ringgit umpan kepada
manusia.
Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal
menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia, bagi tujuan memporak
perandakan negara tersebut ataupun untuk menggunakan negara tersebut untuk
melaksanakan cita-cita mereka.
Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi
terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO. Teknoligi setelit juga
menjadi cara untuk melebarkan maklumat bohong mereka.
Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu
merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud,
“….dia adalah anak yang genius..”
Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan
akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.
Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu
disebabkan perkara-perkara berikut:
Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi
Musa.
Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak
beribu-ribu tahun.
Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.
Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat
dunia.
Mengetahui selok-belok tempat di dunia.
Dan lain-lain lagi…
Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan
Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:
Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau
lebih daripada Dajjal.
Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui
pemikiran manusia.
Strategi peperangan yang lebih maju.
Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan
Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah
Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan
makhluk termaju.
Apa yang perlu dibimbangi?
Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga
perkara:
Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah
masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan
wajahnya telah diubah.
Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang
pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan
Allah sahaja.
Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun
sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil
dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.
Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita
mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh
Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja
dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja.
Tetapi sebaliknya, kemungkinan kejadian tersebut
lebih lama dari yang kita dijangkakan.
Wallahu’alam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan